Selepas meniti penjualan yang laris selama beberapa tahun kebelakangan ini, ternyata Toyota Vios tidak mahu ketinggalan. Honda City, Nissan Almera Turbo malah Proton X50 juga sudah dilancarkan. Masing-masing dengan tawaran harga tersendiri dan sudah tentu UMW Toyota tidak mahu pasaran kurang menyebelahi mereka.
Toyota Vios facelift 2021 hadir dengan tawaran keselamatan yang dipertingkat, antaranya kamera 360 darjah 3D. Selain itu, kemaskini kosmetik yang ketara pada bahagian hadapan memang sangat mengujakan. Pada bahagian dalam pula, sistem infotainment dipertingkat dengan Android Auto dan Apple Carplay.
Sebelum Toyota Vios facelift 2021 ini, Toyota Vios turut ditawarkan melalui pakej pembayaran Ez Beli. Dengan harga bermula dari RM 75,701, berapakah bayaran bulanan untuk Toyota Vios facelift 2021 ini?
Kiraan tanpa bayaran muka, kadar faedah 2.7% dengan tempoh 9 tahun adalah seperti berikut:
Model | Harga Kereta | Bulanan |
Toyota Vios 1.5J | RM 75,701 | RM 871 |
Toyota Vios 1.5E | RM 85,674 | RM 986 |
Toyota Vios 1.5G | RM 89,232 | RM 1,027 |
Oleh kerana Toyota Vios facelift ini belum dilancarkan secara rasmi, hanya tempahan dibuka dengan pengumuman harga, tidak banyak yang boleh diperkatakan mengenai perbezaan antara varian.
Memang anda boleh membeli secara ansuran selama 9 tahun tetapi seperti biasa kami tidak menggalakkan tempoh bayaran tersebut. Malah, kerajaan UK mungkin dah haramkan kereta petrol dan diesel apabila anda habis bayar pinjaman kereta 9 tahun bermula tahun 2021.
Jadi mari kita lihat jadual bayaran untuk 7 tahun pula. Kiraan tanpa bayaran muka, kadar faedah 2.7% dengan tempoh 7 tahun pula adalah seperti berikut
Model | Harga Kereta | Bulanan |
Toyota Vios 1.5J | RM 75,701 | RM 1,072 |
Toyota Vios 1.5E | RM 85,674 | RM 1,213 |
Toyota Vios 1.5G | RM 89,232 | RM 1,263 |
Bayaran bulanan sepanjang 7 tahun nampak lebih realistik kepada mereka yang memerlukan sebuah sedan segmen B. Lebih-lebih lagi, Toyota Vios memang terkenal dengan ketahanannya dan nilai jualan semula yang tinggi.
Bagi mereka yang sedang mempertimbangkan sebuah kereta keluarga dengan bajet yang lebih tinggi, apa kata pertimbangkan bayaran bulanan selama 5 tahun?
Kiraan tanpa bayaran muka, kadar faedah 2.7% dengan tempoh 5 tahun pula adalah seperti berikut:
Model | Harga Kereta | Bulanan |
Toyota Vios 1.5J | RM 75,701 | RM 1,432 |
Toyota Vios 1.5E | RM 85,674 | RM 1,621 |
Toyota Vios 1.5G | RM 89,232 | RM 1,688 |
Dengan sedikit bayaran tambahan, anda dapat mengurangkan tempoh pembayaran selama 2 tahun. Lagi pun, bayaran bulanan masih di bawah RM 1,700. Agak mampu milik?
Jadi bagaimana skim Toyota Ez Beli mampu merendahkan bayaran bulanan Toyota Vios serendah RM 538? Jawapannya adalah kadar faedah bulanan anda adalah rendah sepanjang 3 tahun pertama dan meningkat untuk tahun ke 4 hingga tahun ke 6.
Selepas 6 tahun, mungkin anda mahu menjual semula Toyota Vios anda atau sambung membayar di bawah kadar faedah yang jauh lebih tinggi. Harus diingatkan bahawa ini adalah sekadar panduan sahaja. Ambil kira kos pemilikan sepenuhnya seperti kos servis, tayar dan sebagainya.
Apa apa pun pilihan di tangan anda. Jika anda tidak layak untuk skim Ez Beli, sekurang-kurangnya ini panduan untuk anda.
Dapatkan respons dalam masa 24 jam!
2023 Toyota Vios 1.5E AT
Upgrade
Add your car