window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

No.1 di Malaysia, bagaimana jualan Geely Boyue/Proton X70 di China pada 2020?

Zamil Syaheer · Feb 9, 2021 10:00 AM

No.1 di Malaysia, bagaimana jualan Geely Boyue/Proton X70 di China pada 2020? 01

Trend SUV sedang berada di puncak populariti dan ini terbukti dengan banyak pengeluar kereta menghasilkan pelbagai model SUV baik untuk segmen kecil sehinggalah besar. Malah, ia lebih menguntungkan berbanding hatchback ataupun sedan.

Malah, trend ini bukan hanya di Malaysia saja – malah di negara China.

No.1 di Malaysia, bagaimana jualan Geely Boyue/Proton X70 di China pada 2020? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Pada bulan Disember tahun lepas sahaja, penjualan SUV mencecah angka 1,129,042 di China. Untuk konteks anda, jualan keseluruhan industri (TIV) di Malaysia sepanjang tahun 2020 adalah 529,434 unit.

No.1 di Malaysia, bagaimana jualan Geely Boyue/Proton X70 di China pada 2020? 01

Pandemik Covid-19 ataupun tidak, sebanyak 9,295,917 SUV baru terjual di China sepanjang tahun 2020. Angka yang sungguh menakjubkan bagi pasaran yang menjual 25.3 juta kereta baru.

Jadi SUV manakah paling banyak dibeli di China?

Top 10 SUV paling laris di China
Nombor Model Jualan pada 2020
1 Haval H6 376,864
2 Changan CS75 266,824
3 Honda CR-V 249,983
4 Geely Boyue 240,811
5 VW Tiguan L 178,574
6 Nissan X-Trail 175,177
7 Toyota RAV4 174,940
8 VW Tayron 168,445
9 Honda XR-V 168,272
10 Buick Envision 167,880

Seperti laporan kami sebelum ini, SUV paling laris di China adalah Haval H6, tetapi ini bukanlah fokus utama artikel ini.

No.1 di Malaysia, bagaimana jualan Geely Boyue/Proton X70 di China pada 2020? 02

Untuk pembaca Malaysia, kedua Honda CR-V dan asas kepada Proton X70, iaitu Geely Boyue, lebih relevan.

No.1 di Malaysia, bagaimana jualan Geely Boyue/Proton X70 di China pada 2020? 03

Walaupun sudah lima tahun berada dalam pasaran, jualannya tidak menurun sedikitpun kerana Geely berjaya menjual 240,811 unit Boyue pada 2020, menjadikannya SUV ke-4 laris di China di belakang Haval H6, Changan CS75, dan Honda CR-V.

No.1 di Malaysia, bagaimana jualan Geely Boyue/Proton X70 di China pada 2020? 04

Geely Binyue juga (dijual disini sebagai Proton X50) mencatatkan angka jualan yang baik, dengan 124,456 unit terjual pada tahun 2020. Ia berada di carta SUV ke-22 terlaris di China.

No.1 di Malaysia, bagaimana jualan Geely Boyue/Proton X70 di China pada 2020? 05

Selain itu, Dongfeng Honda yang menjual Honda CR-V di China juga mencatatkan angka jualan yang baik dengan menjual sebanyak 249,983 unit pada tahun 2020, meletakkanya di tempat ke-3.

No.1 di Malaysia, bagaimana jualan Geely Boyue/Proton X70 di China pada 2020? 06

Mengetahui kejayaan Honda CR-V di China, rakan niaga Honda lagi satu di China iaitu GAC Honda juga telah memperkenalkan Honda Breeze pada tahun 2019 sebagai kembar kepada CR-V.

No.1 di Malaysia, bagaimana jualan Geely Boyue/Proton X70 di China pada 2020? 07

GAC Honda berjaya menjual 156,306 unit Honda Breeze tahun lepas. Ia juga adalah SUV paling laris bagi syarikat tersebut. Apabila digabungkan, angka jualan Breeze dan CR-V secara keseluruhan adalah 406,289 unit.

Kita boleh jangkakan lebih banyak produk SUV daripada pengeluar kereta pada masa akan datang. Lagipun, Honda akan memperkenalkan Honda HR-V baru dalam beberapa minggu akan datang, dan Geely sedang giat membangunkan model baru seperti KX11 dan Boyue generasi seterusnya.

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Proton X70 1.5 TGDi Premium X 2WD

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda