window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Selamba 'dugong' bawa pokok pisang, pemandu Vios 'pisang' bayar saman tertunggak!

Mersita Β· Nov 30, 2020 11:55 AM

Selamba 'dugong' bawa pokok pisang, pemandu Vios 'pisang' bayar saman tertunggak! 01

Siapa sangka ada orang banyak akal bawa pokok pisang naik sedan. Tular baru-baru ini di media sosial tentang satu video memperlihatkan sebuah Toyota Vios mengangkut sebatang pokok pisang yang disumbat melintang di dalam kereta dan dengan selambanya diusung sekitar Mutiara Rini, Johor Bahru.

Lebih mengejutkan, Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata setelah pemandu tersebut dihubungi dan disiasat, rupanya lelaki berusia 30 tahun itu mempunyai rekod saman yang panjang berjela – 18 saman trafik, 4 waran tangkap dan 10 saman tidak boleh dikompaun!

Dari nombor pendaftaran yang diperoleh daripada video tular tersebut, pemilik kenderaan yang berada di Singapura itu berjaya dihubungi oleh pihak polis dan anak pemilik kenderaan tersebut hadir ke balai bersama Vios pisang terbabit.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Dzulkhairi berkata berdasarkan keterangan lisan yang diberi, Vios itu dikatakan dipandu oleh sepupunya yang cuba untuk membawa pokok pisang tersebut ke upacara keagamaan di kawasan Mutiara Rini.

Oleh itu, sepupunya dihubungi dan akhirnya menyerah diri di Balai Polis Trafik Iskandar Puteri pada pagi semalam.

Selamba 'dugong' bawa pokok pisang, pemandu Vios 'pisang' bayar saman tertunggak! 01

Gambar hiasan. Sumber

Pemeriksaan rekod pemandu itu pula mendedahkan yang pemandu tersebut mempunyai senarai saman yang panjang. Bagi kesalahan membawa pokok pisang itu pula, pemandu itu disaman bawah Kaedah 20 LN 166/59 atas kesalahan membawa muatan dengan kenderaan yang tidak sesuai.

Setelah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Johor Bahru, lelaki tersebut akhirnya membayar 6 saman lampau bernilai RM 1,200. Bukan pemandunya saja, Vios pisang itu turut disita mengikut Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987 atas kesalahan cukai jalan tamat tempoh serta kenderaan dipandu tanpa lesen.

Kita sebagai pengguna jalanraya yang bertanggungjawab dan beretika haruslah sentiasa mengutamakan keselamatan diri dan pengguna jalan raya yang lain. Pokok pisang itu ternyata menghalang kedua-dua belah jalan di sisi kereta tersebut dan selain membahayakan pengguna jalan raya, ia boleh merosakkan infrastruktur di sekelilingnya. Jangan pandai-pandai, sila cari Hailak.

Sumber berita: Berita Harian

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Vios 1.5E AT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda