Tag

carta organisasi syarikat proton

Pengecualian cukai jualan: Syarikat kereta kesana kemari mencari jawapan

Semenjak pelan pemulihan ekonomi jangka pendek diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia pada Jumaat lepas, ramai staf syarikat otomotif seluruh negara sibuk mencari butir-butir tepat mengenai pelepasan cukai jualan yang diumumkan. Apa yang mereka tahu sejurus pelan tersebut diumumkan adalah kereta yang dipasang di Malaysia akan dikecualikan dari cukai jualan 10% manakala cukai jualan bagi kenderaan import pula akan diturunkan separuh. Banyak syarikat otomotif seluruh negara ditimbuni soalan darip

MersitaMersita

Jun 9, 2020

Geely sertai organisasi standard kualiti automotif antarabangsa, mewakili suara Asia termasuk Proton

Geely telah menjadi pembuat kenderaan Asia pertama yang bergabung dengan IATF, sebuah organisasi standard kualiti automotif global. Pasukan International Automotive Task Force (IATF) adalah sekumpulan pengeluar automotif yang bertujuan untuk menyediakan produk berkualiti yang lebih baik kepada pelanggan automotif di seluruh dunia. Dengan penyertaannya, Geely kini akan terlibat sama dalam pembentukan dan peningkatan standard kualiti antarabangsa dengan kumpulan automotif global yang lain untuk me

Zamil SyaheerZamil Syaheer

Apr 12, 2021

Carta Tertinggi: 10 SUV paling laris di dunia 2019

Memang tak dinafikan yang SUV kini telah mendominasi pasaran kereta dunia. Persaingan semakin sengit dalam pasaran ini kerana semakin ramai pembuat kereta mahukan SUV masing-masing. Oleh itu, dengan pelbagai pilihan di luar sana, SUV yang manakah menjadi raja dan terjual paling laris pada 2019? Menurut carta CarIndustryAnalysis / Felipe Munoz, di sini kami senaraikan 10 SUV paling laris di dunia untuk tahun 2019. #1 Toyota RAV4 Memandangkan Malaysia baru sahaja berkenalan dengan Toyota RAV4 TNGA

MersitaMersita

Jul 27, 2020

Model Geely dan Volvo bakal jadi sama, tetapi Proton akan dianaktirikan?

Minggu lalu, Geely Auto (bukannya syarikat induk Geely Holding yang memiliki Volvo Car Group) mengumumkan yang mereka sudah berpisah dengan Volvo Car. Geely Auto dan Volvo Car akan kekal berasingan, cuma masih beroperasi di bawah naungan Geely Holding. Namun, mereka masih akan berganding bahu untuk pembangunan kenderaan elektrik tertentu serta projek-projek berkaitan kereta tanpa pemandu. Dalam erti kata lain, pasukan di Volvo Cars dan di Geely Auto akan meneruskan kerja mereka secara berasingan

MersitaMersita

Mar 24, 2021

21 tahun kemudian, Proton Waja satu rahmat atau musibah?

Sedar tak sedar, sudah 21 tahun semenjak Proton Waja dilancarkan. Pada tahun 2000, Proton baru saja memasuki tahun ke-15 dalam produksi otomotif. Pada masa itu, mereka mendominasi pasaran kereta Malaysia sebahagiannya kerana ada undang-undang yang melindungi pembuat kereta nasional daripada pesaing-pesaing luar negara. Pada awalnya, semua barisan kereta Proton terdiri daripada kereta-kereta Mitsubishi dan sebuah Citroen yang ditanda-namakan semula. Saga dan Iswara dibawa bersama sejak 1985 denga

MersitaMersita

Jul 4, 2020

Proton ambil langkah bijak dengan melelong kereta konsep dan rally lama mereka. Ini sebabnya.

Awal minggu lepas, Proton menerima pelbagai cacian kerana mereka melelong kereta-kereta prototaip dan konsep mereka termasuklah kereta konsep Emas ItalDesign Giugiaro dan juga kereta rally PERT Karamjit Singh. Pengkritik berkata yang pemilik Proton baru dari China iaitu Geely tidak menghormati legasi Proton, dan banyak kereta-kereta ini patut disimpan di dalam muzium. Tapi, kami rasa ini tidak benar. Jom kita imbas semula garis masanya. Kereta-kereta ini disimpan dan dibiarkan mereput oleh pemil

MersitaMersita

Jul 27, 2020

Proton akan menolak tempahan Proton X50 daripada ejen tidak sah!

Proton X50 Proton telah mensasarkan untuk menjual 4,000 unit SUV segmen B Proton X50 dalam tahun 2020 tetapi tempahan telah menjangkaui sasaran awal. Dengan 20,000 unit Proton X50 yang sudah ditempah, nampaknya anda terpaksa menunggu tahun depan untuk menerima Proton X50 anda. Malangnya, Proton dimaklumkan bahawa ada pihak telah memberi gambaran yang tidak benar dengan mengatakan mereka adalah ejen Proton ataupun mempunyai kaitan dengan Proton demi mengaut keuntungan. Justeru itu, Proton telah m

HarisHaris

Oct 8, 2020

SUV, MPV, dan trak pikap yang paling tak laku di Malaysia!

Sebelum ini, kami bawakan anda kereta kompak dan sedan yang paling tidak laku di Malaysia. Disebabkan permintaan yang ramai, kami akan menyenaraikan untuk kategori SUV, MPV, dan trak pikap pula. Mengenai episod sebelum ini, kami bukanlah ingin menerjah kereta buatan China semata-mata. Sejujurnya, mereka sangat kekurangan dari segi mutu pemasangan dan kualiti keseluruhan. Tetapi kini, mereka sangatlah disegani terutama kereta keluaran Geely yang telah dipersembahkan di Malaysia. Malah Proton tela

FaisalFaisal

Oct 29, 2020

Lanjutan pengecualian cukai SST - syarikat kereta beri pandangan berbeza

Kementerian Kewangan Malaysia telah mengesahkan bahawa tempoh pengecualian cukai jualan SST yang sepatutnya tamat pada 31 Disember 2020 ini telah dilanjutkan sehingga 30 Jun 2021. Pengumuman yang berlaku 3 hari sebelum 31 Disember 2020 tersebut memberikan ruang yang sangat sempit bagi pihak pengeluar kereta menyesuaikan perancangan syarikat. Hal ini kerana senarai harga untuk model 2021 perlu ditarik balik dan dikemaskini, hanya 3 hari sebelum tahun 2020 menutup tirai. Sesetengah pengeluar keret

HarisHaris

Dec 30, 2020

Salah satu syarikat pengeluar kereta terbesar ingin membuat kemunculan semula. Malaysia salah satu tumpuannya?

2020 merupakan ulang tahun ke-100 penubuhan syarikat Suzuki. Mereka adalah salah satu daripada tiga syarikat di dunia yang masih mengeluarkan kereta dan motosikal pada masa yang sama. Setelah empat tahun menyepi daripada pasaran Malaysia, Suzuki dikhabarkan membuat kemunculan semula. Dengan kedudukan ke-10 dalam tangga global, Suzuki mencapai tahap ini tanpa sebarang bantuan daripada jenama lain. Di samping itu, keupayaan mereka dalam menembusi pasaran Amerika Utara juga sangat mengagumkan. Perk

FaisalFaisal

Sep 10, 2020

Proton, Perodua terlalu selesa. Hyundai-Kia mendominasi, kerajaan Korea beri sasaran, bukan ganjaran

Dalam dua bulan pertama tahun 2021, bahagian pasaran kereta domestik Hyundai Motor Group (HMG) di Korea, termasuklah bahagian pasaran Kia, mencecah 78.5 peratus. Setelah digabungkan dengan kereta impot, bahagian pasaran Hyundai dan Kia semua sekali berada pada 65.4 peratus. Pada 2015, ketika ada lebih saingan dari pengeluar kereta domestik yang lain seperti Renault-Samsung, GM Korea, dan Ssangyong, bahagian pasaran kereta domestik HMG berada pada posisi 12 peratus lebih rendah iaitu pada 66.5 pe

MersitaMersita

Apr 1, 2021

No.1 di Malaysia, bagaimana jualan Geely Boyue/Proton X70 di China pada 2020?

Trend SUV sedang berada di puncak populariti dan ini terbukti dengan banyak pengeluar kereta menghasilkan pelbagai model SUV baik untuk segmen kecil sehinggalah besar. Malah, ia lebih menguntungkan berbanding hatchback ataupun sedan. Malah, trend ini bukan hanya di Malaysia saja – malah di negara China. Pada bulan Disember tahun lepas sahaja, penjualan SUV mencecah angka 1,129,042 di China. Untuk konteks anda, jualan keseluruhan industri (TIV) di Malaysia sepanjang tahun 2020 adalah 529,434 unit

Zamil SyaheerZamil Syaheer

Feb 9, 2021

Proton cuba nak lawan Perodua dengan Tiara dan Savvy, tapi gagal! Kenapa?

Di antara Proton dan Perodua, amat mudah untuk melihat jenama mana yang menghasilkan kereta rakyat. Kedua-dua pembuat kereta tempatan ini juga mempunyai persaingan yang agak sihat antara satu sama lain. Walaupun Proton memberi saingan yang baik melawan Perodua Myvi dengan Iriz, namun begitu angka penjualannya kurang memberangkan jika nak dibandingkan dengan ‘Raja Jalanan’ yang perkasa. Tetapi, angka jualannya boleh dikira sebagai “langit dan bumi” jika nak dibandingkan dengan cubaan Proton terda

Zamil SyaheerZamil Syaheer

Dec 25, 2020

Carta Tertinggi: 6 kenderaan yang lebih baik dibeli "recond" berbanding pengedar rasmi

Percaya atau tidak, ada sesetengah kenderaan sebenarnya lebih baik dibeli daripada pasaran “recond” atau erti kata lain, “import”. Bagi yang mengikuti kami dari awal, semestinya anda tahu bahawa kami jarang mencadangkan kereta recond tetapi kali ini kami beri peluang. Sebelum kami mulakan, kita harus mengetepikan ideologi yang mengatakan spesifikasi kenderaan recond dilengkapi ciri keselamatan dan fungsi yang lebih tinggi berbanding spesifikasi tempatan. Syarikat seperti Toyota dan Mercedes-Benz

FaisalFaisal

Aug 21, 2020

Kenapa Haval H6 terjual 54 ribu unit lebih banyak daripada Geely Bo Yue (Proton X70) di China?

Di China, SUV segmen C iaitu Haval H6 ini amat digemari dan dianggap seperti lagenda seperti kereta-kereta hebat lain seperti Porsche 911, VW Golf, ataupun BMW M5. Ini disebabkan oleh populariti yang sangat besar untuk H6 dan ia juga merupakan SUV segmen C terlaris di China – mengalahkan yang lain seperti Geely Bo Yue yang kita kenali sebagai Proton X70 dan juga Honda CR-V. Kami tak main-main bila kami katakan yang Haval H6 dianggap sebagai kereta lagenda di negara Tanah Besar itu. Sejak dilanca

MersitaMersita

Nov 30, 2020

Kenderaan SOV yang dibangunkan syarikat tempatan bakal ganti Mercedes G-Wagon tentera?

Menurut portal Malaysia Defence, sebuah syarikat automotif tempatan didakwa telah memenangi kontrak untuk membekalkan kenderaan tentera jenis FFR (Fitted For Radio), SOV (Special Operations Vehicles) dan Pembawa Senjata dalam suatu program mobiliti ketenteraan. Cendana Auto melalui laman sesawang mereka, cendana-auto.com dikatakan telah mengumumkan sebanyak 148 unit kenderaan 4x4 dalam 4 konfigurasi akan dibekalkan kepada Angkatan Tentera Malaysia sehingga tahun 2024. Selain itu, mereka turut me

HarisHaris

Feb 3, 2021

Kereta kompak dan sedan yang paling tak laku di Malaysia!

Slogan “Find your perfect car” merupakan falsafah kami dalam mencadangkan kereta yang terbaik untuk anda. Tidak mengira nilai mahupun kesesuaian, kadangkala pengguna mahukan kenderaan yang unik. Sebagai contoh, memilih Kia Picanto berbanding Perodua Axia ataupun Citroen C3 Aircross berbanding Perodua Myvi. Sebenarnya, tidak salah untuk menjadi lain. Malah anda mungkin boleh menjumpai benda dicarikan selama ini. Cuma anda mungkin perlu mengelak daripada 5 kereta kompak dan sedan ini kerana mereka

FaisalFaisal

Oct 25, 2020

Negara apa yang hasilkan paling banyak kereta? Malaysia pula tempat keberapa?

Pernahkan anda terfikir negara mana yang paling banyak hasilkan kereta? Dan, di mana pula kedudukan Malaysia antara negara-negara penghasil kereta ini? Pada tahun 2019, Malaysia berada pada kedudukan Top 25 negara yang menghasilka paling banyak kenderaan. Jumlah keseluruhannya bagi tahun itu adalah 571,632 unit. Angka ini kami perolehi daripada statistik produksi yang dikeluarkan oleh International Organisation of Motor Vehicle Manufacturers (OICA). Negara Top 25 dalam penghasilan kereta paling

MersitaMersita

Dec 15, 2020

Enjin Proton X50 1.5L Turbo menang anugerah - tetapan 3 silinder berteknologi tinggi

Dahulu, orang ramai sering kaitkan “Made in China” dengan pelbagai persepsi seperti kualiti rendah, tak tahan lama, produk celup dan macam-macam lagi. Tapi, persepsi ini terhapus dengan kemajuan negara Tanah Besar itu sebagai sebuah hab teknologi yang besar di peringkat global. Huawei, Alibaba (bagi yang tak tahu, mereka ialah syarikat teknologi), dan juga Geely kini sudah menjadi nama yang biasa kita dengar dan dikenali di seluruh pelusuk dunia. Walaupun Geely baru sahaja menempa nama di Malays

MersitaMersita

Nov 11, 2020

Staf Perodua kini di Daihatsu Jepun, bangunkan sedan segmen B baharu?

Perodua kini dalam fasa ketiga pelan transmformasi dalam meningkatkan kebolehpasaran Perodua di peringkat global. Pelan tersebut berkait dengan Daihatsu di mana pengeluar tersebut mahu membangunkan hub rantaian bekalan global di rantau ini. Semalam, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Dato’ Zainal Abidin mengatakan bahawa Perodua kini bekerjasama dengan semua rakan perniagaan untuk melihat potensi kepakaran yang ada dapat digunakan di luar Malaysia. Beliau turut memberi contoh bagaiman

HarisHaris

Feb 17, 2021

Proton setelah 35 tahun – Bolehkah Proton capai lebih lagi?

Proton sebenarnya adalah akronim untuk Perusahaan Otomobil Nasional. Sebagai sebuah jenama kereta nasional, kita patut berbangga dengan kewujudannya. Jerman ada Volkswagen, Jepun ada Toyota, dan Korea pula ada Hyundai. Jenama-jenama ini diketengahkan kerana ia memenuhi permintaan dengan “kereta rakyat”. Proton kini sudah berusia 35 tahun (dikira dari tarikh kelahiran Saga pertama). Toyota dan Volkswagen pula berumur 83 tahun manakala Hyundai 53 tahun. Proton dikira masih muda jika dibandingkan d

MersitaMersita

Aug 6, 2020

Apakah perbezaan antara Perodua Myvi vs Proton Iriz?

Sejak pelancarannya 15 tahun lalu, Perodua Myvi telah menduduki carta teratas dalam kategori hatchback kegemaran Malaysia. Proton telah cuba untuk mengeluarkan produk yang mampu bersaing dengan Myvi, sehinggalah mereka hasilkan Proton Iriz. Kedua-kedua kereta ini telah bersaing selama 6 tahun, dan kini dengan naiktaraf terbaru mereka, kereta mana yang patut anda pilih? Artikel ini akan membincangkan perbandingan antara spesifikasi tertinggi kedua hatchback ini. Apabila Iriz mula-mula diperkenalk

MersitaMersita

Jun 18, 2020

Carta Tertinggi: Kereta paling selamat berdasarkan markah ASEAN NCAP

Semenjak penerbitan laporan pertama mereka pada tahun 2013, ASEAN NCAP menjadi satu rujukan penting untuk tahap keselamatan jalanraya di rantau Asia Tenggara. Kereta-kereta yang diberikan penilaian maksima 5 bintang pastinya sangat mengagumkan. Berdasarkan kaedah penskoran 2017-20 terbaru, sebanyak 25 daripada 37 kenderaan yang diberi penilaian maksima 5 bintang. Banyak juga kan? Tapi, dalam kalangan 25 buah kenderaan ini, mana satu yang paling selamat? Untuk pengetahuan anda, sebelum kaedah 201

MersitaMersita

Nov 4, 2020

Tiba masanya kita berhenti panggil Proton dan Perodua “kereta nasional”

Perusahaan Otomobil Nasional, syarikat yang kita kenali sekarang sebagai Proton Holdings, diasaskan pada tahun 1983 sebagai syarikat kereta nasional Malaysia. 10 tahun selepas itu iaitu pada 1993, Perusahaan Otomobil Kedua, dikenali sebagai Perodua, diasaskan sebagai syarikat kereta nasional kedua. Kita sekarang dalam proses untuk mengasaskan kereta nasional ketiga pula. Ketiga-tiga syarikat kereta nasional ini adalah hasil buah fikiran Perdana Menteri Malaysia kita terdahulu, Tun Dr. Mahathir M

MersitaMersita

Sep 11, 2020

Sepupu baru Proton, Smart, membuat senibina penuh-elektrik baharu

Jenama Smart tidak lama lagi akan memperkenalkan konsep baharu yang kita tak pernah lihat sebelum ini! Memandangkan syarikat usahasama baru ini telah ditubuhkan, Geely Holding dan Mercedes-Benz AG merancang untuk menjadikan jenama kereta mikro ini sebagai sebuah syarikat kereta berfokuskan kenderaan elektrik menjelang 2022. Jika anda belum tahu lagi, Geely, syarikat yang juga memegang sebahagian daripada Proton, telah membeli pegangan lebih 50 peratus dalam syarikat pembuat kereta mikro Jerman i

MersitaMersita

Jul 30, 2020

Cubaan sia-sia Proton cuba tembus pasaran US suatu ketika dahulu. Akhirnya orang lain untung!

Rakyat Malaysia semestinya sudah terbiasa dengan berita mengenai hubungan kerjasama antara PROTON dan Mitsubishi Motors. Mitsubishi Motors merupakan rakan kerjasama teknikal bagi PROTON dalam era 80-an dan 90-an. Umum juga pasti tahu bahawa Proton Saga keluaran pertama negara adalah berasaskan Mitsubishi Lancer Fiore. Namun begitu, apa yang umum tidak tahu ialah ketika era 80-an, Chrysler mempunyai 15% pegangan saham dalam syarikat Mitsubishi Motors. Tambahan lagi, Chyrsler juga telah menjual be

HarisHaris

Aug 18, 2020

Proton Saga belum ada perancangan facelift, model sekarang terlalu bagus?

Proton Saga Terdapat banyak ura-ura mengenai Proton Iriz dan Proton Persona yang akan dikemaskini pada tahun 2021 namun tiada perancangan untuk Proton Saga. Proton Saga BT3 generasi ketiga yang telah dilancarkan pada tahun 2016 kini menjengah tahun ke 4 dalam pasaran. Jangka hayat tersebut selalunya menjadi penanda aras bagi kebanyakan jenama untuk memperkenalkan model facelift. Walaubagaimanapun, tiada sebarang perancangan nampaknya untuk sebarang facelift untuk Proton Saga. Pada tahun 2019, Pr

HarisHaris

Dec 13, 2020

Proton Saga CKD diekspot ke Nairobi, Kenya

Proton mengembangkan lagi sayapnya dengan mengekspot 30 buah Proton Saga dipasang tempatan ke Kenya. Kenya menjadi satu lagi negara ekspot baru bagi Proton dan Proton Saga yang dihantar secara CKD itu akan dipasang oleh Syarikat Simba, sebuah konglomerat pelbagai perniagaan yang mempunyai sejarah panjang dalam penjualan dan pengalaman pemasangan di industri automotif. Selain daripada kenderaan pemasangan tempatan membayar cukai yang lebih rendah, unit CKD juga dijangka akan mendorong pembangunan

MersitaMersita

Aug 22, 2020

Dr Li Chunrong: Proton bakal mengatasi Perodua pada 2027 atau lebih awal

Ketua Pegawai Eksekutif Proton Dr. Li Chunrong yakin bahawa Proton akan mengatasi Perodua untuk menjadi jenama kereta No.1 terlaris di Malaysia menjelang tahun 2027 berdasarkan kitaran hayat model berikutnya. Pada masa ini, hanya Proton X70 yang merupakan produk baru. Semua model Proton yang lain masih belum diganti dengan model generasi baru. Dalam temu bual dengan The Edge, Dr. Li mengatakan bahawa sejak Geely menjadi rakan kongsi Proton pada tahun 2017, syarikat itu telah fokus untuk melaksan

Zamil SyaheerZamil Syaheer

Aug 5, 2020

Toyota Raize dan Harrier paling laris di Jepun tahun ini! Bolehkah D55L laris di Malaysia?

Menurut rekod jualan Japan Automobile Dealers Association (JADA), rekod jualan kenderaan baru bagi tahun 2020 melihat Toyota sebagai jaguh jualan bagi bulan November. Toyota Raize, kereta asas bagi Perodua D55L, dan Toyota Harrier menjuarai carta SUV paling laris di sana. Raize merekodkan jualan 10,627 unit manakala Harrier pula terjual laris dengan 9,897 unit dalam bulan November. Tapi, dua kereta terlaris di Jepun pada bulan sebelumnya berbeza pula jaguhnya. Model terlaris pada bulan itu ialah

MersitaMersita

Dec 10, 2020