window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Geely Boyue Cool didedahkan - bayangan X70 generasi baharu, dengan enjin 4-silinder 1.5T!

Haris · Apr 10, 2023 10:00 AM

Geely Boyue Cool didedahkan - bayangan X70 generasi baharu, dengan enjin 4-silinder 1.5T! 01

Geely baru-baru ini memperkenalkan Geely Boyue Cool, sebuah SUV baru yang dijangka akan tersedia untuk pra-pesanan di China pada akhir bulan ini. Jika ia kelihatan biasa dilihat, hal ini kerana Boyue Cool sebenarnya memiliki rupa yang hampir sama dengan Boyue L yang juga telah dilancarkan baru-baru ini.

Geely Boyue Cool didedahkan - bayangan X70 generasi baharu, dengan enjin 4-silinder 1.5T! 02

Ini adalah Geely Boyue L, berbeza dengan Boyue Cool

Bingung? Biar kami jelaskan - Geely Boyue Cool yang anda lihat di sini berada di bawah Boyue L yang dilancarkan pada akhir tahun lalu.

Apabila ia dijual nanti pada tahun ini, harganya berkemungkinan lebih murah daripada Boyue L. Di China, harga Boyue L bermula dari CNY 125,700 (~RM 80k) hingga CNY 170,700 (~RM 110k).

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Baca: Produksi Geely Boyue L di China sudah bermula, bakal pewaris Proton X70 ini akan masuk pasaran

Geely Boyue Cool didedahkan - bayangan X70 generasi baharu, dengan enjin 4-silinder 1.5T! 01

SUV ini disasarkan kepada prospek pembeli muda dan perkataan 'Cool' dalam namanya mewakili sifat-sifat kreativiti, keterbukaan, keberanian, dan kasih sayang, menurut Geely.

Dimensi Boyue Cool hampir sama dengan Proton X70, tetapi lebih kecil daripada Boyue L, dengan panjang 4,510 mm, lebar 1,865 mm, dan tinggi 1,650 mm. Ia mempunyai jarak roda 2,701 mm.

Dimensi
Model Boyue Cool Boyue L X70
Panjang (mm) 4,510 4,670 4,519
Lebar (mm) 1,865 1,900 1,831
Tinggi (mm) 1,650 1,705 1,694
Jarak Roda (mm) 2,701 2,777 2,670

Geely Boyue Cool didedahkan - bayangan X70 generasi baharu, dengan enjin 4-silinder 1.5T! 02

Geely mereka bentuk SUV ini dengan rekaan inspirasi Starburst Vision baharu, yang menampilkan sudut dan garis yang tajam untuk mencipta penampilan yang menarik secara visual.

Gril hadapan dikenali dengan reka bentuk sisipan udara yang unik dan unsur-unsur pencahayaan berbentuk huruf Y yang mempengaruhi sisi kenderaan.

Geely Boyue Cool didedahkan - bayangan X70 generasi baharu, dengan enjin 4-silinder 1.5T! 03

Rekaan dalaman dilengkapi dengan kluster instrumen digital 10.25 inci dan skrin sentuh berpusat dengan format potret 13.2 inci yang mengintegrasikan hampir semua fungsi kenderaan. Bahkan kawalan pendingin hawa juga disertakan dalam skrin sentuh, menurut Geely adalah untuk mengurangkan penggunaan butang fizikal.

Baca: VW bakal kembalikan butang fizikal pada bahagian stereng, jenis sesentuh satu kesilapan?

Geely Boyue Cool didedahkan - bayangan X70 generasi baharu, dengan enjin 4-silinder 1.5T! 04

Geely Boyue Cool dilengkapi dengan ciri pemanduan separa automatik yang boleh dijangkakan dari sebuah kenderaan Geely moden, termasuklah kawalan pelayaran automatik, brek kecemasan automatik, dan kawalan kekal lorong.

Geely Boyue Cool didedahkan - bayangan X70 generasi baharu, dengan enjin 4-silinder 1.5T! 05

Menariknya, Geely Boyue Cool didatangkan dengan enjin petrol 4-silinder 1.5 liter turbo yang menghasilkan kuasa sebanyak 181 PS dan tork 290 Nm bersama-sama transmisi dwi-klac 7-kelajuan dan boleh diterjemahkan dengan masa pecutan 0-100 km/j dalam 7.9 saat.

Geely Boyue Cool didedahkan - bayangan X70 generasi baharu, dengan enjin 4-silinder 1.5T! 06

Memandangkan bahawa Geely Boyue Cool diposisikan di bawah Boyue L, SUV baru ini berkemungkinan tidak ditawarkan dalam sistem penggerak elektrik atau enjin yang lebih bertenaga buat masa ini kerana prestasi seperti itu lebih difokuskan kepada model yang lebih atasan.

Baca: Geely Boyue L baharu dilancarkan - harga meningkat 22 peratus, terlalu mahal untuk jadi Proton X70 baharu?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2018 Geely Bin Yue G-power 200T

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda