window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

SUV, MPV, dan trak pikap yang paling tak laku di Malaysia!

Faisal · Oct 29, 2020 12:00 PM

SUV, MPV, dan trak pikap yang paling tak laku di Malaysia! 01

Sebelum ini, kami bawakan anda kereta kompak dan sedan yang paling tidak laku di Malaysia. Disebabkan permintaan yang ramai, kami akan menyenaraikan untuk kategori SUV, MPV, dan trak pikap pula.

SUV, MPV, dan trak pikap yang paling tak laku di Malaysia! 02

Mengenai episod sebelum ini, kami bukanlah ingin menerjah kereta buatan China semata-mata. Sejujurnya, mereka sangat kekurangan dari segi mutu pemasangan dan kualiti keseluruhan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

SUV, MPV, dan trak pikap yang paling tak laku di Malaysia! 01

Tetapi kini, mereka sangatlah disegani terutama kereta keluaran Geely yang telah dipersembahkan di Malaysia. Malah Proton telah melambang semula produk jenama ini melalui X70 dan X50.

Untuk itu, mari kita menyambung carta jualan yang paling tidak laku untuk kategori SUV, MPV, dan trak pikap.

SUV segmen C: Borgward BX5

SUV, MPV, dan trak pikap yang paling tak laku di Malaysia! 02

SUV ini sebenarnya agak baharu di dalam pasaran sehingga ia dianggap antara pesaing yang terdekat untuk Proton X70. Tidak seperti keluaran awal Proton X70, Borgward BX5 terus dipasang tempatan (CKD).

SUV, MPV, dan trak pikap yang paling tak laku di Malaysia! 03

Dari segi penampilan, Borgward BX5 kelihatan agak segak. Ia ditawarkan dengan enjin 4-silinder turbo melalui kapasiti 1.4L dan 2.0L. Kedua-dua enjin ini dipadankan dengan transmisi automatik 6-kelajuan. Menariknya, enjin 1.4L didatangkan dengan pacuan roda hadapan, manakala enjin 2.0L pula didatangkan dengan pacuan 4 roda.

SUV, MPV, dan trak pikap yang paling tak laku di Malaysia! 04

Dari segi keselamatan, Borgward BX5 dilengkapi dengan 6 beg udara, brake assist, lampu siang LED, lampu belakang LED, dan pembaca tekanan angin tayar. Dari segi kelengkapan pula, SUV ini didatangkan dengan sistem infotainment sesentuh 8 inci, kawalan pelayaran (cruise control), dan pembayar tol.

Kenapa ia tidak laku?

SUV, MPV, dan trak pikap yang paling tak laku di Malaysia! 05

Dengan harga sebanyak RM 118,950 , pembeli sememangnya tidak yakin dengan jenama yang baharu sebegini. Hal ini lebih ketara apabila SUV ini bersaing di dalam segmen yang cukup sengit.

SUV, MPV, dan trak pikap yang paling tak laku di Malaysia! 06

Borgward Isabella pada era 50-an dan 60-an

Penjual dan pemasar mesti akan memberitahu anda bahawa ia buatan Jerman tetapi jenama ini pernah lingkup sebelum pemilik dari China mengambil alih. Secara umumnya, jenama Borgward dalam dunia automotif Jerman adalah seperti jenama MG dalam dunia automotif British.

SUV, MPV, dan trak pikap yang paling tak laku di Malaysia! 07

Borgward BX5 yang dipertonton di Malaysia Autoshow 2018

Pada masa yang sama, SUV ini juga tidak mempunyai unit uji pandu. Ia hanya dilancarkan di Penang setahun selepas acara pra-tonton di Malaysia Autoshow 2018. Dengan itu, ia mendapat publisiti yang kecil walaupun agak aktif dipertonton di media sosial.

SUV segmen D: Great Wall Haval H5

SUV, MPV, dan trak pikap yang paling tak laku di Malaysia! 08

Haval merupakan di antara jenama kereta China yang agak menjadi di Malaysia. Haval H1 dan H2 sering kelihatan di atas jalan raya, Namun begitu, perkara menjadi sebaliknya buat Haval H5 generasi sebelum ini.

SUV, MPV, dan trak pikap yang paling tak laku di Malaysia! 09

Untuk pengetahuan anda, Haval H5 memakai logo Great Wall. SUV ini dikuasai oleh enjin 2.0L turbodiesel yang menghasilkan 150 PS dan 310 Nm tork. Kuasa ini dipadankan dengan transmisi automatik 5-kelajuan.

Kenapa ia tidak laku?

SUV, MPV, dan trak pikap yang paling tak laku di Malaysia! 10

Dengan harga RM 120,000, Haval H5 mempunyai harga yang terlalu dekat dengan Honda CR-V. Untuk sebuah SUV segmen D yang dibina berdasarkan platform ladder-frame, ketahanan dan penghalusan menjadi persoalan.

SUV, MPV, dan trak pikap yang paling tak laku di Malaysia! 11

Tidak mengejutkan, SUV ini mempunyai penghalusan seperti kereta lama. Dengan kualiti yang ala kadar melalui kerusi kulit seperti getah, Haval H5 terasa seperti SUV murahan.

SUV, MPV, dan trak pikap yang paling tak laku di Malaysia! 12

Dengan harga sebanyak enam angka, semestinya anda tidak mahukan kualiti yang sebegini.

MPV: Chery Maxime

SUV, MPV, dan trak pikap yang paling tak laku di Malaysia! 13

Lewat tahun 2010 menyaksikan kehangatan jualan kereta MPV apabila syarikat seperti Nissan, Proton, dan Perodua cuba untuk mengunguli pasaran. Model seperti Grand Livina, Exora, dan Alza menjadi sangat laku sehingga mereka membangkitkan persaingan yang sengit di Malaysia.

SUV, MPV, dan trak pikap yang paling tak laku di Malaysia! 14

Satu lagi saingan yang tidak disangka ialah Chery Eastar yang turut dikenali sebagai V5 di China. MPV ini dipasang di Johor Bahru dengan harga lebih rendah daripada RM80,000. Dengan enjin 2.4L daripada Mitsubishi yang menghasilkan 128 PS dan 198 Nm tork, ia boleh dikira sebagai pembelian yang berbaloi.

SUV, MPV, dan trak pikap yang paling tak laku di Malaysia! 15

Antara model yang berjaya sehingga kelab tersendiri ditubuhkan. Imej: tengai5001

Dengan rupa paras seperti MPV Mitsubishi Grandis tetapi pada harga yang lebih murah, Chery Eastar telah mendapat sambutan yang menggalakkan sehinggalah tiba model penggantinya iaitu Chery Maxime.

Kenapa ia tidak laku?

SUV, MPV, dan trak pikap yang paling tak laku di Malaysia! 16

Dengan hasrat untuk menyambung kejayaan Eastar, Chery Maxime diperkenalkan dengan tren kuasa yang lebih moden.

SUV, MPV, dan trak pikap yang paling tak laku di Malaysia! 17

Oleh itu, apa yang tidak kena? Walaupun masih berharga mampu milik, Exora dan Alza memberikan pakej yang lebih baik sehingga pesaing lain tidak berpeluang sama sekali.

SUV, MPV, dan trak pikap yang paling tak laku di Malaysia! 18

Selain itu, enjin 2.0L ACTECO yang menghasilkan 138 PS dan 182 Nm tork terasa kasar dan bising. Walaupun telah dipertingkatkan daripada enjin Mitsubishi yang terdahulu, ia tidak mendapat penghalusan yang sepatutnya. Dengan padanan transmisi CVT yang cukup bising, isu ini menjadi lebih ketara.

Walaupun berharga lebih mahal daripada Exora dan Alza, ia terasa seperti sebuah MPV yang lebih murah.

Van kompak: Chana Era CM8

SUV, MPV, dan trak pikap yang paling tak laku di Malaysia! 19

Bercakap mengenai MPV, van juga mempunyai penggunaan yang serupa. Ia juga boleh memuatkan 7 orang pada masa yang sama.

SUV, MPV, dan trak pikap yang paling tak laku di Malaysia! 20

CM8 mungkin dipasarkan sebagai MPV tetapi ia sebenarnya lebih kepada van kompak. Dilancarkan 8 tahun selepas Proton Juara, “MPV” ini hanya berharga RM 38,888 kerana ia dipasang tempatan melalui Oriental Assemblers di Johor.

SUV, MPV, dan trak pikap yang paling tak laku di Malaysia! 21

Untuk maklumat anda, CM8 dibina berdasarkan casis monocoque. Malah ia dikuasai oleh enjin 1.3L daripada Suzuki. Enjin yang menghasilkan 80 PS dan 102 Nm tork ini dipadankan dengan transmisi manual 5-kelajuan.

Kenapa ia tidak laku?

SUV, MPV, dan trak pikap yang paling tak laku di Malaysia! 22

Antara CM8 yang masih berfungsi pada tahun 2020

Dengan rupa paras yang agak membingungkan, sukar untuk pembeli tertarik ke arahnya.

SUV, MPV, dan trak pikap yang paling tak laku di Malaysia! 23

Di samping itu, bahagian kabin mempunyai kualiti binaan yang teruk. Mutu pemasangan juga agak kasar.

SUV, MPV, dan trak pikap yang paling tak laku di Malaysia! 24

Menariknya, Naza Sutera/Forza mempunyai binaan kabin yang lebih baik. Hal ini menunjukkan betapa teruknya kualiti yang dimiliki oleh Chana Era CM8.

Trak pikap: LMG Trekker

SUV, MPV, dan trak pikap yang paling tak laku di Malaysia! 25

Tata Xenon buatan India, hanya digunakan oleh Pos Malaysia

Mengakhiri carta ini ialah trak pikap yang sering kali dikenali sebagai kereta “Hailak”.

SUV, MPV, dan trak pikap yang paling tak laku di Malaysia! 26

Dari kiri mengikut arah jam: Savanna, Grandtiger, T60, dan Wingle

Untuk pengetahuan anda, terdapat pelbagai saingan yang mungkin tidak pernah anda ketahui dalam segmen trak pikap. Antaranya ialah Bison Savanna, ZX Auto Grandtiger, Great Wall Wingle, dan Maxus T60. Namun begitu, tiada apa yang lebih menarik daripada LMG Trekker.

SUV, MPV, dan trak pikap yang paling tak laku di Malaysia! 27

Sewaktu dilancarkan pada tahun 2006 melalui pemasangan tempatan, ia berharga RM 84,888. Harga ini sangat rendah sekiranya dibandingkan dengan Toyota Hilux. Apa yang lebih menakjubkan ialah teknologi Hydroxene yang boleh menghasilkan hidrogen.

Kenapa ia tidak laku?

SUV, MPV, dan trak pikap yang paling tak laku di Malaysia! 28

Apakah???

Teknologi Hydroxene ini boleh menggunakan minyak organik. Menariknya, syarikat gergasi seperti BMW dan Mazda masih mencari teknologi hidrogen yang berbaloi untuk dilaksanakan dalam jangka masa yang panjang. Tetapi sebaliknya buat syarikat China ini.

SUV, MPV, dan trak pikap yang paling tak laku di Malaysia! 29

Perkara ini telah menjatuhkan jenama LMG kerana teknologi tersebut tidak betul sama sekali.

SUV, MPV, dan trak pikap yang paling tak laku di Malaysia! 30

Sebagai sebuah trak pikap, LMG tidak lasak langsung. Dengan kualiti yang teruk serta enjin yang mudah meragam, pasaran enggan memihak kepada LMG Trekker. Tidak lama kemudian, syarikat ini telah menggulung tikar.

Konklusi

SUV, MPV, dan trak pikap yang paling tak laku di Malaysia! 31

Maxus G10 yang menerima sambutan yang menggalakkan walaupun sering dikenali sebagai pengeluar van dan trak

Mungkin anda perasan bahawa kebanyakan kenderaan dalam carta kami adalah buatan China. Namun demikian, perkara ini tidak menghalang sebarang cubaan mereka untuk menembusi pasaran Malaysia.

SUV, MPV, dan trak pikap yang paling tak laku di Malaysia! 32

Sesetengah jenama seperti Haval dan Maxus agak menjadi sejak 5 tahun yang lalu. Ditambah pula dengan usaha Proton yang telah mengubah tanggapan pembeli terhadap kereta buatan China seperti Geely, potensi untuk jenama lain bertapak semestinya tidak terhad.

SUV, MPV, dan trak pikap yang paling tak laku di Malaysia! 33

MG HS yang berpotensi besar

Dengan itu, syarikat seperti MG dan Wuling mempunyai masa depan yang cerah sekiranya mereka dapat memberikan produk yang berkualiti beserta pemasaran yang menarik.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda