window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

MG HS 2021 – Kereta apakah ini dan bolehkah ia mencabar Proton X70?

Mersita · Oct 14, 2020 06:00 PM

MG HS 2021 – Kereta apakah ini dan bolehkah ia mencabar Proton X70? 01

Segmen SUV di Malaysia dijangka akan jadi lebih ‘panas’ kerana MG dijangka akan kembali ke Malaysia tak lama lagi.

MG HS 2021 – Kereta apakah ini dan bolehkah ia mencabar Proton X70? 02

Kelibat MG HS semakin kerap dilihat semenjak dua menjak ini, mewujudkan ura-ura yang mengatakan syarikat tersebut sedang berusaha untuk memperkenalkan model kereta mereka sebelum berakhirnya tahun ini.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Apa itu MG HS?

MG HS 2021 – Kereta apakah ini dan bolehkah ia mencabar Proton X70? 01

MG HS ialah SUV segmen C yang bersaing dengan Honda CR-V, Mazda CX-5, dan Proton X70.

MG HS 2021 – Kereta apakah ini dan bolehkah ia mencabar Proton X70? 02

Mula-mula sekali diperkenalkan sebagai kereta konsep pada 2018, ia seterusnya dilancarkan di Thailand pada September 2019. Penetapan harga MG HS mencantas semua pesaing dalam segmennya, termasuklah Honda CR-V, Mazda CX-5, dan Nissan X-Trail.

MG HS diberi enjin yang mana?

MG HS 2021 – Kereta apakah ini dan bolehkah ia mencabar Proton X70? 03

Di Thailand, MG HS dipadatkan dengan enjin petrol 4 silinder ‘direct injection’ berpengecas turbo 1.5 liter yang mampu menjana 162 PS pada 5,600 rpm dan 250 Nm dari 1,700 rpm hingga 4,400 rpm. Enjin ini dipadankan dengan transmisi dwi-klac 7 kelajuan yang memacu roda hadapan.

MG HS 2021 – Kereta apakah ini dan bolehkah ia mencabar Proton X70? 04

Walaupun kuasanya rendah sedikit berbanding Proton X70 (184 PS, 300 Nm), berat MG HS kira-kira 100 kg lebih ringan daripada X70 (1,510 kg - 1,570 kg vs. 1,635 kg - 1,675 kg).

Adakah ruang dalamannya cantik?

MG HS 2021 – Kereta apakah ini dan bolehkah ia mencabar Proton X70? 05

Ia siap dilengkapi dengan pencahayaan ambien

Kereta-kereta pasaran Thailand yang anda boleh lihat di sini didatangkan dengan ruang dalaman berwarna merah yang sangat menarik. Walaupun kemasan ini tidak digemari oleh segelintir orang, kami percaya yang MG HS spesifikasi Malaysia akan didatangkan dengan kemasan dalaman hitam sepenuhnya seperti yang kita dapat lihat dari gambar intipan dahulu.

MG HS 2021 – Kereta apakah ini dan bolehkah ia mencabar Proton X70? 06

Kereta spesifikasi Malaysia diintip awal tahun ini

Varian-varian spesifikasi tinggi MG HS juga diberi kluster instrumen semi-digital, paddle shifters, dan tempat duduk pemandu dengan pelarasan berkuasa. Ia juga didatangkan dengan salur penghawa dingin di tempat duduk belakang, sun-roof panoramik, dan brek parkir elektrik (EPB).

Bagaimana pula dengan sistem infotainmennya?

MG HS 2021 – Kereta apakah ini dan bolehkah ia mencabar Proton X70? 07

Model spesifikasi Thai

Semua varian MG HS spesifikasi Thailand dilengkapi dengan skrin infotainmen terapung bersaiz 10 inci. Pelbagai fungsi kenderaan termasuklah sistem bantuan pemandu, penghawa dingin, dan pencahayaan ruang dalaman boleh diakses melalui skrin paparan infotainmennya.

MG HS 2021 – Kereta apakah ini dan bolehkah ia mencabar Proton X70? 08

Walaupun MG HS tiada sistem infotainmen arahan suara yang canggih seperti di dalam Proton X70, ia menebus kekurangan ini dengan sokongan Android Auto dan Apple CarPlay.

MG HS 2021 – Kereta apakah ini dan bolehkah ia mencabar Proton X70? 09

Kereta spesifikasi Thailand yang boleh dilihat di sini nampaknya berfungsi dengan perisian yang berlainan daripada model-model pasaran luar negara, kerana ‘home menu user interface’nya nampak berbeza.

Adakah MG HS mempunyai tahap keselamatan tinggi?

MG HS 2021 – Kereta apakah ini dan bolehkah ia mencabar Proton X70? 10

Setara dengan pesaing dalam segmennya, MG HS diberi 6 beg udara, kawalan penstabilan, hill start assist, dan emergency stop signal pada semua varian.

MG HS 2021 – Kereta apakah ini dan bolehkah ia mencabar Proton X70? 11

Kelengkapan ADAS di dalam MG HS juga agak komprehensif, merangkumi:

  • Adaptive Cruise Control
  • Traffic Jam Assist (TJA)
  • Forward Collision Warning (FCW)
  • Intelligent High Beam Control (IHC)
  • Lane Departure Warning (LDW)
  • Lane Departure Prevention (LDP)
  • Lane Keep Assist (LKA)
  • Lane Change Assist (LCA)
  • Blind Spot Detection (BSD)
  • Rear Cross Traffic Alert (RCTA)

Bilakah MG HS akan sampai di Malaysia?

MG HS 2021 – Kereta apakah ini dan bolehkah ia mencabar Proton X70? 12

Dengan mengambil kira jumlah gambar intipan yang terkumpul setakat ini, kami jangkakan yang MG HS mungkin akan diperkenalkan di Malaysia sebelum tahun 2020 berakhir. Lagipun, kami percaya yang proses Vehicle Type Approval (VTA) untuk MG HS telahpun siap baru-baru ini.

Model baharu ini akan bersaing dengan beberapa pesaing yang terkenal seperti Honda CR-V, Mazda CX-5, Nissan X-Trail, Proton X70, dan juga Volkswagen Tiguan.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 MG HS Upcoming Version

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda