window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Cubaan sia-sia Proton cuba tembus pasaran US suatu ketika dahulu. Akhirnya orang lain untung!

Haris · Aug 18, 2020 08:00 PM

Cubaan sia-sia Proton cuba tembus pasaran US suatu ketika dahulu. Akhirnya orang lain untung! 01

Rakyat Malaysia semestinya sudah terbiasa dengan berita mengenai hubungan kerjasama antara PROTON dan Mitsubishi Motors. Mitsubishi Motors merupakan rakan kerjasama teknikal bagi PROTON dalam era 80-an dan 90-an. Umum juga pasti tahu bahawa Proton Saga keluaran pertama negara adalah berasaskan Mitsubishi Lancer Fiore.

Cubaan sia-sia Proton cuba tembus pasaran US suatu ketika dahulu. Akhirnya orang lain untung! 02

Namun begitu, apa yang umum tidak tahu ialah ketika era 80-an, Chrysler mempunyai 15% pegangan saham dalam syarikat Mitsubishi Motors. Tambahan lagi, Chyrsler juga telah menjual beberapa jenis model Mitsubishi termasuklah Lancer Fiore di bawah jenama Chrysler Dodge dan Plymouth di Amerika Syarikat.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Cubaan sia-sia Proton cuba tembus pasaran US suatu ketika dahulu. Akhirnya orang lain untung! 01

Kesemua hubungan kerjasama tersebut bolehlah disimpulkan sebegini: Mitsubishi Lancer (Jepun) = Mitsubishi Colt Lancer (Eropah) = Dodge Colt (Amerika Syarikat) = Plymouth Colt (Amerika Syarikat) = Proton Saga (Malaysia, United Kingdom).

Cubaan sia-sia Proton cuba tembus pasaran US suatu ketika dahulu. Akhirnya orang lain untung! 02

Setahun sebelum Proton Saga dilancarkan iaitu pada tahun 1985, Chrysler telah memperkenalkan model Lancer yang diubah menjadi versi Dodge Colt / Plymouth Colt di Amerika Syarikat. Kesemua kereta tersebut dibuat di Jepun namun telah diimport masuk ke Amerika Syarikat melalui Chrysler.

Cubaan sia-sia Proton cuba tembus pasaran US suatu ketika dahulu. Akhirnya orang lain untung! 03

Terdapat tiga (3) jenis gaya kereta yang ditawarkan kepada para pembeli di Amerika Syarikat iaitu – model jenis sedan, hatchback 3 pintu  dan juga wagon 5 pintu.

Cubaan sia-sia Proton cuba tembus pasaran US suatu ketika dahulu. Akhirnya orang lain untung! 04

Apa yang menarik ialah pasaran Proton Saga Aeroback 5 pintu hanya ada di Malaysia. Kemudian, model ini dieksport ke United Kindom, satu-satunya pasaran luar negara Proton pada ketika itu.

Cubaan sia-sia Proton cuba tembus pasaran US suatu ketika dahulu. Akhirnya orang lain untung! 05

Model wagon Colt juga bukanlah satu model yang baru kerana model yang sama telah dijual terlebih dahulu di Jepun sebagai model Lancer Wagon dan di Eropah sebagai model Lancer Kombi.

Cubaan sia-sia Proton cuba tembus pasaran US suatu ketika dahulu. Akhirnya orang lain untung! 06

Cubaan sia-sia Proton cuba tembus pasaran US suatu ketika dahulu. Akhirnya orang lain untung! 07

Aktiviti rebadge model-model kereta Mitsubishi oleh Chrysler telah berhenti pada pertengahan era 90-an, iaitu era sekitar kemunculan Proton Wira. Kalau anda nak tahu, Proton Putra dikenali sebagai Dodge Colt Coupe di US.

Cubaan sia-sia Proton cuba tembus pasaran US suatu ketika dahulu. Akhirnya orang lain untung! 08

Pada masa yang sama, negara kita pernah cuba untuk mengeksport Proton Saga yang merupakan kembar model Mitsubishi Lancer ke Amerika Syarikat.

Cubaan sia-sia Proton cuba tembus pasaran US suatu ketika dahulu. Akhirnya orang lain untung! 09

Bukan Saga, Lancer ni!

Namun begitu, disebabkan syarikat Mitsubishi Motors telah menjual model yang sama di Amerika Syarikat melalui jenama Chyrsler, cadangan untuk mengeksport masuk Proton Saga ke Amerika Syarikat dilihat sebagai satu usaha yang sia-sia. 

Cubaan sia-sia Proton cuba tembus pasaran US suatu ketika dahulu. Akhirnya orang lain untung! 10

Lebih menarik lagi, Perdana Menteri kita pada ketika itu yang juga merupakan pengasas PROTON, Tun Dr. Mahathir, tidak mahu menerima sebarang penolakan cadangan tersebut dan berkeras untuk meneruskan eksport Proton Saga ke Amerika Syarikat.

Oleh sebab itu, seorang ahli perniagaan di US telah mengambil peluang daripada insiden tersebut dan ‘menipu’ Tun Dr Mahathir dalam proses jual beli model Proton di US. Begitulah keseinambungan kisah di mana tidak kira sehebat mana pun anda, jangan pandang rendah terhadap penjual air liur!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda