window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Toyota Alphard-Hilux ini akan debut di Tokyo Auto Salon 2023, apabila MPV & trak pikap digabung!

Faisal Β· Sep 12, 2022 04:00 PM

Toyota Alphard-Hilux ini akan debut di Tokyo Auto Salon 2023, apabila MPV & trak pikap digabung! 01

Seperti yang anda tahu, Toyota Alphard dan Toyota Hilux adalah dua kereta yang berbeza. Salah satunya adalah MPV besar yang paling dipercayai. Satu lagi pula adalah trak pikap yang paling boleh diharap.

Toyota Alphard-Hilux ini akan debut di Tokyo Auto Salon 2023, apabila MPV & trak pikap digabung! 02

Baru-baru ini, sekumpulan pelajar dari Nihon Automobile College (NATS) berhasrat untuk menggabungkan kedua-dua sekaligus dan ia akan dipentaskan di Tokyo Auto Salon (TAS) 2023.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Toyota Alphard-Hilux ini akan debut di Tokyo Auto Salon 2023, apabila MPV & trak pikap digabung! 01

Pentas kolej automotif Nihon di TAS 2022 yang lalu.

Untuk makluman anda, sejak tahun 1997, kolej automotif ini akan mempamerkan kereta yang pelajar mereka ubah suai yang mana ia dapat menyerlahkan lagi bakat dan kreativiti pelajar yang minat dengan dunia automotif.

Toyota Alphard-Hilux ini akan debut di Tokyo Auto Salon 2023, apabila MPV & trak pikap digabung! 02

Setakat ini, sudah lebih 200 kereta telah NATS persembahkan dalam pameran TAS dan untuk acara yang berlangsung pada Mac lalu, terdapat beberapa projek kereta yang cukup mengagumkan. Antaranya seperti Suzuki Jimny Sierra versi 5 pintu, limosin Toyota Century versi rendah dan Mazda RX-7 FD dengan bumbung targa yang boleh dibuka. Untuk pengetahuan anda, kereta projek inilah yang mendapat undian paling banyak oleh orang awam.

Toyota Alphard-Hilux ini akan debut di Tokyo Auto Salon 2023, apabila MPV & trak pikap digabung! 03

Lakaran projek kereta Alphard-Hilux.

Kembali kepada Alphard-Hilux yang sedang dibangunkan ini, ia nampaknya akan direndahkan kaw-kaw dan akan pakai rim yang cukup besar. Buat masa sekarang, perkembangan projek yang kolej itu tunjukkan adalah bahagian belakang Alphard itu sudah diasingkan dan akan disambungkan dengan bahagian belakang Toyota Hilux.

Toyota Alphard-Hilux ini akan debut di Tokyo Auto Salon 2023, apabila MPV & trak pikap digabung! 04

Menariknya, kalau anda perhatikan betul-betul, ada satu lagi model Toyota yang sedang digabungkan di tengah-tengah dan ia adalah model van syarikat yang cukup terkenal di Jepun iaitu Toyota Probox.

Toyota Alphard-Hilux ini akan debut di Tokyo Auto Salon 2023, apabila MPV & trak pikap digabung! 05

Toyota Alphard-Hilux ini akan debut di Tokyo Auto Salon 2023, apabila MPV & trak pikap digabung! 06

Apapun, anda yang berminat untuk mengikuti perkembangan projek kereta Alphard-Hilux ini bolehlah ke media sosial mereka di sini.

Juga bacaSelongkar sisi pelik JDM, ini senarai 10 kereta Jepun yang paling kreatif... atau gagal?

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Alphard

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda