window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Proton Saga Hot Wheels akan dijual mulai Disember 2023 - bakal digilai 'collectors', tak terhad untuk Malaysia

Faisal · Jul 31, 2023 12:00 PM

Proton Saga Hot Wheels akan dijual mulai Disember 2023 - bakal digilai 'collectors', tak terhad untuk Malaysia 01

Peminat kereta pasti gemar akan Hot Wheels, lebih-lebih lagi kalau ia model yang pernah ada di jalan raya. Untuk anda yang belum tahu, kebanyakan model sebenarnya dibuat di Malaysia iaitu sejak tahun 1982 melalui syarikat Mattel. Setahun selepas itu, syarikat Proton pula ditubuhkan.

Juga bacaMengimbau kenangan: Pelancaran Proton Saga dan Kilang EON, 9 Julai 1985!

Proton Saga Hot Wheels akan dijual mulai Disember 2023 - bakal digilai 'collectors', tak terhad untuk Malaysia 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Bagi menyambut ulang tahun buat kedua-dua jenama, Hot Wheels baru-baru ini mengumumkan bahawa mereka akan membina Proton Saga berskala 1:64. Dalam acara Art of Speed 2023 di MAEPS Serdang pada hari minggu lepas, Mattel Malaysia dan Proton telah mendedahkan Saga miniatur yang direka oleh seorang kanak-kanak perempuan yang berusia 9 tahun dari Pulau Pinang.

Proton Saga Hot Wheels akan dijual mulai Disember 2023 - bakal digilai 'collectors', tak terhad untuk Malaysia 01

Insan itu ialah Saw Jane Harn dan beliau telah dinobatkan sebagai pemenang dalam Hot Wheels x Proton Kids Design Competition 2023 di antara 386 penyertaan di seluruh negara. Menariknya, kanak-kanak yang bertanding hanya berumur di antara 4 – 12 tahun. Jadi, Saw Jane Harn mencipta sejarah sebagai kanak-kanak pertama yang mereka pakej Hot Wheels.

Proton Saga Hot Wheels akan dijual mulai Disember 2023 - bakal digilai 'collectors', tak terhad untuk Malaysia 02

Berkenaan ciptaannya itu, ia akan diletakkan sebagai pakej edisi terhad yang khas untuk Malaysia dan boleh mula didapati pada tahun 2024.

Proton Saga Hot Wheels akan dijual mulai Disember 2023 - bakal digilai 'collectors', tak terhad untuk Malaysia 03

Menariknya, Proton Saga Hot Wheels ini bukan hanya akan dijual di Malaysia tetapi juga di lebih 150 negara di seluruh dunia bermula Disember 2023. Sewaktu majlis tersebut diadakan, satu soalan telah diajukan mengenai potensi untuk menjalinkan lebih kerjasama di antara kedua-dua syarikat pada masa akan datang jawapannya adalah ia bergantung pada Proton.

Proton Saga Hot Wheels akan dijual mulai Disember 2023 - bakal digilai 'collectors', tak terhad untuk Malaysia 04

Jelas Roslan Abdullah selaku Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, “Walaupun Proton ada banyak model dalam saban tahun, kami akan melihat dahulu reaksi pasaran berkenaan Saga miniatur ini. Buat masa sekarang, kami akan meletakkan fokus pada Saga dan mendengar maklum balas dari ‘collector’.”

Proton Saga Hot Wheels akan dijual mulai Disember 2023 - bakal digilai 'collectors', tak terhad untuk Malaysia 05

Untuk mereka yang berminat dengan warna dan variasi lain, Murat Ariksoy iaitu Pengurus Besar Mattel South Asia memberitahu bahawa mereka memilih warna merah kerana ia paling ikonik dan kena dengan Proton tetapi untuk masa ini, soal variasi yang diminta sebenarnya agak mencabar.

Proton Saga Hot Wheels akan dijual mulai Disember 2023 - bakal digilai 'collectors', tak terhad untuk Malaysia 06

Apapun, Proton Saga Hot Wheels ini pasti akan mendapat permintaan ramai dan sebagai sesuatu yang melambang unsur ikonik negara, ia pasti akan menjadi rebutan, khususnya buat para pengumpul dan peminat.

Juga baca1985 Proton Saga Hot Wheels ditayang, Mattel bakal hasilkan diecast kereta Proton?

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Proton Saga 1.3 Standard MT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda