Ikon Malaysia, ini 8 trivia menarik tentang Proton Saga yang mungkin anda belum tahu
Faisal · Sep 23, 2023 10:00 AM
0
0
Seperti yang anda sudah tahu, Proton Saga adalah antara ikon kebanggaan Malaysia yang mana kereta pertama buatan tempatan ini telah berjasa sebagai kenderaan harian rakyat sejak tahun 1985 lagi.
Walaupun kami pernah berkongsi akan sejarah dan beberapa fakta tentang kereta Proton Saga, mungkin ramai yang masih belum tahu akan beberapa trivia menarik mengenai jentera kebanggaan kita ini.
Yang pertama adalah asal usul nama Saga itu sendiri yang mana ia datang dari pertandingan 'Menamakan Kereta Nasional Kita Yang Pertama'. Peraduan ini dimasuki lebih 100,000 penyertaan dan ia dimenangi oleh Sarjan Ismail Jaafar. Menurut juri, nama 'saga' mudah diingat dan hurufnya bermaksud Safety, Achievement, Greatness dan Ability. Jelas Sarjan, nama tersebut tercetus sewaktu beliau sedang bermain permainan Scrabble di mana Sarjan ternampak abjad SAGA dalam susunan huruf yang beliau ada.
#2: Prototaip Saga
Trivia menarik yang kedua adalah Tun Dr Mahathir menjemput sekali Mitsubishi Motors untuk projek kereta nasional ini. Seawal tahun 1983, Mitsubishi telah mencipta 2 prototaip di Jepun yang bernama LM41 dan LM44. Berdasarkan Mitsubishi Lancer Fiore 1983, sebanyak 36 prototaip telah dihasilkan sebelum diluluskan oleh Proton dan Mitsubishi Motors.
#3: Bampar keluli
Trivia ketiga pula adalah walaupun pada waktu itu industri sudah mula beralih ke bampar plastik untuk mengurangkan berat, Proton tetap memilik untuk guna bampar keluli kerana teknologi bampar plastik agak mahal dan kos membaiki sekiranya kemek tidak murah langsung.
#4: Teksi Proton Saga
Teksi Proton Saga mula keluar 6 bulan selepas dilancarkan iaitu di acara Sagathon Persekutuan pada Hari Bandaraya Kuala Lumpur. Terdapat 112 unit Saga teksi pada waktu itu. Antara sebab kenapa pemandu teksi suka akan Proton Saga adalah kerana kos yang rendah dan tahan lasak.
#5 Proton Saga Iswara
Nama model Iswara diambil bersempena spesis rama-rama di Sarawak. Model ini secara teknikalnya mengambil asas dari Saga Megavalve dan reka bentuknya dibuat di Britain. Model ini juga dieksport ke sana dan ia pernah membuat kemunculan dalam siri televisyen terkenal Mr. Bean.
Sejak jualan bermula pada tahun 1985 hingga awal 2008, lebih 1.95 juta Proton Saga telah terjual dan 1.2 juta unit daripadanya adalah Saga generasi pertama.
#7 Bilangan jualan yang mencecah panjang 8,000 km
Kalau dibariskan 1.96 juta unit Proton Saga, panjangnya akan mencecah 8,000 km, lebih kurang jarak dari Malaysia ke Ukraine.
#8 Kereta pertama yang dipandu atas Jambatan Pulau Pinang
Kereta pertama yang melalui Jambatan Pulau Pinang adalah sebuah Proton Saga berwarna merah dan menariknya, ia merupakan sebuah prototaip yang dilengkapi enjin 2.0L 4G63. Ketika itu, kereta ini dipandu oleh Tun Siti Hasmah iaitu isteri kepada Tun Dr Mahathir.
Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.