Berdiri di sebelah pelancaran Toyota GR Yaris 2020 ialah Toyota Vios GR Sport 2020.
Sebenarnya kalau difikirkan semula, pelancaran Vios GR Sport tidak dijangka sama sekali. Tetapi inilah kereta GR Sport pertama yang dipasang tempatan (CKD).
Berdiri di sebelah pelancaran Toyota GR Yaris 2020 ialah Toyota Vios GR Sport 2020.
Sebenarnya kalau difikirkan semula, pelancaran Vios GR Sport tidak dijangka sama sekali. Tetapi inilah kereta GR Sport pertama yang dipasang tempatan (CKD).
Walaupun Vios GR Sport (GR-S) ini varian baru, anda boleh terapkan penampilannya pada Vios 1.5G dengan tambahan sebanyak RM 7,700 (kecuali transmisi CVT 10 kelajuan). Dengan harga RM 95,284 (termasuk pengecualian cukai SST sehingga 31 Disember 2020), Vios GR-S hadir dengan kit badan yang unik, suspensi sport, dan transmisi dengan talaan yang berlainan.
Dari sudut tepi, gabungan roda, skirting, serta bampar depan dan belakang menghasilkan penampilan yang cukup sporty.
Di bahagian depan, Vios GR-S hadir dengan gril “matrix” seperti Toyota GR Yaris. Maka itu, sistem penyejukan komponen berkemungkinan lebih baik daripada varian yang biasa.
Jika anda lihat pada bahagian roda, Vios GR-S hadir dengan rim unik yang dibalut dengan tayar Toyo Proxes TR1 yang bersaiz 205/45/R17.
Lekuk skirting tepi juga kelihatan berlainan. Malah ia mempunyai lencana ’10 Speed’.
Pada bahagian belakang pula, spoiler yang hadir sebagai kit tambahan pada varian yang biasa hadir dengan sentuhan warna gloss black. Sentuhan ini juga diterapkan di beberapa perincian di sekeliling kereta.
Tidak cukup dengan itu, bahagian bampar dan diffuser turut mendapat rekaan yang berlainan. Namun begitu, kami berpendapat bahawa ia kelihatan agak sibuk.
Untuk pembeli yang berminat, Vios GR Sport hadir dengan pilihan warna Red Mica Metallic dan Platinum White Pearl yang sama seperti Toyota GR Yaris.
Terdapat pelbagai jahitan merah di sekeliling kabin yang menandakan bahawa ini sebuah Vios yang sporty.
Kerusi kulit yang mempunyai kemasan suede terasa agak empuk untuk diduduk. Menariknya, ia mempunyai lencana GR di bahagian perehat kepala (headrest).
Kemasan jahitan merah juga diterapkan pada tombol gear, roda stereng, dan perehat lengan (armrest).
Unik buat Vios GR-S ialah kluster instrumen yang berwarna merah. Menariknya, ia turut memaparkan animasi GR ketika enjin dihidupkan.
Selain itu, lencana GR turut dipampang pada butang push-start. Malah ia hadir dengan infotainment sesentuh 7 inci (dengan sokongan Apple CarPlay dan Android Auto) yang sama seperti Toyota GR Yaris.
Sebenarnya, bilangan kelajuan ini hanyalah secara maya. Vios GR-S masih menggunakan transmisi CVT yang sama cuma ia diprogramkan untuk mempunyai 10 kelajuan apabila pemandu memilih mod pemanduan ‘Sport’.
Walaupun Vios GR-S hadir dengan suspensi sport, ketinggian badan masih dikekalkan. Ini bermakna penyerapan sahaja yang diubah untuk memberikan pengalaman pemanduan yang lebih sporty.
Dari segi hembusan kuasa, ia hadir dengan enjin 1.5L (107 PS, 140 Nm tork) yang sama seperti Toyota Vios.
Konklusi – Baloi dengan harganya?
Secara keseluruhan, Vios GR Sport agak berbaloi dengan harganya memandangkan sentuhan GR itu sendiri sudah cukup bernilai.
Sebelum anda ke bilik pameran, perlu dimaklumkan bahawa Vios GR Sport hanya dijual di beberapa pengedar Toyota sahaja. Jika anda ingin tahu lebih lanjut, ikuti bacaan ini.
Dapatkan respons dalam masa 24 jam!
2023 Toyota Vios 1.5E AT
Upgrade
Add your car
2018 Honda Civic TC VTEC Premium 1.5
2017 Honda Civic TC VTEC Premium 1.5
2016 Honda Civic TC VTEC Premium 1.5