window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Toyota mungkin No.1, tetapi Honda ada 4 model dalam Top 10 kereta terlaris dunia tahun 2020

Zamil Syaheer · Oct 1, 2021 07:00 PM

Toyota mungkin No.1, tetapi Honda ada 4 model dalam Top 10 kereta terlaris dunia tahun 2020 01

Sebanyak 56 juta kenderaan terjual di seluruh dunia pada tahun 2020. Semestinya setiap negara memiliki kereta terlaris sendiri, tetapi hanya ada satu pemenang dari segi penjualan di seluruh dunia. Tahun lalu, Toyota Corolla mengungguli carta dengan 1.15 juta unit terjual tahun lalu.

Toyota mungkin No.1, tetapi Honda ada 4 model dalam Top 10 kereta terlaris dunia tahun 2020 02

Sumber @carindustryanalysis

Ini berdasarkan data yang diberikan oleh Felipe Munoz, penganalisis automotif global di JATO Dynamics yang juga mempunyai akaun @carindustryanalysis di media sosial. Toyota mempunyai 3 modelnya di top 5. Selain Corolla, RAV4 dan Camry juga masing-masing berada di kedudukan ke-2 dan ke-5 dengan 1.07 juta unit dan 635.000 unit.

Toyota mungkin No.1, tetapi Honda ada 4 model dalam Top 10 kereta terlaris dunia tahun 2020 03

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Menariknya, Honda mempunyai 4 model di dalam senarai top 10 tersebut, iaitu Honda CR-V (ke-3, 885,000 unit), Honda Civic (ke-7, 560,000 unit), Honda HR-V (ke-8, 560,000 unit), dan Honda Accord (ke-10, 500,000 unit).

Toyota mungkin No.1, tetapi Honda ada 4 model dalam Top 10 kereta terlaris dunia tahun 2020 01

Bagaimana pula dengan model yang lain? Toyota Hilux adalah kereta terlaris ke-13 di dunia dengan 450,000 unit, Mazda CX-5 berada di kedudukan ke-20 dengan 365,000 unit, Toyota Vios di tempat ke-51 dengan 260,000 unit, dan Geely Boyue adalah kereta terlaris ke-86 di dunia dengan 190,000 unit.

Juga baca: No.1 di Malaysia, bagaimana jualan Geely Boyue/Proton X70 di China pada 2020?

Toyota mungkin No.1, tetapi Honda ada 4 model dalam Top 10 kereta terlaris dunia tahun 2020 02

Ini adalah kereta terlaris ke-4 di dunia, mungkin sebab China

Beberapa model menarik dapat dilihat dalam senarai top 9. Walaupun jenis badan sadan dikhuatiri akan pupus akibat trend SUV, separuh daripada kereta yang tersenarai di top 10 adalah sedan.

Toyota mungkin No.1, tetapi Honda ada 4 model dalam Top 10 kereta terlaris dunia tahun 2020 03

Selain itu, Volkswagen Tiguan Allspace 7-tempat duduk melebihi kembar 5-tempat duduknya dengan margin yang cukup besar. Volkswagen menjual 356,000 unit Tiguan Allspace pada tahun 2020 (ke-21) sementara Tiguan biasa menyaksikan 229,000 unit terjual pada tahun yang sama (ke-61).

Toyota mungkin No.1, tetapi Honda ada 4 model dalam Top 10 kereta terlaris dunia tahun 2020 04

Sementara itu, Haval H6 adalah kereta terlaris dari jenama China pada tahun 2020 dengan 352,000 unit (ke-22), tetapi kereta China terlaris sebenarnya milik Volkswagen Lavida dengan 445,000 unit terjual (ke-14).

Toyota mungkin No.1, tetapi Honda ada 4 model dalam Top 10 kereta terlaris dunia tahun 2020 05

Walaupun kebanyakan kereta melihat penjualan terjejas akibat pandemik Covid-19, ada beberapa model yang menyaksikan peningkatan jualan pada tahun 2020 dengan Mazda CX-30 menyaksikan lonjakan terbesar dengan kenaikan sebanyak 528% berbanding tahun 2019. Tetapi, ia berada di kedudukan ke-94 dengan 180,000 unit terjual.

 

 

 

 

 

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2020 Toyota Corolla Altis 1.8E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda