window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Toyota Hilux GR dan Fortuner GR bakal dilancarkan di Filipina pada tahun 2021, giliran Malaysia bila?

Faisal · Jan 12, 2021 03:00 PM

Toyota Hilux GR dan Fortuner GR bakal dilancarkan di Filipina pada tahun 2021, giliran Malaysia bila? 01

Lencana GR milik Toyota diterapkan dari model Vios sehingga ke hothatch seperti GR Yaris. Bayangkan sekiranya imbuhan yang lebih berpestasi ini diterapkan pada model 4X4 seperti Hilux dan Fortuner. Mesti padu kan?

Toyota Hilux GR dan Fortuner GR bakal dilancarkan di Filipina pada tahun 2021, giliran Malaysia bila? 02

Di filipina, Hilux Rogue dikenali sebagai Hilux Conquest

Menurut media di Filipina, Toyota Motor Philippines berancang untuk melancarkan 12 model pada tahun ini. Di dalam senarai itu, terdapat 2 model yang bakal membuat peminat kereta 4X4 teruja.

Toyota Hilux GR dan Fortuner GR bakal dilancarkan di Filipina pada tahun 2021, giliran Malaysia bila? 03

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Menurut mereka juga, Toyota Motor Philippines akan melancarkan Hilux GR dan Fortuner GR pada suku ketiga tahun ini. Walau bagaimanapun, ia mungkin lain daripada apa yang pernah kami laporkan pada November yang lalu.

Toyota Hilux GR dan Fortuner GR bakal dilancarkan di Filipina pada tahun 2021, giliran Malaysia bila? 01

Di samping itu, laman sesawang automotif tersebut turut menyenaraikan kedua-dua model 4X4 GR ini di dalam kategori “varian tambahan”. Kami yakin bahawa ini adalah model dengan aksesori tambahan – seperti Vios GR Sport.

Untuk maklumat anda, Toyota Jepun turut menjual aksesori GR untuk Toyota Hilux tetapi harga untuk set yang lengkap boleh mencecah harga sebuah Perodua Myvi!

Toyota Hilux GR dan Fortuner GR bakal dilancarkan di Filipina pada tahun 2021, giliran Malaysia bila? 02

Di Filipina, Toyota memegang bahagian pasaran sebanyak 40%. Uniknya, Fortuner ialah SUV yang paling laris disana. Semestinya lencana GR akan menghangatkan jualan Fortuner di sana, tetapi adakah ia akan tiba di Malaysia?

Toyota Fortuner facelift baru sahaja dilancarkan pada minggu lepas. Toyota Hilux facelift pula dilancarkan pada Oktober yang lalu. Walau bagaimanapun, UMW Toyota Motor belum membuat sebarang pengesahan mengenai model GR yang akan datang.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Hilux GR Sport 2.8 AT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda