Bagi anda yang belum tahu, Honda Civic (FE) 2022 masih kekal sebagai pilihan pertama Malaysia untuk sedan segmen C.
Sewaktu berlangsungnya sesi pandu uji media di Pulau Pinang sekarang, Honda Malaysia sempat berkongsi bahawa penyerahan model ini untuk suku pertama (Q1) 2022 telah mencecah sekitar 2,800 unit.
Juga baca: Honda Civic FE 2022 dengan kit Modulo, siap siaga melawan Corolla Altis GR Sport!
Walau dengan kemelut bekalan peralatan yang terhad, terutama untuk varian RS, pencapaian ini sudah jelas menunjukkan bahawa Honda Civic kekal dengan posisi nombor satu dalam carta jualan sedan segmen C di Malaysia, iaitu dengan pegangan pasaran sebanyak 91%.
Untuk anda yang berminat, Honda Civic FE 2022 ditawarkan pada harga RM 125,634 (1.5 E), RM 138,043 (1.5 V) dan RM 144,350 (1.5 RS). Apapun, pastikan kereta anda didaftarkan selewatnya 30 Jun 2022 supaya dapat menikmati harga dengan pengecualian cukai SST.
Juga baca: Harga kereta tanpa SST tamat lagi 2 bulan - jenama Jepun mana boleh dapat sebelum Jun?
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}