Car Tips
Preparing for a rainy day
222
Honda Malaysia telah memuatnaik sebuah video ringkas yang memaparkan informasi mengenai tabiat pemandu yang suka memandu dengan tangki yang hampir kosong. Tentu ada dalam kalangan pembaca yang mengenali seseorang yang mempunyai tabiat seperti ini.
3 sebab mengapa anda tidak digalakkan untuk memandu dengan tangki yang hampir kosong adalah seperti berikut:
1. Mengurangkan jangka hayat fuel pump
Apabila minyak hampir habis dalam tangki, fuel pump tidak menerima kerja-kerja pelinciran dengan sempurna. Apabila tugas pelinciran tidak dilakukan dengan sempurna, jangka hayat fuel pump akan semakin singkat.
2. Masalah kotoran minyak
Setiap formulasi minyak tetap mempunyai bahan-bahan yang boleh terkumpul dan menjadi mendapan pada bahagian bawah tangki. Apabila mendapan ini disedut, ia mampu merosakkan fuel pump dan enjin.
3. Menyedut udara di samping minyak
Pelbagai masalah akan timbul apabila fuel pump dan komponen lain terdedah kepada udara terlalu lama. Oleh itu, tidak digalakkan untuk memandu dalam keadaan tangki minyak yang kosong.
Video penuh boleh dilihat di bawah:
Kebelakangan ini, memang banyak pengeluar yang melakukan panggilan semula terhadap produk mereka yang berkenaan dengan masalah fuel pump. Honda telah melakukannya pada Jun 2020 yang lepas, Perodua pada bulan Ogos 2020 dan yang terbaru sekali adalah Mazda.
Tidak dinafikan, masalah tersebut merupakan isu yang harus ditangani oleh pihak pengeluar secara proaktif namun rutin penjagaan dan tabiat memandu yang baik adalah lebih penting untuk kenderaan anda. Selain daripada fuel pump, penyuntik bahan api (fuel injector) mungkin bermasalah. Ketahui 6 tanda penyuntik bahan api anda bermasalah di sini.
Dapatkan respons dalam masa 24 jam!
Naik taraf
Toyota
Vios
175-point inspection
1-year warranty
fixed price, no hidden fees
5-day monry-back guarantee
2019 Perodua AXIA G 1.0
16,295 km
3.5 tahun
Melaka
2020 Proton X70 EXECUTIVE 2WD 1.8
19,561 km
2 tahun
Masai
2020 Toyota VIOS G 1.5
8,681 km
2 tahun
Johor Bharu
2020 Proton X70 TGDI PREMIUM 2WD 1.8
19,179 km
2.5 tahun
Kuala Lumpur
2019 Proton X70 TGDI PREMIUM 2WD 1.8
18,391 km
3.5 tahun
Masai
More
0