window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Perodua perkenal servis "Rahmah", diskaun 30 peratus bagi pakej servis Axia dan Bezza!

Haris · Apr 13, 2023 10:00 AM

Perodua perkenal servis

Perodua telah melancarkan pakej servis Perodua Auto Rahmah 2023, yang menawarkan diskaun 30% untuk alat ganti dan kos buruh untuk pemilik Perodua Axia dan Perodua Bezza.

Pakej perkhidmatan khas ini adalah sebagai tindak balas kepada Pakej Auto Rahmah yang dilancarkan oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) baru-baru ini di bawah Program Payung Rahmah Kerajaan, bertujuan mengurangkan kesan kenaikan harga kepada rakyat Malaysia.

Bagi melayakkan diri untuk kempen ini, pemilik Perodua Axia dan Perodua Bezza perlu membuat janji temu di pusat servis Perodua terdekat. Kempen ini bermula dari 12 April hingga 15 Mei 2023 (Tertakluk kepada Terma dan Syarat).

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

“Pakej servis khas Perodua Auto Rahmah 2023 ini adalah khusus buat pelanggan Axia dan Bezza kami yang membantu memenuhi keperluan pemotoran dan pada masa yang sama mengurangkan kos sara hidup mereka,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Dato' Sri Zainal Abidin Ahmad.

“MITI sentiasa menjadi penyokong terbesar kami dan kini sedang bekerjasama dengan kami dalam merealisasikan diskaun servis khas ini,” tambah beliau.

Dato’ Sri Zainal berkata: “Axia dan Bezza adalah model kami yang paling popular dan digunakan secara meluas sebagai mod pengangkutan utama oleh para pelanggan kami. Oleh itu, kami ingin memastikan usaha yang dibuat dapat dinikmati oleh golongan sasar dan memberikan ketenangan semasa memandu.

“Ini lebih penting dengan sambutan Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi kerana kebanyakan pemilik kenderaan merancang untuk melakukan perjalanan jauh untuk bersama keluarga tersayang. Kami mengucapkan selamat menyambut Ramadan yang penuh keberkatan dan Hari Raya yang indah.”

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Perodua Axia 1.0 G

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda