window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Carta Tertinggi: 6 kenderaan yang lebih baik dibeli "recond" berbanding pengedar rasmi

Faisal · Aug 21, 2020 03:04 PM

 

Carta Tertinggi: 6 kenderaan yang lebih baik dibeli

Percaya atau tidak, ada sesetengah kenderaan sebenarnya lebih baik dibeli daripada pasaran “recond” atau erti kata lain, “import”.

Bagi yang mengikuti kami dari awal, semestinya anda tahu bahawa kami jarang mencadangkan kereta recond tetapi kali ini kami beri peluang.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Sebelum kami mulakan, kita harus mengetepikan ideologi yang mengatakan spesifikasi kenderaan recond dilengkapi ciri keselamatan dan fungsi yang lebih tinggi berbanding spesifikasi tempatan. Syarikat seperti Toyota dan Mercedes-Benz sebenarnya sudah mengisi spesifikasi kenderaan mereka dengan pelbagai ciri keselamatan dan kelengkapan dimana ia sudah setanding malah melebihi spesifikasi kenderaan recond sendiri.

Jadi, mari kita lihat antara kenderaan yang patut anda beli dari pasaran recond berbanding pengedar rasmi.

Model-model Audi

Carta Tertinggi: 6 kenderaan yang lebih baik dibeli

Sebab utama anda patut membeli kenderaan Audi daripada pengimport berbanding pengedar rasmi ialah kerana Audi Malaysia tidak mempunyai sokongan aftersales yang bagus.

Carta Tertinggi: 6 kenderaan yang lebih baik dibeli

Di samping itu, Audi Malaysia hanya mempunyai 7 buah pusat servis di sekitar Semenanjung. Malah mereka tidak menyediakan sebarang pusat servis di bahagian Malaysia Timur.

Ford Mustang

Carta Tertinggi: 6 kenderaan yang lebih baik dibeli

Harga untuk Ford Mustang 2.3 liter petrol Ecoboost tahun 2016 bermula daripada RM 200 ribu untuk pasaran recond. Model sentuhan “Roush” pula boleh mencecah RM 600 ribu.

Carta Tertinggi: 6 kenderaan yang lebih baik dibeli

Tetapi mengapa kami memilih model recond berbanding serba baharu? Syarikat Sime Darby Auto Connection (SDAC) yang mengurus jual beli dan perkhidmatan kenderaan Ford di Malaysia adalah seperti suam-suam kuku. Ini menjadikan pembelian melalui import lebih wajar dan rasional. Tambahan pula, harganya lebih murah.

Carta Tertinggi: 6 kenderaan yang lebih baik dibeli

Harga rasmi Ford Mustang 2.3 daripada SDAC mencecah RM 520,000 dan harga untuk varian 5.0 mencecah RM 650,000.

Toyota 86 / Subaru BRZ

Carta Tertinggi: 6 kenderaan yang lebih baik dibeli

Kembar Toyota 86 / Subaru BRZ ialah antara kereta kegemaran peminat dalam industri permotoran.

Carta Tertinggi: 6 kenderaan yang lebih baik dibeli

Walaupun syarikat sah UMW Toyota Motor dan Subaru Tan Chong menawarkan model ini secara import, harganya yang berlingkungan RM 225 ribu ke RM 260 ribu adalah agak tinggi untuk dibeli oleh kebanyakan peminat.

Carta Tertinggi: 6 kenderaan yang lebih baik dibeli

Untuk model recond, pasaran di Mudah menunjukkan model tahun 2012 telah turun kepada RM 105 ribu dan hanya mencecah RM203 ribu untuk model tahun 2018 yang agak baru.

Toyota Voxy / Esquire / Noah

Carta Tertinggi: 6 kenderaan yang lebih baik dibeli

Sekiranya anda mencari sebuah kenderaan jenis MPV tetapi sudah bosan melihat Nissan Serena terpakai di jalanan, mungkin Toyota Voxy boleh menjadi pilihan yang baik. Toyota Voxy juga dijual sebagai Toyota Noah dan Esquire.

Carta Tertinggi: 6 kenderaan yang lebih baik dibeli

Toyota Voxy yang berusia 5-6 tahun berharga RM92 ribu – sedikit tinggi berbanding Nissan Serena tetapi mungkin berbaloi sekiranya anda mencari sesuatu yang lain.

Carta Tertinggi: 6 kenderaan yang lebih baik dibeli

Toyota Voxy yang diimport dari pengedar recond didatangkan dengan 2 beg udara seperti Nissan Serena.

Toyota Vellfire 3.5 / Toyota Alphard 2.5

Carta Tertinggi: 6 kenderaan yang lebih baik dibeli

Toyota Malaysia hanya menawarkan model Alphard dengan enjin 3.5 liter sementara model Vellfire hanya didatangkan dengan enjin 2.5 liter. Jika anda mahukan sebuah Alphard tanpa membayar cukai jalan yang melampau, pilihan anda hanyalah melalui unit recond sahaja.

Carta Tertinggi: 6 kenderaan yang lebih baik dibeli

Dalam pada itu, anda juga boleh mendapatkan model Vellfire dengan enjin 3.5 liter sekiranya anda perlukan tenaga seperti model Alphard yang dibawa rasmi.

Carta Tertinggi: 6 kenderaan yang lebih baik dibeli

Selain harga yang lebih murah, anda juga boleh membeli varian hibrid dan juga melengkapkan Vellfire / Alphard anda dengan bodykit Modellista.

Toyota GR Supra 2.0

Carta Tertinggi: 6 kenderaan yang lebih baik dibeli

UMW Toyota Motor hanya melancarkan Supra di Malaysia dengan varian 3.0. Oleh itu, pengedar recond telah mengimport model 2.0 yang berharga lebih menarik pada RM 320 ribu sementara varian 3.0 oleh UMW sendiri berharga RM 590 ribu.

Carta Tertinggi: 6 kenderaan yang lebih baik dibeli

Seperti Supra 3.0, model 2.0 didatangkan dengan enjin 2.0 liter BMW B48 TwinPower Turbo yang menghasilkan 258 PS dan 400 Nm tork.

Carta Tertinggi: 6 kenderaan yang lebih baik dibeli

 

Sebagai perbezaan, Supra 3.0 menghasilkan 388 PS dan 500 Nm tork daripada enjin BMW yang berkapasiti 3.0 liter 6-silinder sebaris dengan teknologi yang sama.

Namun begitu, harus diingatkan bahawa kenderaan recond secara teknikalnya adalah kenderaan terpakai yang diimport ke pasaran kita.

Carta Tertinggi: 6 kenderaan yang lebih baik dibeli

Dengan itu, pemeriksaan yang lebih teliti harus dilakukan.

Dapatkan lampiran penjualan kenderaan untuk mengetahui sejarah kenderaan tersebut.

Carta Tertinggi: 6 kenderaan yang lebih baik dibeli

recond.my juga memberikan terjemahan dalam bahasa inggeris

Untuk pengetahuan anda, syarikat seperti recond.my atau scrut.my mampu mengesan sejarah kenderaan yang diimport dari gudang penjualan Jepun.

Carta Tertinggi: 6 kenderaan yang lebih baik dibeli

Lampiran penjualan kenderaan dalam tulisan Kanji oleh scrut.my 

Lampiran penjualan ialah rujukan yang paling senang untuk menilai keadaan kenderaan apabila ia meninggalkan Jepun disamping mengetahui tahun sebenar, pembuatan dan jarak tempuh pada bacaan odometer (tiga perkara yang sering ditipu oleh pengedar).

Carta Tertinggi: 6 kenderaan yang lebih baik dibeli

Terdapat juga beberapa kes dimana pengedar cuba mengubah lampiran penjualan supaya kenderaan seakan dalam keadaan yang baik. 

Carta Tertinggi: 6 kenderaan yang lebih baik dibeli

Harus juga diingatkan bahawa kenderaan recond mempunyai spesifikasi yang tidak dibuat untuk iklim tempatan. Kereta yang diimport rasmi seperti Toyota Alphard / Vellfire telah mendapat penalaan ECU dan cermin sisi yang lebih besar untuk menyesuaikan gaya pemanduan rakyat Malaysia.

Untuk unit recond, tiada varian serupa yang mempunyai keadaan yang sama.

Pasaran recond menawarkan harga serta tawaran yang menarik tetapi bukan semua pengedar menipu. Sementara kenderaan recond lebih murah, pembeli perlu membuat kajian selidik yang lebih kerana ia sama seperti membeli kenderaan terpakai.

 

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Vellfire 2.5

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda