window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Perodua Bezza terpakai dari RM 30k - murah dan jimat minyak, nak bela pula bagaimana kosnya?

Faisal · Jan 14, 2023 04:00 PM

Perodua Bezza terpakai dari RM 30k - murah dan jimat minyak, nak bela pula bagaimana kosnya? 01

Sewaktu dilancarkan pada 2016, Bezza merupakan sedan pertama Perodua dan alternatif mutlak kepada Proton Saga. Ia bukan setakat praktikal dan menjimatkan minyak, malah harganya sangat mampu milik untuk rakyat Malaysia.

6 tahun kemudian, adalah antara kereta paling banyak atas jalan raya kita. Pada tahun 2020 pula, satu kemaskini telah diberi.

Perodua Bezza terpakai dari RM 30k - murah dan jimat minyak, nak bela pula bagaimana kosnya? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Memandangkan ia cukup praktikal dan berharga mampu milik, ramai yang membeli Bezza dan mereka terdiri daripada pelbagai latar belakang. Antaranya seperti pembeli kereta pertama, pembeli kereta terpakai dan pemandu e-hailing. Jadi, dengan banyaknya pilihan yang ada dalam pasaran terpakai sekarang, ini segala perkara yang anda perlu tahu sekiranya hendak membeli sebiji.

  • 2016 Perodua BEZZA ADVANCED 1.3

    RM 36,500
    RM 383
    /bulan

    61,733 km

    7 years

    Petaling Jaya

  • 2016 Perodua BEZZA ADVANCED 1.3

    RM 33,300
    RM 405
    /bulan

    53,163 km

    7.5 years

    Petaling Jaya

  • 2018 Perodua BEZZA X 1.3

    RM 36,600
    RM 401
    /bulan

    17,678 km

    5.5 years

    Cheras

Varian yang ditawarkan di Malaysia

Perodua Bezza terpakai dari RM 30k - murah dan jimat minyak, nak bela pula bagaimana kosnya? 01

Bezza merupakan produk pertama yang dibangunkan sepenuhnya oleh Perodua. Ia menggunakan platform Perodua Axia tetapi dengan pengubahsuaian yang ketara.

Perodua Bezza terpakai dari RM 30k - murah dan jimat minyak, nak bela pula bagaimana kosnya? 02

Enjin 1.0L VVT-i.

Sewaktu dilancarkan, Bezza (D63D) hadir dengan lima varian dan dua pilihan enjin. Yang satu adalah enjin 1.0L 1KR-VE (68 PS, 91 Nm) dan satu lagi adalah enjin 1.3L 1NR-VE (95 PS, 121 Nm). Kuasa dipadankan ke transmisi automatik 4 kelajuan atau manual 5 kelajuan.

Harganya ketika itu bermula dari RM 36k (1.0 Standard ‘G’ MT) hingga RM 49.1k (1.3 Advance AT).

Perodua Bezza terpakai dari RM 30k - murah dan jimat minyak, nak bela pula bagaimana kosnya? 03

Kalau anda nak tahu, varian teratas merupakan Perodua pertama yang hadir dengan kawalan kestabilan (VSC) dan kawalan cengkaman (TRC). Antara ciri yang ada termasuklah Hill Start Assist, sistem multimedia dengan navigasi, Smark Link, kamera undur dan lipatan cermin sisi jenis elektrik.

Kemudian pada tahun 2020, Perodua Bezza (D42L) diperbaharui dengan begitu drastik bagi mencabar Proton Saga kaw-kaw, terutama dari segi keselamatan dan kelengkapan.

Perodua Bezza terpakai dari RM 30k - murah dan jimat minyak, nak bela pula bagaimana kosnya? 04

Bagaimanapun, julat harga model facelift naik kepada RM 34,580 (1.0 ‘G’ MT) – RM 49,980 (1.3 ‘AV’ AT). Varian yang ditawarkan pula diringkaskan kepada empat di mana Perodua menggugurkan Bezza 1.3 Premium ‘X’ MT.

Tetapi dalam masa yang sama, Bezza 2020 diperbaharui dengan Perodua Advance Safety Assist (2.0) yang mana terdapat ciri keselamatan seperti brek kecemasan autonomi (AEB), Pedal Misoperation Control dan Front Departure Alert.

Perodua Bezza terpakai dari RM 30k - murah dan jimat minyak, nak bela pula bagaimana kosnya? 05

Dari segi estetik, Bezza 2020 dikemaskini dengan lampu LED yang lebih tirus, bampar baru serta skirting dan rim 15 inci baru. Pada bahagian dalam, Bezza 2020 hadir dengan trim pada papan pemuka serta tombol gear dan kluster instrumen baru.

Varian yang patut anda beli

Perodua Bezza terpakai dari RM 30k - murah dan jimat minyak, nak bela pula bagaimana kosnya? 06

Model terpakai untuk pra-facelift kini berharga dalam lingkungan RM 30k – RM 38k. Varian 1.3L pula bermula sekitar RM 35k.

Varian bertransmisi manual pula kalau ikut tahun sama akan berharga RM 1k – RM 3k lagi murah.

Untuk model facelift pula, harganya kini berada dalam julat RM 38k – RM 43k. Menariknya, dengan stok unit baru yang terhad, harga Bezza terpakai sebenarnya boleh dikatakan tidak jauh beza dengan yang dijual di Perodua sekarang kerana permintaannya naik. Maklumlah, orang nak kereta cepat kan?

Juga bacaTempoh menunggu Perodua Bezza cecah 13.5 bulan, model Perodua lain berapa lama pula?

  • 2016 Perodua BEZZA ADVANCED 1.3

    RM 36,500
    RM 383
    /bulan

    61,733 km

    7 years

    Petaling Jaya

  • 2016 Perodua BEZZA ADVANCED 1.3

    RM 33,300
    RM 405
    /bulan

    53,163 km

    7.5 years

    Petaling Jaya

  • 2018 Perodua BEZZA X 1.3

    RM 36,600
    RM 401
    /bulan

    17,678 km

    5.5 years

    Cheras

Perodua Bezza terpakai dari RM 30k - murah dan jimat minyak, nak bela pula bagaimana kosnya? 01

Apapun, untuk terpakai, Bezza varian 1.3L Advance (unit tahun 2018-2019) boleh dikatakan paling berbaloi untuk dibeli.

Dari segi enjin, 1.0L sesuai untuk pemanduan dalam bandar. 1.3L pula lebih sesuai untuk perjalanan jauh.

Perodua Bezza terpakai dari RM 30k - murah dan jimat minyak, nak bela pula bagaimana kosnya? 02

Kalau boleh, cari unit yang perbatuannya tidak terlalu tinggi dan yang paling penting, dalam keadaan yang terjaga kerana kereta rakyat sebegini kerap diperlasakkan.

Nak senang, layari sahaja Carsome kerana mereka ada banyak unit yang dalam keadaan baik. Diskaun pun ada tetapi untuk masa terhad sahaja.

Kos asas untuk Perodua Bezza
Varian Bezza 1.0L Bezza 1.3L
Cukai jalan (RM) 20 70
Saiz tayar (RM) 175/65R14
Tayar/biji (RM) 120 - 170
Bateri - NS40 ZL (RM) 200 - 260
  • 2016 Perodua BEZZA ADVANCED 1.3

    RM 36,500
    RM 383
    /bulan

    61,733 km

    7 years

    Petaling Jaya

  • 2016 Perodua BEZZA ADVANCED 1.3

    RM 33,300
    RM 405
    /bulan

    53,163 km

    7.5 years

    Petaling Jaya

  • 2018 Perodua BEZZA X 1.3

    RM 36,600
    RM 401
    /bulan

    17,678 km

    5.5 years

    Cheras

Penyelenggaraan dan masalah umum

Perodua Bezza terpakai dari RM 30k - murah dan jimat minyak, nak bela pula bagaimana kosnya? 01

Tidak menghairankan, Bezza tiada isu pun untuk capai perbatuan 200,000 km tanpa sebarang masalah besar.

Perodua Bezza terpakai dari RM 30k - murah dan jimat minyak, nak bela pula bagaimana kosnya? 02

Di bawah adalah jadual penyelenggaraan asas untuk Bezza 2020:

Jadual penyelenggaraan Perodua Bezza
Penyelenggaraan / Selang Item Kos (RM)
Penukaran minyak / 10k km Minyak enjin, penapis dan pembasuh drain plug 150
Penapis udara / 30k km Penapis udara enjin 25
Penapis kabin / 40k km Penapis habuk dan zarah  25
Servis brek / 20k km, kemudian pada 100k km Bendalir brek 50
Servis transmisi / 40k km (4AT) Minyak ATF D3 SP dan penapis 110
Servis transmisi / 160k km (5MT) Gear Oil GL 4 80W 50
Cecair penyejuk / 100k km Ganti coolant Yang disyorkan
Palam pencucuh / 50k km  Ganti palam pencucuh 225

Kalau anda perasan, kos servis Bezza teramatlah murah. Disebabkan inilah pemilik Perodua kekal menghantar kereta mereka ke pusat servis rasmi.

Perodua Bezza terpakai dari RM 30k - murah dan jimat minyak, nak bela pula bagaimana kosnya? 03

Apapun, terdapat beberapa masalah yang selalu pemilik Bezza hadap iaitu evaporator coil penyaman udara yang mudah bocor (sekitar perbatuan 90k km).

Perodua Bezza terpakai dari RM 30k - murah dan jimat minyak, nak bela pula bagaimana kosnya? 04

Yang kedua adalah komponen lain seperti trenkuasa dan suspensi akan menunjukkan kehausan sekitar perbatuan 120k km. Antara komponen yang terlibat adalah seperti berikut:

Isu umum Perodua Bezza
Komponen Simptom Kos (RM)
Evaporator coil AC kurang atau tidak sejuk 2,200
Lower arm depan Pemanduan bergegar/ bergetar 550 (tulen)
Rak stereng Ada tindak balas bebas / isu alignment 1,250 (tulen)
Penyerap hentakan Bunyi suspensi 350 (tulen)

Selain itu, terdapat beberapa kes di mana pengesan kelajuan transmisi automatik boleh gagal. Kalau berlaku, transmisi tidak akan beroperasi secara lancar. Lampu amaran periksa enjin pun akan menyala. Kalau teruk sangat, kereta pun boleh tersadai.

Perodua Bezza terpakai dari RM 30k - murah dan jimat minyak, nak bela pula bagaimana kosnya? 05

Apapun, isu ini boleh dibaiki oleh Perodua.

Konklusi

Perodua Bezza terpakai dari RM 30k - murah dan jimat minyak, nak bela pula bagaimana kosnya? 06

Kalau anda hendak mencari sebuah sedan yang murah, tahan lasak dan tidak akan menelan kos yang tinggi, Bezza adalah antara jaguh kampung yang boleh dipercayai selain Proton Saga. Kalau anda nak senang, terus layari laman Carsome untuk dapatkan Perodua Bezza terpakai yang paling berbaloi dan boleh dipercayai.

Juga bacaProton Saga vs Perodua Bezza terpakai, kereta sedan rakyat mana yang lebih sesuai untuk anda?

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2020 Perodua Bezza 1.0 G (M)

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda