window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Proton Saga 2023 ganti transmisi 4AT Hyundai dengan unit Aisin dari Toyota, harga kekal sama!

Faisal ยท May 31, 2023 10:30 AM

Proton Saga 2023 ganti transmisi 4AT Hyundai dengan unit Aisin dari Toyota, harga kekal sama! 01

Proton Saga 2023 di Malaysia nampaknya ada kemaskini baharu di mana ia sedang diperbaharui dengan transmisi 4AT Aisin dari Toyota. Bagi anda yang belum tahu, Proton Saga selama ini menggunakan kotak gear yang dibekalkan oleh Hyundai.

WapCar difahamkan bahawa kemaskini ini dibuat untuk kereta yang dikeluarkan bermula bulan ini. Namun begitu, masih belum dapat dipastikan sama ada Proton akan membuat sebarang pengumuman memandangkan spesifikasinya kekal sama. Harga pula tidak menyaksikan sebarang perubahan dan perkara ini mungkin disebabkan ia masih dengan 4 kelajuan dan pembaharuan tersebut setakat menukar pembekal.

Proton Saga 2023 ganti transmisi 4AT Hyundai dengan unit Aisin dari Toyota, harga kekal sama! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Selain daripada kotak gear, tiada perkembangan baharu buat Proton Saga. Bagi anda yang belum tahu, sedan segmen A nasional ini dikemaskini pada pertengahan tahun lepas dengan pembaharuan gaya dan ciri tambahan. Enjin 1.3L NA (95 PS, 120 Nm) masih didekalkan.

Dari segi varian, Proton Saga ditawarkan seperti di bawah:

  • 1.3 Standard MT: RM 34,400
  • 1.3 Standard Lite AT: RM 38,300
  • 1.3 Standard AT: RM 38,800
  • 1.3 Premium AT: RM 41,800
  • 1.3 Premium S AT: RM 44,800

Juga bacaEnjin baharu untuk Proton Persona, Iriz, Exora dan mungkin Saga juga - menyusul 2023 hingga 2027

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Proton Saga 1.3 Standard MT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda