Adegannya mungkin tampak lucu namun video 'kemalangan' yang membabitkan dua buah kenderaan iaitu Honda City dan Proton Saga yang tular di media sosial ini boleh dikatakan agak pelik.
Dirakam seorang pengguna yang melalui jalan berkenaan, dapat dilihat kedua-dua kenderaan yang terbabit secara perlahan mengundur untuk keluar daripada kawasan parkir di kedudukan bertentangan.
Dan aneh dan peliknya, kedua-dua hanya menyedarinya selepas kenderaan mereka 'bercium' di bahagian belakang.
Selain warna kenderaan yang seakan sama iaitu merah, mungkin pandangan mata mereka turut dihalang oleh sebuah kereta Perodua Myvi yang turut melalui jalan berkenaan sebelum kejadian boleh menjadi antara 'punca' kemalangan itu berlaku.
Ironinya dan tidak berniat untuk bersikap 'seksis', kedua-dua pemandu kereta berkenaan adalah wanita dengan pelanggaran itu tampak tidak serius kerana halajunya memang perlahan.
Dan apa yang baiknya juga, tiada sebarang adegan bertumbuk mahupun perang mulut berlaku dengan kedua-dua tampak seperti tersenyum di penghujung video berkenaan.
Dikongsikan di laman Facebook DashCam Owner Malaysia, video berkenaan mendapat lebih daripada 11k tontonan dan 1.2k komen dengan rata-rata netizen terhibur dengan apa yang mereka lihat.
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}