window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Varian Toyota Innova Zenix 2023 yang mana sesuai untuk anda - Dynamic Force vs. hybrid?

Mersita · Jun 24, 2023 02:00 PM

Varian Toyota Innova Zenix 2023 yang mana sesuai untuk anda - Dynamic Force vs. hybrid? 01

UMW Toyota Motor (UMWT) baru saja melancarkan Toyota Innova Zenix 2023 dalam satu acara virtual. Dua varian ditawarkan dan kedua-duanya diimport (CBU) daripada Indonesia dan dijual di Malaysia pada harga:

  • Innova Zenix 2.0 V – RM 165,000
  • Innova Zenix 2.0 Hybrid – RM 202,000

Varian Toyota Innova Zenix 2023 yang mana sesuai untuk anda - Dynamic Force vs. hybrid? 02

Harga tersenarai tertakluk untuk Semenanjung Malaysia, atas-jalan, dan tanpa insurans. Seperti yang anda dapat lihat, kedua-dua varian ini terdapat jurang RM 37,000 dari segi harga. Dalam entri kali ini, kami ingin bentangkan perbezaan antara kedua-dua varian ini supaya anda boleh buat perbandingan lebih jelas jika berminat untuk membeli MPV 7/8 tempat duduk ini.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Trenkuasa Toyota Innova Zenix 2023

Varian Toyota Innova Zenix 2023 yang mana sesuai untuk anda - Dynamic Force vs. hybrid? 01

Enjin sama dengan Toyota Harrier

Perbezaan paling ketara adalah pada enjinnya. Kedua-dua varian Innova Zenix dikuasakan oleh rangkaian enjin Dynamic Force Toyota. Varian 2.0 V dikuasakan oleh enjin M20A-FKS NA yang menjana kuasa 174 PS dan tork 205 Nm, digandingkan dengan kotak gear automatik CVT.

Varian Toyota Innova Zenix 2023 yang mana sesuai untuk anda - Dynamic Force vs. hybrid? 02

Varian yang lebih mahal, 2.0 Hybrid, dikuasakan oleh Toyota Hybrid Electric System generasi ke-5 yang terbaru. Ini merupakan model pertama Toyota di Malaysia yang menggunakan sistem hybrid generasi terbaru, dimana Corolla Cross Hybrid pula menggunakan generasi ke-4 yang terdahulu.

Juga baca: 7,000 tempahan dalam 4 minggu, tempoh menunggu Toyota Innova Zenix di Indonesia cecah 6 bulan!

Varian Toyota Innova Zenix 2023 yang mana sesuai untuk anda - Dynamic Force vs. hybrid? 03

Beberapa penambahbaikan pada hybrid generasi ke-5 ini jika dibandingkan yang lama termasuklah komponen lebih kompak dan ringan – menghasilkan prestasi pemanduan lebih bagus dan penjimatan minyak lebih baik.

Juga baca: China lancar Toyota Corolla Altis facelift 2023 - dengan kemaskini enjin hybrid yang lagi jimat petrol!

Sistem hybrid ‘series-parallel’ ini dikuasakan oleh kombinasi enjin 2.0 liter M20A-FXS kitaran Atkinson dan satu motor elektrik. Gabungan ini membentuk sistem hybrid yang menjana kuasa 186 PS, digandingkan dengan kotak gear automatik e-CVT.

Walaupun angka penggunaan minyaknya belum diumumkan lagi, beberapa sumber mengatakan yang varian petrol 2.0 V boleh mencapai 6.7 liter/100 km, manakala 2.0 Hybrid pula 4.6 liter/100 km.

Luaran dan dalaman Toyota Innova Zenix 2023

Varian Toyota Innova Zenix 2023 yang mana sesuai untuk anda - Dynamic Force vs. hybrid? 04

Rekaan rim sama antara kedua-dua varian

Apabila diletakkan bersebelahan satu sama lain, kedua-dua varian Toyota Innova Zenix ini sama saja dari luar melainkan lencana Hybrid pada varian lebih tinggi itu. Innova Zenix spesifikasi Malaysia didatangkan dengan lampu hadapan dan lampu brek LED, serta rim aloi 18 inci dibalut tayar 225/50 sebagai standard.

Varian Toyota Innova Zenix 2023 yang mana sesuai untuk anda - Dynamic Force vs. hybrid? 05

Apabila dijenguk ruang dalamannya, barulah terlihat perbezaan ketara antara kedua-dua varian ini. 2.0 V petrol tampil dengan tetapan 8 tempat duduk (‘bench seat’ di barisan tengah) manakala 2.0 Hybrid mempunyai tetapan 7 tempat duduk (gandingan dua ‘captain seats’ di barisan tengah dengan ruang berjalan di tengah-tengah).

Varian Toyota Innova Zenix 2023 yang mana sesuai untuk anda - Dynamic Force vs. hybrid? 06

Varian lebih tinggi iaitu 2.0 Hybrid juga satu-satunya varian Innova Zenix yang mempunyai ‘panoramic sunroof’. Dua perincian ini saja yang berbeza, manakala yang lainnya disertakan sebagai standard bagi semua varian termasuklah:

  • Sarung kerusi kulit berwarna hitam
  • Pintu bonet elektronik
  • Penghawa dingin automatik
  • TFT MID berwarna 7 inci
  • Infotainment berskrin sentuh 10.1 inci dengan Apple CarPlay nirwayar dan Android Auto berwayar
  • ‘Monitor’ pandangan panoramik 3D

Varian Toyota Innova Zenix 2023 yang mana sesuai untuk anda - Dynamic Force vs. hybrid? 07

Kedua-dua varian Toyota Innova Zenix di Malaysia juga disertakan dengan kit keselamatan yang komprehensif terdiri daripada 6 beg udara, pemantau titik buta, dan juga suite ADAS Toyota generasi terkini digelar Toyota Safety Sense 3.0 (TSS 3.0) yang merangkumi teknologi berikut:

  • Pre-Collision Warning (PCW)
  • Pre-Collision Braking (PCB)
  • Pre-Collision Brake Assist (PCBA)
  • Intersection Collision Avoidance Support
  • Emergency Steering Assist (ESA)
  • Acceleration Suppression at Low Speed
  • Adaptive Cruise Control (ACC) with Full Speed Range
  • Lane Departure Alert (LDA)
  • Lane Tracing Assist (LTA)

Varian Toyota Innova Zenix 2023 yang mana patut anda pilih?

Varian Toyota Innova Zenix 2023 yang mana sesuai untuk anda - Dynamic Force vs. hybrid? 08

Memandangkan kedua-dua varian ini mempunyai beberapa perbezaan dari segi enjin, bilangan tempat duduk, dan ‘panoramic sunroof’; ia bergantung kepada keinginan dan keperluan anda.

Jika anda ingin merasa teknologi hybrid Toyota yang terbukti bagus dan anda betul-betul tertarik dengan tetapan dua ‘captain seats’ di barisan tengah serta ‘sunroof’nya – Toyota Innova Zenix 2.0 Hybrid-lah pilihan anda.

Varian Toyota Innova Zenix 2023 yang mana sesuai untuk anda - Dynamic Force vs. hybrid? 09

Bagaimanapun, memandangkan varian 2.0 V dan 2.0 Hybrid sebahagian besarnya mempunyai kelengkapan yang sama, perbezaan harga RM 37,000 mungkin terlalu besar bagi segelintir pembeli. Melainkan anda merancang untuk memandu MPV ini dengan kerap dan berjarak jauh (sekali ganda lebih daripada purata ‘mileage’ tahunan 20,000 km pemandu Malaysia) ataupun risau akan penghapusan subsidi minyak, mungkin varian hybrid berbaloi untuk anda.

Juga baca: Video: Belum puas 'usha' Toyota Innova Zenix MPV 2023 di Malaysia? Ini ubat tahan goda anda

Varian Toyota Innova Zenix 2023 yang mana sesuai untuk anda - Dynamic Force vs. hybrid? 10

Jika tidak, dan anda mempunyai keluarga yang hanya mahukan MPV Toyota moden dan praktikal berserta waranti rasmi, Innova Zenix 2.0 V 8 tempat duduk lebih sesuai untuk anda kerana ia lebih berbaloi dengan wang yang dibelanjakan. Tambahan pula, keluarga beranak kecil mungkin dapati ‘bench seat’ pada 2.0 V lebih berguna kerana ia membolehkan anda mencapai ‘child seat’ dengan lebih mudah berbanding ‘captain seat’ pada 2.0 Hybrid.

Apa pendapat anda? Jom kongsikan di komen FB WapCar-BM!

@wapcar_zamil Mana satu pilihan anda? #learnontiktok #fypmalaysia #carmalaysia #reviewkereta #toyotainnova #innovazenix #toyota #innovamalaysia #umwtoyota #keretabaru #wapcar ♬ Luxury fashion (no vocals) - TimTaj

Juga baca: Malaysia lancar Toyota Innova Zenix 2023 - CBU, dari RM 165k, 7/8 penumpang, 2.0 Dynamic Force, HEV

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Innova Zenix 2.0 V (Dynamic Force engine)

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda