window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Harga kereta naik apabila SST kembali 1 Januari 2021, makin naik pula dengan OMV baru?

Mersita · Dec 22, 2020 08:00 PM

Harga kereta naik apabila SST kembali 1 Januari 2021, makin naik pula dengan OMV baru? 01

Walaupun dilanda pandemik COVID-19, industri kereta Malaysia dapat merekodkan jualan yang tinggi, disokong oleh pengecualian sementara cukai jualan sehingga 31 Disember tahun ini. Akan tetapi, menjelang 1 Januari 2021, cukai jualan 10 peratus akan kembali - ditambah lagi dengan kiraan Open Market Value (OMV) yang baru. Kiraan baru ini pula boleh menaikkan lagi harga kereta sehingga 20 peratus.

Harga kereta naik apabila SST kembali 1 Januari 2021, makin naik pula dengan OMV baru? 02

Total Industry Volume (TIV) bagi pasaran Malaysia – gelaran industri bagi jualan kereta baharu – dijangka akan mencapai 500,000 unit (anggaran oleh RHB Research). Angka ini 104,287 atau 17 peratus lebih rendah berbanding tahun lepas. Bukan kejatuhannya saja yang kita takutkan dan angka ini boleh jadi lebih tinggi jika pengilang-pengilang tidak menghadapi masalah bekalan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Harga kereta naik apabila SST kembali 1 Januari 2021, makin naik pula dengan OMV baru? 01

Perodua dan Proton pun masih lagi bertungkus-lumus untuk memenuhi tempahan menggunung yang diterima. Penjual kenderaan Perodua mengalami kekurangan stok untuk Myvi (4 bulan masa menunggu) manakala Proton pula dibelenggu tempahan tertangguh untuk Saga dan X50 (3 hingga 5 bulan masa menunggu). Jumlah tempahan jadi lebih tinggi daripada kapasiti kilang dan ini bukanlah sesuatu yang dijangka memandangkan COVID-19 mengganggu banyak sektor ekonomi.

Kedua-dua jenama nasional ini menyumbang hampir 60 peratus pada jumlah jualan kereta baharu di Malaysia.

Harga kereta naik apabila SST kembali 1 Januari 2021, makin naik pula dengan OMV baru? 02

Apakah yang menyebabkan masa menunggu lama bagi Myvi, Saga, dan X50?

Sudah menjadi kebiasaan bagi industri pengilangan untuk merancang jadual produksi 6 bulan lebih awal. Kami pasti anda boleh bayangkan yang pengilangan kereta bukanlah semudah membuat pisang goreng.

Mengkoordinasikan jadual bekalan dan logistik bagi 30,000 lebih bahagian atau 'parts' untuk sebuah kereta bukanlah satu tugas yang mudah. Walau satu jenis skru yang kekurangan stok boleh jadi satu isu besar yang cukup serius sehingga boleh menghentikan barisan produksi.

Harga kereta naik apabila SST kembali 1 Januari 2021, makin naik pula dengan OMV baru? 03

Oleh itu, apabila negara kita menempuh PKP pada bulan Mac lalu, pengilang terpaksa mengecilkan sasaran produksi mereka sambil menyelaraskan semula pesanan bahagian kereta dan jadual kerja di kilang-kilang mereka.

Ada yang mengecilkan operasi mereka secara lebih agresif daripada yang lain, bergantung kepada tahap keyakinan mereka terhadap ramalan pemulihan. Memandangkan kejadian tahun ini tidak dapat dijangka, tiada siapa pun ada rujukan untuk dijadikan sebagai contoh dan pengilang pun ‘gamble’ saja dengan strategi mereka.

Harga kereta naik apabila SST kembali 1 Januari 2021, makin naik pula dengan OMV baru? 04

Apabila pihak kerajaan mengumumkan pakej Penjana pada bulan Jun lalu dimana cukai jualan dikecualikan bagi semua kereta penumpang yang dipasang tempatan (trak pikap dan van komersial terkecuali), permintaan bagi kereta baharu melonjak tinggi.

Langkah ini sangat membantu industri automotif, tapi pengilang kini menghadapi masalah yang baru pula. Mereka yang bertaruh dengan langkah lebih selamat (untung kurang lwn. rugi dari stok kereta tidak terjual) kini tersepit dengan buku tempahan yang menebal dan kapasiti produksi yang dikurangkan, menyebabkan mereka menghadapi kesukaran untuk mengejar jadual penghantaran.

Harga kereta naik apabila SST kembali 1 Januari 2021, makin naik pula dengan OMV baru? 05

Perlu diingatkan yang ada lebih 30,000 bahagian-bahagian (‘parts’) yang terlibat dalam pembinaan sebuah kereta, dan proses pemasangan bukanlah sesuatu yang mudah. Ini mungkin penjelasan terbaik bagi masalah kekurangan stok bagi pelbagai jenama kereta yang ada.

Kita tak boleh nak harap sekali WhatsApp saja pada pembekal untuk tempah 10,000 lagi pengedap cincin minyak, contohnya - stok akan sampai terus minggu depan mahupun bulan depan. Pembekal pun terpaksa menguruskan jadual produksi mereka sendiri dan rantaian bekalan juga bergantung kepada ketersediaan bahan-bahan mentah yang diperlukan.

Harga kereta naik apabila SST kembali 1 Januari 2021, makin naik pula dengan OMV baru? 06

Walaupun pengecualian cukai jualan untuk kereta dipasang tempatan CKD (dan juga diskaun untuk kereta CBU) berjaya meningkatkan permintaan, realitinya masih agak kelam. Pasaran masih lagi bergelut dan permintaan yang melonjak ini hanyalah untuk ditolak dari tahun ini ke tahun hadapan.

Menjelang 2021, pasaran pasti akan melaraskan posisi dengan sendirinya. Seperti kata-kata Mordo dari Dr. Strange, “The bill always comes due.”

Setiap tahun, pasaran kita hanya mampu menampung sejumlah angka jualan dengan keadaan ekonomi pada masa itu.

Harga kereta naik apabila SST kembali 1 Januari 2021, makin naik pula dengan OMV baru? 07

Pengenalan model-model baharu yang agak banyak tahun ini pastinya akan melonjakkan TIV. Tapi, fenomena ini haruslah disokong dengan asas-asas pasaran yang teguh serta tanda-tanda positif, contohnya keyakinan konsumer.

Pihak kerajaan menjangkakan yang GDP Malaysia akan berada pada tahap negatif 4.5 peratus untuk tahun 2020 – iaitu yang paling teruk sejak tahun 2006. Walaubagaimanapun, ramalan bagi tahun hadapan pula dijangka akan menunjukkan perkembangan positif antara 6.5 hingga 7.5 peratus. Angkanya nampak menyenangkan, tapi perlu diingatkan yang ini rata-rata disebabkan oleh efek dasar rendah. Ini tidak bermaksud yang kita akan kembali ke tahap permulaan.

Harga kereta naik apabila SST kembali 1 Januari 2021, makin naik pula dengan OMV baru? 08

Apabila cukai jualan 10 peratus dikembalikan pada 1 Januari 2021 nanti, permintaan pastinya akan menjunam dengan trend yang sama seperti ia dilonjakkan secara buatan ('artificially') pada tahun ini.

Jumlah tempahan yang sangat tinggi untuk kereta 2020 akan terbatal selepas kita memasuki tahun baru; melainkan penjual atau pengilang mengambil keputusan untuk menyerap perbezaan harga tersebut.

Harga kereta naik apabila SST kembali 1 Januari 2021, makin naik pula dengan OMV baru? 09

Pelancaran model popular seperti Honda City, Nissan Almera, Mitsubishi Xpander, dan Proton X50 akan menimbal pasaran buat sementara waktu. Tapi, berdasarkan data sejarah, jualan bagi model yang baru saja dilancarkan akan menunjukkan lonjakan dalam permintaan, tapi ia akan kembali mendatar setelah 3 bulan.

Hanya angka segar selepas pelancaran ini serta data jualan pada bulan keempat dan seterusnya sajalah yang boleh digunapakai sebagai penunjuk yang bagus bagi mengenal-pasti tahap permintaan yang sebenar.

Harga kereta naik apabila SST kembali 1 Januari 2021, makin naik pula dengan OMV baru? 10

Tahun hadapan, Perodua akan melancarkan SUV kompak baharunya pada bulan Mac, manakala Honda pula dijangka akan melancarkan City Hatchback pada separuh kedua 2021. Proton juga akan melancarkan Proton Iriz dan Persona facelift.

Harga kereta naik apabila SST kembali 1 Januari 2021, makin naik pula dengan OMV baru? 11

Keempat-empat model ‘panas’ ini akan menaikkan TIV pada kadar tertentu, tapi pelancaran baharu hanya mampu melonjakkan pasaran seberapa banyak yang mampu dipacu oleh pasaran itu sendiri - samada kuat atau lemah.

Seorang eksekutif industri kereta yang berpengalaman pernah memberitahu WapCar.my; “Kereta sambung bayar semakin banyak, dan lelongan bank juga semakin meningkat. Ada sesuatu yang tak kena apabila TIV diramal untuk meningkat apabila kedua-dua aktiviti pasaran ini juga melihat peningkatan pada masa yang sama.”

Harga kereta naik apabila SST kembali 1 Januari 2021, makin naik pula dengan OMV baru? 12

Harga kereta akan meningkat lagi pada tahun 2021 – bukan saja sebab SST, tapi kiraan baru OMV

Imbas semula pada bulan Januari 2020, WapCar.my pernah melaporkan yang harga kereta akan melonjak disebabkan oleh pelarasan dalam kiraan Open Market Value (OMV) – kaedah yang digunakan untuk menentukan nilai asas sesebuah kereta. Nilai inilah yang digunakan untuk mengira cukai impot dan eksais.

Kiraan baru ini akan menyebabkan perubahan struktur harga kereta. Beberapa kereta impot mungkin akan melihat sedikit penurunan pada harganya. Tapi, bagi kereta yang dipasang tempatan (yang mempunyai kiraan cukai yang jauh lebih rumit) mungkin akan melihat peningkatan harga sehingga 20 peratus menurut anggaran dari beberapa eksekutif industri kereta.

Harga kereta naik apabila SST kembali 1 Januari 2021, makin naik pula dengan OMV baru? 13

Kiraan baru ini pada mulanya dirancang untuk digunapakai secara berperingkat pada separuh pertama 2020. Tapi, setelah menerima banyak protes dari pemain industri, Kementerian Kewangan kemudiannya mengumumkan yang mereka akan menyerap sebarang perbezaan dalam nilai yang dikira sehinggalah 31 Disember 2020.

Malaysia Automotive Association (MAA) masih lagi memohon supaya keputusan ini disemak semula, tapi tak ramai yang menjangkakan usaha ini akan membuahkan hasil positif.

Selain dari SST, impak daripada kiraan OMV yang baru ini nanti tidak akan nampak ketara dalam sekelip mata. Peningkatannya hanya boleh dilihat setelah harga pengilang terkini yang sudah diluluskan mula tamat tempoh.

Harga kereta naik apabila SST kembali 1 Januari 2021, makin naik pula dengan OMV baru? 14

Contohnya, Honda City 2020 serba baru serta Mitsubishi Xpander - dimana kedua-duanya sudahpun mempunyai anggaran harga dengan SST - tidak akan melihat satu lagi peningkatan harga diatas harga SSTnya, sehinggalah harga lulusnya yang terkini sudah tamat tempoh. Tempoh masa bagi harga lulus sesebuah model, terutama sekali bagi model EEV, berlainan antara pengilang-pengilang.

Sekali lagi, pasaran perlu diseimbangkan semula bila tiba masanya. “Balance will come due”. Berita-berita hangat berkaitan PKPB mungkin sudah mendominasi saluran-saluran media anda setiap hari. Akan tetapi, jangan sesekali beranggapan yang Kementerian Kewangan lupa dengan isu ini.

Apa-apa saja yang telah diluluskan dan diumumkan akan dijalankan mengikut perancangan.

Mesti ada pihak yang perlu menampung dana RM 295 bilion dari pakej stimulus ekonomi seperti Penjana dan Prihatin, bukan? Dan bagi Perbendaharaan Malaysia pula, ‘pihak’ itu selalunya tertuding kepada pembeli kereta.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda