window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Tahukah anda bahawa jualan Proton Saga dah lonjak lebih 2x ganda dalam 5 tahun ini?

Faisal · Aug 9, 2023 02:16 PM

Tahukah anda bahawa jualan Proton Saga dah lonjak lebih 2x ganda dalam 5 tahun ini? 01

Bagi anda yang belum tahu, Proton Saga generasi P2-13A sekarang adalah model paling penting buat Proton. Sedan segmen A ini bukan setakat model Proton paling mampu milik, malah ia menyumbang sehingga 40% dalam jumlah jualan keseluruhan jenama itu.

Untuk pengetahuan anda, gabungan jualan Persona, Iriz, Exora dan Saga merangkumi 68% daripada jumlah keseluruhan.

Tahukah anda bahawa jualan Proton Saga dah lonjak lebih 2x ganda dalam 5 tahun ini? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Mengenai Saga, generasi P2-31A sekarang dilancarkan pada tahun 2016 dan usianya sudahpun melebihi kitaran 5 – 7 tahun yang diikuti oleh industri.

Kalau ikut logik, jualan sepatutnya menurun kerana terdapat model yang lebih baru dalam pasaran tetapi tidak buat Saga.

Tahun 2019 untuk 7 bulan pertama, Proton menjual Saga sebanyak 17,984 unit. Tahun 2023 pula sebenarnya meningkat kepada 39,251 unit, lebih dua kali ganda.

Dari segi industri pula, jualan kereta baru (TIV) di Malaysia naik dari 604,287 unit (2019) kepada 720,658 unit (2022), melonjak 19%.

Tahukah anda bahawa jualan Proton Saga dah lonjak lebih 2x ganda dalam 5 tahun ini? 01

Menariknya, 7 bulan pertama dalam tahun pandemik iaitu 2020 - 2021, Proton masih dapat menjual Saga sebanyak 21,458 - 21,174 unit.

Selain Proton Saga, jualan sedan segmen A yang lain juga tidak kurang hebatnya.

Contohnya adalah Perodua Bezza yang mana untuk 6 bulan pertama 2023, syarikat itu dapat mendaftar sebanyak 40,555 unit.

Tahukah anda bahawa jualan Proton Saga dah lonjak lebih 2x ganda dalam 5 tahun ini? 02

Apapun, tempoh menunggu Bezza pernah mencecah 10 bulan dan ini mungkin antara sebab kenapa jualan Saga meningkat.

Kalau anda nak tahu, Bezza sekarang adalah model Perodua paling laris, mengalahkan Myvi.

Juga bacaPerodua jual 145k kereta pada separuh pertama 2023 - Bezza potong Myvi sebagai kereta terlaris Malaysia

Mengenai Proton Saga, nilai harga RM RM 34,400 – RM 44,800 yang menawarkan keselesaan, pengendalian dan kualiti audio yang mantap menjadikannya antara kereta paling berbaloi dalam pasaran kita.

Sebagai perbandingan, harga Perodua Bezza ditawarkan pada RM 34,580 – RM 49,980 tetapi varian atas didatangkan dengan ADAS.

Juga bacaProton Saga 2023 ganti transmisi 4AT Hyundai dengan unit Aisin dari Toyota, harga kekal sama!

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Proton Saga 1.3 Standard MT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda