window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Spyshot: EV daripada Honda menyusul ke ASEAN? Honda e:NS1 kini diuji di negara jiran!

Haris Ā· May 18, 2023 11:00 AM

Spyshot: EV daripada Honda menyusul ke ASEAN? Honda e:NS1 kini diuji di negara jiran! 01

Honda e:NS1 serba elektrik telah dilihat sedang mengecas di Thailand, menguatkan spekulasi bahawa ia adalah satu lagi kenderaan elektrik (EV) yang bakal hadir ke rantau ini.

Diintip oleh pengguna Facebook Siri Ji, SUV itu hanya dilihat di stesen pengecasan sahaja. Walaupun ia mungkin untuk ujian awal, terdapat tanda-tanda bahawa SUV EV ini akan dilancarkan dalam masa terdekat.

Model ujian juga boleh jadi kenderaan pemanduan sebelah kanan (RHD) berdasarkan posisi pengelap cermin hadapannya.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Spyshot: EV daripada Honda menyusul ke ASEAN? Honda e:NS1 kini diuji di negara jiran! 01

Spyshot: EV daripada Honda menyusul ke ASEAN? Honda e:NS1 kini diuji di negara jiran! 02

Sebelum ini, terdapat rancangan untuk Honda membawa era elektrifikasi di Thailand ke peringkat seterusnya, dan sebahagian daripadanya dilaporkan adalah pengembangan kilang Prachinburi syarikat itu untuk memulakan pengeluaran EV.

Dikatakan juga bahawa Honda merancang untuk melabur dalam kilang bateri EV dalam negara, sebagai usaha untuk mengurangkan import dari Jepun.

Spyshot: EV daripada Honda menyusul ke ASEAN? Honda e:NS1 kini diuji di negara jiran! 03

Model baharu jelas akan menjadi sebahagian daripada perancangan ini dan kononnya e:NS1 akan memulakan pengenalan Honda EV untuk pasaran Thailand pada akhir tahun ini. Pratonton awal e:SUV Prototype telah pun dipamerkan ketika Thailand International Motor Expo pada Disember 2022.

Spyshot: EV daripada Honda menyusul ke ASEAN? Honda e:NS1 kini diuji di negara jiran! 04

Honda e:NS1 ā€“ dijual di China setakat ini bersama-sama dengan Honda e:NP1, serta di Eropah sebagai Honda e:Ny1 ā€“ adalah EV berasaskan Honda HR-V yang popular di serata dunia. Selain daripada penampilan pasca moden di luar, kabin Honda e:NS1 ini mempunyai lebih banyak pendigitalan, termasuk kluster instrumen digital sepenuhnya, pencahayaan ambien, dan skrin infotainment potret 15.1 inci.

Baca: Lewat ceburi EV tetapi Honda e:NS2 dan e:NP2 mula tunjuk saingan hebat kepada pengeluar China sebagai SUV EV!

Spyshot: EV daripada Honda menyusul ke ASEAN? Honda e:NS1 kini diuji di negara jiran! 05

Honda e: Ny1 pasaran Eropah

Di China, Honda e:NS1 boleh didapati dalam dua konfigurasi. Satu daripadanya dilengkapi bateri lithium-ion 53.6 kWj dan motor elektrik 182 PS/310 Nm, manakala satu lagi mempunyai bateri 68.8 kWj dan motor elektrik 204 PS/310 Nm.

Jarak gerak berdasarkan ujian CLTC (China) buat masa ini adalah masing-masing 420 km dan 510 km. Harga untuk e:NS1 pula dalam lingkungan CNY 175,000 (RM 115,660) hingga CNY 218,000 (RM 143,080).

Bagi model pasaran Eropah pula, jarak gerak diumumkan pada 412 km mengikut standard ujian WLTP namun harga masih belum diumumkan lagi.

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Ā  Jual kereta anda