window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

DRB-HICOM catat keuntungan RM 285.71 juta, sektor automotif penyumbang utama

Mersita · Aug 25, 2023 06:00 PM

DRB-HICOM catat keuntungan RM 285.71 juta, sektor automotif penyumbang utama 01

Kumpulan DRB-HICOM Berhad, yang mempunyai pegangan dalam syarikat automotif seperti Proton, Honda dan lain-lain, telah merekodkan keuntungan pra-cukai sebanyak RM 285.71 juta bagi enam bulan pertama (H1) tahun kewangan (FY) 2023. Ini menandakan peningkatan 22.5% daripada rekod H1FY2022 iaitu RM 233.16 juta.

Menurut DRB-HICOM, pendapatan Kumpulan bagi H1FY2023 ialah RM 8.09 juta dan pencapaian ini mewakili peningkatan 22.1% berbanding pendapatan RM 6.62 juta dalam tempoh sama tahun lalu. Pertumbuhan ini dikaitkan dengan prestasi berterusan terutamanya dalam sektor automotif dan perbankan Kumpulan tersebut, selain peningkatan dalam sektor-sektor lain.

DRB-HICOM catat keuntungan RM 285.71 juta, sektor automotif penyumbang utama 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

“Bagi suku kewangan semasa yang berakhir pada 30 Jun 2023, keuntungan sebelum cukai Kumpulan ini adalah sebanyak RM 84.95 juta dengan pendapatan sebanyak RM 3.98 bilion,” tulis kenyataan syarikat.

Prestasi Kumpulan dalam tempoh ini sebahagian besarnya disumbang oleh Proton dan juga subsidiari pengedar automotif, pengilangan dan kejuruteraan milik DRB-HICOM yang mencatatkan peningkatan pendapatan sehingga 27.8% pada H1FY2023 (RM 5.87 bilion) berbanding H1FY2022 (RM 4.6 bilion).

DRB-HICOM catat keuntungan RM 285.71 juta, sektor automotif penyumbang utama 01

“Pada tempoh ini, Proton mencatat peningkatan yang mengagumkan sebanyak 28.6% dalam jumlah jualan atau 77,321 unit; dengan Saga, X50 dan Persona menyumbang lebih daripada 80% daripada jumlah jualan Proton. Kenderaan tenaga baru pertama Proton, iaitu X90, terus mendapat permintaan tempatan yang tinggi untuk menjadi peneraju segmen SUV D yang baru.

Juga baca: Jualan Proton X90 paling laris dalam kelas segmen D - 2,225 unit telah diserahkan! Korang dah beli ke?

DRB-HICOM catat keuntungan RM 285.71 juta, sektor automotif penyumbang utama 02

“Jenama lain dalam Kumpulan ini, seperti Honda WR-V serba baru, juga mengambil alih pasaran SUV kecil dengan lebih daripada 2,500 tempahan dalam tempoh sebulan selepas pelancarannya,” ulas Kumpulan itu lagi.

Juga baca: Jualan H1 Honda WR-V & CR-V 2023 laku, walaupun ekonomi perlahan di Thailand; Toyota & Isuzu tengah cuba 'fight'!

Selain itu, sektor perbankan turut mencatat peningkatan sebanyak 37.3% dalam pendapatan (H1FY2023: RM806.77 juta; H1FY2022: RM587.69 juta) terutamanya berikutan pendapatan pembiayaan yang lebih tinggi disebabkan oleh pertumbuhan dalam jumlah pembiayaan. Ini disumbangkan oleh pertumbuhan yang mampan dan peningkatan jumlah pelanggan, serta peningkatan Kadar Dasar Semalaman (OPR) kepada 3.00% dalam tempoh semasa berbanding 2.00% dalam tempoh yang sepadan.

DRB-HICOM catat keuntungan RM 285.71 juta, sektor automotif penyumbang utama 03

Pendapatan dalam sektor-sektor lain turut mencatat pertumbuhan – sektor servis naik 13.3%, hartanah naik 20.6%, manakala sektor aeroangkasa dan pertahanan naik 1.1%.

Bagi prospek tahun kewangan berakhir pada penghujung 2023 pula, DRB-HICOM kekal positif dengan permintaan domestik yang kukuh sepanjang tahun. Pertumbuhan dijangka akan berada di antara 4% dan 5% pada tahun 2023. Dana Kewangan Antarabangsa meramalkan pertumbuhan global yang sederhana sebanyak 3.0% pada tahun 2023 (2022: 3.5%).

Juga baca: 63,676 kenderaan terjual pada Julai 2023, 295k unit lagi untuk capai sasaran TIV MAA tahun ini

“Secara keseluruhannya, permintaan terhadap penawaran Kumpulan dalam sektor automotif tetap sihat. Kumpulan akan terus melaksanakan rancangan untuk meningkatkan pelbagai produk dan tahap perkhidmatan, termasuk kemasukan ke pasaran EV Malaysia,” jelas DRB-HICOM.

Juga baca: Ketua Pegawai Eksekutif EON berkongsi pendapatnya tentang Smart dan apa yang boleh diharapkan oleh rakyat Malaysia

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Proton Saga 1.3 Standard MT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda