window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Honda HR-V 2021 ‘recond’ di Singapura - ini gambaran dekat sampai anda boleh cair

Faisal · Jun 21, 2021 12:00 PM

Honda HR-V 2021 ‘recond’ di Singapura - ini gambaran dekat sampai anda boleh cair 01

Pengimport kereta di Singapura pasti telah bekerja keras kerana mereka telah berjaya membawa masuk Honda HR-V 2021 serba baru seawal ini.

Honda HR-V 2021 ‘recond’ di Singapura - ini gambaran dekat sampai anda boleh cair 02

Salah satu pengimport ini ialah Leco Auto. Mereka menjual Honda HR-V serba baru melalui varian pengenalan untuk enjin petrol 1.5 G dan hibrid 1.5 X e:HEV.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Honda HR-V 2021 ‘recond’ di Singapura - ini gambaran dekat sampai anda boleh cair 01

Nama Vezel yang dilihat di belakang jelas menunjukkan bahawa SUV baru ini datang dari Jepun.

Honda HR-V 2021 ‘recond’ di Singapura - ini gambaran dekat sampai anda boleh cair 02

Honda HR-V 2021 ‘recond’ di Singapura - ini gambaran dekat sampai anda boleh cair 03

Antara ciri standard ialah lampu depan dan belakang jenis LED. Satu-satunya petunjuk bahawa ini varian pengenalan ialah roda 16 inci. Varian atas yang dijual di Jepun pula menggunakan saiz 18 inci.

Honda HR-V 2021 ‘recond’ di Singapura - ini gambaran dekat sampai anda boleh cair 04

Walaupun kabin yang berwarna serba hitam nampak kurang premium, ia tetap datang dengan ciri brek parkir elektronik, penyaman udara digital, dan Air Diffusion System.

Juga bacaAir Diffusion System pada Honda HR-V 2022, bakal merubah sistem A/C untuk kereta di masa depan?

Honda HR-V 2021 ‘recond’ di Singapura - ini gambaran dekat sampai anda boleh cair 05

Tempat duduk belakang juga hadir dengan perehat tangan dan lipatan kerusi Ultra Seats.

Honda HR-V 2021 ‘recond’ di Singapura - ini gambaran dekat sampai anda boleh cair 06

Varian hibrid pula dilengkapkan khas dengan ciri instrumen kluster separa-digital dan paddle shifter tetapi ia hanya berfungsi sebagai pelaras kadar pemerlahanan kereta untuk mengecaskan bateri hibrid dengan lebih pantas.

Honda HR-V 2021 ‘recond’ di Singapura - ini gambaran dekat sampai anda boleh cair 07

Butiran trenkuasa yang ditawarkan adalah seperti berikut:

Trenkuasa Honda HR-V recond di Singapura
Model 1.5 G 1.5 X e:HEV
Kuasa (PS) 118 106 (enjin), 131 (motor elektrik)
Tork (Nm) 142 127 (enjin), 253 (motor elektrik)
Penggunaan minyak (liter/100 km) 5.89 4.03

Honda HR-V 2021 ‘recond’ di Singapura - ini gambaran dekat sampai anda boleh cair 08

Dari segi keselamatan, kedua-dua varian hadir dengan ADAS Honda Sensing yang merangkumi ciri:

  • Collision Mitigation Braking System (CMBS)
  • Adaptive Cruise Control dengan pedestrian detection, Low-Speed Follow (ACC w/ LSF)
  • Lane Keeping Assist System (LKAS)
  • Traffic Sign Recognition (TSR)
  • Auto High-Beam (AHB)

Honda HR-V 2021 ‘recond’ di Singapura - ini gambaran dekat sampai anda boleh cair 09

Secara umumnya, Honda HR-V baru cukup popular. Dalam masa sebulan, ia telah berjaya mengutip sebanyak 32,000 tempahan.

Juga bacaHonda HR-V 2021 laku keras – sebulan 32,000 tempahan, varian e:HEV berwarna putih paling popular!

Honda HR-V 2021 ‘recond’ di Singapura - ini gambaran dekat sampai anda boleh cair 10

Di Malaysia, Honda HR-V baru mungkin digantikan dengan Honda WR-V generasi seterusnya kerana harganya tidak lagi semurah dahulu.

Juga bacaBerbaloi 'trade-in' X50 anda? Ini panduan Honda HR-V 2021 serba baharu, mungkin tiba di Malaysia

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda