window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Honda ZR-V mula diperkenalkan di Australia. harga dari RM 121k untuk pesaing Mazda CX-30 ini!

Haris ยท May 17, 2023 01:00 PM

Honda ZR-V mula diperkenalkan di Australia. harga dari RM 121k untuk pesaing Mazda CX-30 ini! 01

Honda Australia telah mengumumkan harga untuk Honda ZR-V 2023 yang akan datang di mana B-SUV ini akan mengambil posisi di antara Honda HR-V dan Honda CR-V generasi baharu.

ZR-V akan menutup jurang antara model HR-V dan CR-V, dengan cara yang sama Mazda CX-30 telah menjadi model pertengahan antara CX-3 dan CX-5 yang lebih besar.

Honda ZR-V mula diperkenalkan di Australia. harga dari RM 121k untuk pesaing Mazda CX-30 ini! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Berikut ialah ukuran HR-V, ZR-V dan CR-V sebagai perbandingan:

Perbandingan dimensi
Model HR-V ZR-V CR-V
Panjang (mm) 4,385 4,568 4,694
Lebar (mm) 1,790 1,840 1,864
Tinggi (mm) 1,590 1,621 1,681
Jarak Roda (mm) 2,610 2,655 2,700

Harga bermula dari AUD 40,200 (RM 121k) untuk model asas VTi LX dan meningkat kepada AUD 54,900 (RM 165k) untuk varian e:HEV LX teratas. Terdapat 4 varian secara keseluruhan untuk Australia.

Dari segi harga, Honda HR-V spesifikasi teratas Australia berharga AUD 47k, hanya sedikit lebih mahal daripada 2 varian rendah iaitu ZR-V (VTI LX dan VTi-L) masing-masing pada AUD 40.2k dan AUD 43.2k.

Honda ZR-V mula diperkenalkan di Australia. harga dari RM 121k untuk pesaing Mazda CX-30 ini! 01

ZR-V 2023 dibangunkan pada platform yang sama dengan Honda Civic (FE) justeru berkongsi enjin empat silinder 1.5 liter turbocaj VTEC dalam 3 varian bawah dan 2.0 liter e:HEV i-MMD dua motor hibrid penuh dalam varian LX.

Angka kuasa juga mungkin mencerminkan Civic FE, dengan 182 PS / 240 Nm untuk 1.5 liter turbo VTEC dan 184 PS / 315 Nm dalam 2.0 liter e:HEV.

Honda ZR-V mula diperkenalkan di Australia. harga dari RM 121k untuk pesaing Mazda CX-30 ini! 02

Ciri-ciri khusus untuk ZR-V Australia belum disahkan tetapi model luar menunjukkan bahawa ZR-V mungkin akan ditawarkan dengan pelbagai ciri Honda Sensing ADAS dalam varian yang lebih tinggi. Di samping itu, Honda Australia juga belum mengumumkan sama ada versi AWD ZR-V akan ditawarkan di Australia.

Honda ZR-V mula diperkenalkan di Australia. harga dari RM 121k untuk pesaing Mazda CX-30 ini! 03

Bagi pasaran kita, masih belum diketahui sama ada Honda Malaysia merancang untuk memperkenalkan ZR-V di Malaysia. 

Dengan empat model yang dirancang untuk dilancarkan pada tahun 2023 sudah didedahkan, ia masih belum dapat dipastikan jika ZR-V mampu membuat kemunculan pada tahun 2024. 

Baca: Honda Malaysia bakal lancar 4 model 2023 baru; WR-V, CR-V, Accord & City facelift - pegangan pasaran akan naik ke 12.3%

Honda ZR-V mula diperkenalkan di Australia. harga dari RM 121k untuk pesaing Mazda CX-30 ini! 04

Persoalan lain yang akan timbul ialah jika terdapat jurang harga yang besar untuk ZR-V masuk ke dalam posisi antara HR-V dan CR-V.

Walau bagaimanapun, terdapat kemungkinan bahawa CR-V generasi baharu akan meningkatkan spektrum harga apabila ia diperkenalkan. Ini boleh membuka jurang di atas kurungan harga RM 140k di atas Honda HR-V 1.5 e:HEV RS.

Baca: Pengganti CR-V, Honda ZR-V dengan enjin hibrid lebih disukai pembeli Jepun berbanding turbo!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda