window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Harga kereta tanpa SST tamat lagi 2 bulan - jenama Jepun mana boleh dapat sebelum Jun?

Haris · Apr 17, 2022 04:00 PM

Harga kereta tanpa SST tamat lagi 2 bulan - jenama Jepun mana boleh dapat sebelum Jun? 01

Harga kereta tanpa SST dijangka akan tamat setibanya bulan Jun 2022. Insentif tersebut yang dimulakan oleh PM ke-8 pada pertengahan 2020 sebagai cara untuk meningkatkan jualan kereta semasa pandemik Covid-19 nampaknya tidak lagi diteruskan oleh PM ke-9.

Dengan tinggal kurang daripada 2 bulan lagi, Wapcar meninjau jenama kereta Jepun yang mana mampu menghantar kereta mereka kepada pelanggan tepat pada masanya.

Untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas, kami melawat pelbagai bilik pameran kereta dan bercakap dengan jurujual di lapangan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Mazda

Harga kereta tanpa SST tamat lagi 2 bulan - jenama Jepun mana boleh dapat sebelum Jun? 01

Bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan Mazda serba baharu, berita baik untuk anda kerana penasihat jualan yang dihubungi mengesahkan bahawa Bermaz Motor akan menyerap perbezaan harga selepas pengenalan semula harga SST menjelang Julai.

Namun ini hadir dengan sedikit syarat - kereta baharu itu mesti ditempah sebelum akhir Mei bagi membolehkan Bermaz menyerap SST.

Baca: Berminat dengan Mazda? Beli sekarang atau bayar lebih setelah pengecualian cukai jualan SST tamat!

Harga kereta tanpa SST tamat lagi 2 bulan - jenama Jepun mana boleh dapat sebelum Jun? 02

Untuk tempoh menunggu pula, ia bergantung pada model sebenar dan varian yang diminta. Sesetengah model / varian mempunyai tempoh menunggu yang lebih pendek berbanding yang lain.

Subaru

Harga kereta tanpa SST tamat lagi 2 bulan - jenama Jepun mana boleh dapat sebelum Jun? 03

Jika anda berminat dengan produk semasa Subaru, berikut ialah beberapa kemas kini. Menurut penasihat jualan yang kami temui, terdapat tempoh menunggu yang minimum untuk model seperti Subaru XV yang baru sahaja dilancarkan. Penghantaran untuk model boleh dilakukan sebelum tempoh pengecualian SST tamat.

Baca: Subaru XV facelift 2022 dilancarkan dari RM 139k: SUV pemanduan 'tersedap' kini dengan ADAS Subaru Eyesight!

Harga kereta tanpa SST tamat lagi 2 bulan - jenama Jepun mana boleh dapat sebelum Jun? 04

Walau bagaimanapun, bagi mereka yang berminat dengan model Subaru Forester yang lebih besar, tempoh menunggu untuk SUV ini boleh melangkaui tempoh bebas SST. Juga berita bagus mengetahu bahawa Subaru Forester masih mempunyai peminatnya. 

Honda

Harga kereta tanpa SST tamat lagi 2 bulan - jenama Jepun mana boleh dapat sebelum Jun? 05

Ketika ini Honda Civic FE 2022 menjadi kegemaran dan tumpuan ramai, di mana penghantaran sebelum tempoh pengecualian SST tamat masih belum dapat dipastikan dengan tepat.

Harga kereta tanpa SST tamat lagi 2 bulan - jenama Jepun mana boleh dapat sebelum Jun? 06

Wapcar pernah mengesyorkan langkah ini berkali-kali. Melainkan anda tempah Honda Civic FE varian RS pada bulan ia dilancarkan, kemungkinan untuk anda menerima Civic RS sebelum 30-Jun adalah sangat tipis.

Harga kereta tanpa SST tamat lagi 2 bulan - jenama Jepun mana boleh dapat sebelum Jun? 07

V variant shown

Namun bagi pembeli yang menempah varian Civic 1.5 E atau 1.5 V yang berspesifikasi sedikit rendah, mereka berkemungkinan boleh mendapatkan sedan segmen C baharu yang bergaya tersebut menjelang Jun.

Baca: Sedan vs SUV: Nak beli Honda Civic 2022 serba baharu ke, atau tunggu HR-V yang akan datang?

Harga kereta tanpa SST tamat lagi 2 bulan - jenama Jepun mana boleh dapat sebelum Jun? 08

Bagi model Honda Malaysia terlaris yang lain, Honda City 1.5 V dan 1.5 V Sensing boleh dihantar sebelum tempoh pengecualian SST tamat. Begitu juga dengan semua varian Honda Accord serta Honda BR-V 1.5 E yang berspesifikasi lebih rendah.

Toyota

Harga kereta tanpa SST tamat lagi 2 bulan - jenama Jepun mana boleh dapat sebelum Jun? 09

Sebagai pengeluar bukan nasional nombor 1 Malaysia, Toyota tentunya mempunyai tempahan yang banyak. Jika anda menempah Toyota Corolla Cross atau Toyota Hilux, jangan meletakkan harapan untuk menerima kenderaan anda sehingga Julai, malah Ogos.

Model lain dalam rangkaian Toyota, seperti Toyota Vios dan Yaris juga menghadapi kelewatan tetapi pada tahap yang lebih rendah. Ini mungkin berbeza mengikut tempat.

Tak nak tunggu lama? Apa kata semak Carsome Certified

Harga kereta tanpa SST tamat lagi 2 bulan - jenama Jepun mana boleh dapat sebelum Jun? 10

Jika tempoh menunggu untuk kereta baharu ini terasa merugikan anda, jangan risau kerana Carsome.my adalah alternatif yang berdaya saing untuk anda.

Walaupun ia tidak disokong oleh mana-mana jaminan pengeluar, pembeli menikmati jaminan wang dikembalikan selama 5 hari tanpa banyak soal. Sudah tentu, syarat itu lebih daripada cukup untuk menjawab sebarang keraguan pembeli.

Tidak seperti pengedar kereta terpakai yang diperakui oleh pengeluar, Carsome menawarkan lebih banyak pilihan, dan pembeli boleh melihat kereta itu secara maya dengan menggunakan kamera 360 darjah definisi tinggi mereka. Jadi tunggu apa lagi?

Baca: Baiki 2,000 unit kenderaan sebulan, Carsome Certified Lab kini pusat 'refurbish' kereta terbesar ASEAN!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda