Proton Saga CKD diekspot ke Nairobi, Kenya

Mersita
Mersita · 2020-08-22 18:00:00

Proton mengembangkan lagi sayapnya dengan mengekspot 30 buah Proton Saga dipasang tempatan ke Kenya. Kenya menjadi satu lagi negara ekspot baru bagi Proton dan Proton Saga yang dihantar secara CKD itu akan dipasang oleh Syarikat Simba, sebuah konglomerat pelbagai perniagaan yang mempunyai sejarah panjang dalam penjualan dan pengalaman pemasangan di industri automotif.

Selain daripada kenderaan pemasangan tempatan membayar cukai yang lebih rendah, unit CKD juga dijangka akan mendorong pembangunan industri pembuatan automotif Kenya.

Dato’ Radzaif Mohamed, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PROTON berkata, “PROTON akan tetap mengukuhkan kedudukan domestik, kami ingin dikenali sebagai pembuat kenderaan antarabangsa. Oleh yang demikian, produk kami perlu berada di bandar lain seperti Bangkok, Islamabad, Cairo dan kini, Nairobi. Di peringkat negara, usaha ini akan meningkatkan nilai perdagangan antara Malaysia dan Kenya, and juga menyumbang kepada peningkatan peluang pekerjaan di industri automotif Kenya,”

Pesuruhjaya Tinggi Kenya ke Malaysia, Francis N. Muhoro dalam ucapan beliau menerangkan dasar pandang ke Timur yang diamalkan oleh negaranya dan harapan beliau supaya lebih banyak syarikat Malaysia seperti PROTON boleh menerokai peluang pelaburan di Kenya.

Proton Saga sekali lagi mencatat jualan tertinggi dan menjadi pilihan utama dalam pasaran sedan segmen A. Sebanyak 5,421 unit berjaya dijual pada bulan Julai, termasuk 1,100 unit Edisi Ulang Tahun Saga yang habis ditempah dalam hanya lima hari selepas ia dilancarkan pada 9 Julai yang lalu. Jumlah ini juga merupakan tertinggi yang dicatatkan oleh model itu sejak April 2014.

Mersita

Mersita Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

Proton
Perodua
Honda
Toyota
Nissan
Mazda
Mercedes-Benz
BMW
Volvo
Ford
Hyundai
Kia