window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Perodua jual 145k kereta pada separuh pertama 2023 - Bezza potong Myvi sebagai kereta terlaris Malaysia

Faisal · Jul 7, 2023 02:22 PM

Perodua jual 145k kereta pada separuh pertama 2023 - Bezza potong Myvi sebagai kereta terlaris Malaysia 01

Perodua Bezza nampaknya telah memotong Perodua Myvi sebagai kereta Perodua paling laku sekarang ini, sekaligus membantu merekodkan jualan sebanyak 144,690 kenderaan pada separuh pertama 2023. Dalam tempoh sama, pencapaian ini 13.6% lagi bagus daripada 127,343 kenderaan yang direkodkan pada tahun lalu.

Untuk tahun ini, Bezza adalah model terlaris Perodua (40,555 unit terjual), memintas Myvi (32,319 unit) dan Axia (28,199 unit). Secara tidak langsung, Bezza adalah kereta Malaysia paling laris sekarang ini. Sebagai perbandingan, pesaing terdekat iaitu Proton Saga hanya meraih jualan sebanyak 33,325 unit.

Juga bacaUntuk 2022, Perodua Bezza dinobatkan sebagai sedan 'entry-level' paling laku di dunia!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Perodua jual 145k kereta pada separuh pertama 2023 - Bezza potong Myvi sebagai kereta terlaris Malaysia 01

Dari segi produksi, Perodua untuk 6 bulan pertama tahun ini telah menghasilkan sebanyak 153,813 kenderaan, meningkat 17% berbanding 131,641 kenderaan pada tahun lepas.

Kata Dato’ Sri Zainal Abidin Ahmad selaku CEO dan Presiden Perodua, “Bilangan produksi yang banyak dan prestasi jualan untuk separuh pertama 2023 yang dicapai adalah dari faktor bekalan komponen yang lebih banyak dan naiktaraf dari segi kecekapan produksi di kilang pemasangan”.

Perodua jual 145k kereta pada separuh pertama 2023 - Bezza potong Myvi sebagai kereta terlaris Malaysia 02

Menurut beliau juga, majoriti bilangan yang diraih adalah dari suku pertama 2023 kerana Perodua berusaha keras untuk mematuhi skim PENJANA.

Jelas Zainal, Perodua berada dalam landasan betul untuk mencapai sasaran 330,000 produksi dan 314,000 pendaftaran untuk tahun 2023. Dalam hal ini, mereka telah mengurangkan masa diambil untuk menghasilkan sebuah kereta di kilang Perodua Global Manufacturing (PGSMB) dari 1.35 minit kepada 1.25 minit.

Bagi anda yang belum tahu, kilang di Rawang itu menghasilkan model seperti Axia, Ativa dan Bezza. Kilang kedua di sana iaitu Perodua Manufacturing Sdn Bhd (PMSB) pula menghasilkan Alza, Aruz dan Myvi, serta menjadi pemasang kontrak buat Toyota Rush dan Veloz.

Perodua jual 145k kereta pada separuh pertama 2023 - Bezza potong Myvi sebagai kereta terlaris Malaysia 03

Melihat ke hadapan, Zainal berkata bahawa “Perodua menjangkakan produksi dan jualannya kekal meningkat kerana permintaan yang cukup tinggi. Sebagai contoh, berkenaan Axia E yang dilancarkan baru-baru ini, stok 2,500 unit habis diagihkan dalam masa 48 jam sahaja”.

Juga bacaKini lagi murah, bolehkah Perodua Axia 1.0 E 2023 buat ramai pemilik motosikal bertukar ganti?

Apapun, Zainal memberitahu bahawa matlamat syarikat adalah untuk kekal mengurangkan tempoh menunggu buat para pelanggan serta mempertingkatkan kualiti perkhidmatan Perodua.

Dalam hal ini, Zainal mengulas dengan berkata, “Kami juga hendak berterima kasih kepada Bank Negara Malaysia kerana mengekalkan kadar OPR pada 3% kerana ini dapat membantu meringankan kos pembiayaan pelanggan di mana rata-ratanya adalah dari golongan yang berpendapatan lebih rendah”.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2020 Perodua Bezza 1.0 G (M)

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda