window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Haval H6 masih C-SUV terlaris di Thailand suku pertama 2023, Honda CR-V generasi baharu mula memintas!

Haris Β· May 28, 2023 06:00 PM

Haval H6 masih C-SUV terlaris di Thailand suku pertama 2023, Honda CR-V generasi baharu mula memintas! 01

Honda CR-V 2023 nampaknya telah mula menutup jurang jualan dengan Haval H6 dalam kategori C-SUV Thailand untuk bulan April 2023, menjual 446 unit berbanding Haval H6 yang hanya mencatatkan 401 unit.

Haval H6 masih C-SUV terlaris di Thailand suku pertama 2023, Honda CR-V generasi baharu mula memintas! 02

Data jualan Autolife menunjukkan bahawa Honda mula mendapat tempat selepas ketinggalan sedikit jauh di belakang pesaingnya dari China pada suku pertama 2023.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Walaupun Honda CR-V mencatatkan tempat teratas untuk bulan April ini, ia masih jauh berbanding jualan kumulatif Haval di mana sebanyak 1,585 unit Haval H6 telah dijual setakat suku pertama 2023 berbanding 654 unit Honda CR-V.

Haval H6 masih C-SUV terlaris di Thailand suku pertama 2023, Honda CR-V generasi baharu mula memintas! 01

Haval H6 pasaran Malaysia

Lebih menarik lagi, Haval H6 adalah model baharu yang akan datang ke Malaysia tak lama lagi. Bagi pasaran Malaysia, Honda mendominasi carta jualan namun melihat kepada sambutan negara jiran terhadap jenama Haval, ia bukan sesuatu yang boleh dipandang rendah.

Kami juga sudah mencuba sendiri Haval H6 di Malaysia. Baca ulasan di pautan berikut.

Baca: Rebiu ringkas Haval H6 2021 dari Thailand – bakal ke Malaysia untuk gulingkan Proton X70?

Haval H6 masih C-SUV terlaris di Thailand suku pertama 2023, Honda CR-V generasi baharu mula memintas! 02

Di samping itu, Subaru Forester berada di tempat ketiga dan dengan 254 unit yang terjual pada bulan lalu, serta hanya 9 unit dari jualan kumulatif tempat kedua yang kini milik Honda CR-V. Mazda CX-8 (180 unit) dan MG HS (102 unit) turut menduduki carta 5 model terlaris Thailand untuk C-SUV.

Di tempat lain dalam kedudukan, Mazda CX-5 meneruskan jualan dua digit dengan hanya 58 unit terjual, manakala Peugeot 3008 mengekalkan kedudukannya dengan 19 unit dijual pada bulan lepas. Mitusbishi Outlander dan Peugeot 5008 pula mempunyai tempoh sukar untuk dilupakan, masing-masing mencatatkan jualan hanya 13 unit dan 0 unit bagi April.

Honda CR-V 2024 generasi baharu sudahpun dilancarkan di Thailand pada Mac lalu justeru angka jualan ini hanyalah petanda awal terhadap apa yang mendatang.

Baca: Harga asas Honda CR-V 2024 gen baru akan naik mendadak - varian 2.0L bakal digugurkan, anggaran dari sekitar RM 170k

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda CR-V Upcoming

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda