window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Untuk 2022, Perodua Bezza dinobatkan sebagai sedan 'entry-level' paling laku di dunia!

Faisal · Jul 4, 2023 04:00 PM

Untuk 2022, Perodua Bezza dinobatkan sebagai sedan 'entry-level' paling laku di dunia! 01

Sedan pertama Perodua iaitu Perodua Bezza telah banyak berjasa sejak diperkenalkan yang mana kereta mampu milik ini antara kegemaran dalam kalangan pemandu Grab, keluarga muda dan pembeli kereta pertama. Kiranya, sedan ini sudah menjadi ikon di pasaran Malaysia.

Untuk 2022, Perodua Bezza dinobatkan sebagai sedan 'entry-level' paling laku di dunia! 02

Tahun lepas pula, Bezza sebenarnya telah merangkul satu pencapaian besar dan kali ini di tahap global. Menurut satu sumber yang tidak rasmi, Perodua Bezza adalah sedan kelas permulaan paling laku di dunia untuk tahun 2022.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Untuk makluman anda, Felipe Munoz selaku penganalisa automotif global dari JATO Dynamics telah meneliti Instagram @carindustryanalysis dan beliau mengumpulkan keputusan model paling laku di serata dunia. Baru-baru ini, beliau memuat naik satu hantaran yang memperlihatkan sedan segmen A/B paling laris untuk tahun 2022.

Untuk 2022, Perodua Bezza dinobatkan sebagai sedan 'entry-level' paling laku di dunia! 01

Dalam kategori permulaan, Perodua Bezza mencapai kedudukan pertama (66,600 unit), peningkatan 55% berbanding tahun 2021 (kedudukan ke-6).

Juga bacaPerodua Bezza terpakai dari RM 30k - murah dan jimat minyak, nak bela pula bagaimana kosnya?

Untuk 2022, Perodua Bezza dinobatkan sebagai sedan 'entry-level' paling laku di dunia! 02

Sementara itu, juara tahun 2021 iaitu Renault Logan jatuh ke tangga ke-7 (49,000 unit).

Untuk 2022, Perodua Bezza dinobatkan sebagai sedan 'entry-level' paling laku di dunia! 03

Menariknya, turut berada di tangga ke-5 di peringkat dunia adalah Proton Saga (51,600 unit), meningkat berbanding kedudukan ke-8 pada tahun 2021.

Untuk 2022, Perodua Bezza dinobatkan sebagai sedan 'entry-level' paling laku di dunia! 04

Dalam analisa sama, Toyota Vios dirangkul sebagai sedan segmen B paling laku (278,600 unit). Proton Persona pula di tangga ke-14 (20,100 unit).

Jadi, siapa sangka Malaysia yang merupakan negara kecil juga mampu memiliki antara pembeli paling banyak di peringkat global, khususnya untuk kereta segmen permulaan.

Juga bacaTempoh menunggu Perodua Alza masih 1 tahun - Axia, Bezza, Aruz, Ativa, dan Myvi pula berapa lama?

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2020 Perodua Bezza 1.0 G (M)

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda