Model & jenama tayar kereta terbaik saiz 13 – 17 inci. Suka jenis tayar kereta yang senyap?
Faisal · Sep 24, 2020 02:02 PM
0
0
Tayar merupakan komponen perantaraan penting. Ia menghubungkan kenderaan dengan permukaan yang membolehkan pengguna bergerak dari titik A ke titik B dengan selamat. Oleh itu, melabur untuk jenis dan jenama tayar keretaterbaik bagi keperluan kereta anda patut dipertimbangkan. Jenis tayar paling sesuai dengan harga dan kemahuan anda juga boleh menjamin kepuasan hati - samada anda suka jenis tayar kereta yang senyap, atau yang tahan lasak - terpulang pada anda.
Dengan itu, adalah penting untuk anda membuat pilihan tayar yang betul terumata dalam pasaran yang dipenuhi dengan pilihan tayar yang kurang berkualiti walaupun dengan harga yang tidak begitu murah.
Oleh itu, kami akan mencadangkan pilihan tayar yang berkualiti untuk setiap saiz. Penilaian ini adalah berdasarkan lima keutamaan iaitu keselesaan, kos, prestasi, tahan lama, dan menjimatkan minyak. Anda boleh mengetahui pilihan tayar yang terbaik berdasarkan keutamaan anda pada kenderaan yang dipandu.
Untuk maklumat anda, cadangan ini adalah berdasarkan kenderaan harian yang sering kita pandu seperti Proton Saga, Perodua Myvi, dan juga Honda City. Cadangan ini juga dirungkai berdasarkan keseimbangan dari segi harga dan kebolehan secara keseluruhan.
Jenis tayar eco
Seperti gelarannya, ia direka khusus untuk memberikan penjimatkan minyak.
Bridgestone EP150
Kelebihan: Berharga lebih rendah dan menjimatkan penggunaan bahan api.
Kekurangan: Tidak sesuai untuk pemanduan rancak, agak bising, terasa keras, dan mempunyai jangka hayat yang sederhana.
Walau apa pun pilihan anda, penjagaan tekanan angin serta imbangan dan keselarian tayar haruslah dilakukan dari semasa ke semasa supaya kenderaan anda sentiasa berada dalam keadaan yang baik dan selamat daripada sebarang kecelakaan di jalan raya. Bagi pendapat anda pula, apakah jenama tayar kereta terbaik?
Dalam entri akan datang, kami akan bincangkan pula cadangan tayar untuk kenderaan jenis SUV dan MPV. Ikuti Facebook WapCar - BM untuk lebih banyak tips kereta berguna!
Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.