Toyota
Owner Review: Practical family MPV - Story of my 2016 Toyota Sienta V spec
239
Seorang wanita berstatus Prof Madya telah menerima kecaman hebat warganet baru-baru ini apabila videonya yang sedang memaki hamun pemandu lain sohor kini di media sosial.
Menurut rakaman dashcam oleh Fadzli Amin, pemandu kereta dari arah bertentangan, dia sekadar memandu mengikut keadaan lampu isyarat yang berwarna hijau tetapi wanita berkenaan telah membunyikan hon ketika cuba membuat pusingan U.
Isu tersebut mengundang amarah wanita berstatus Prof Madya tersebut yang kemudian berhenti di sebelah Fadzli lalu menghamburkan kata-kata kesat kepada pemandu berkenaan sambil mendoakan supaya Fadzli dan rakannya “kena Covid” serta menunjukkan steteskop.
Akibatnya, pihak UPM telah mengeluarkan kenyataan rasmi mereka berkenaan dengan isu tersebut yang membabitkan staf mereka. Dalam kenyataan terebut, UPM menegaskan bahawa tindakan wanita tersebut ‘tidak mencerminkan sahsiah dan etika yang diterapkan kepada warga UPM.’
Wanita berkenaan dilaporkan telah membuat repot polis dan Fadzli telah diarahkan untuk memberi keterangan di IPD Sepang.
Walaubagaimanapun, akibat daripada kejadian yang tular tersebut, beberapa pihak dilihat sedang menangguk di air yang keruh.
Terdapat beberapa akaun yang dipercayai palsu telah memaparkan gambar wanita berkenaan dan dilihat membuat kenyataan maaf dalam nada yang sedikit angkuh. Tentunya hal ini mengundang tanggapan yang belum dapat dipastikan terhadap wanita berkenaan walhal ia bukan kenyataan yang dilakukan olehnya.
Diharapkan agar semua pemandu jalanraya supaya berhemah dan tidak mengikut perasaan masing-masing, lebih lagi dalam dunia yang penuh dengan kamera sekarang.
Ambil iktibar dari lengchai yang tular dengan imej Apa Lanj*ao. Beliau berharap agar tiada pihak yang menggunakan imej tersebut namun usahanya ibarat mencurah air ke daun keladi.
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}
Perodua
Bezza advance VS persona standard, which one is the better choice? Hey guys! I need some suggestions to make a choice between Bezza Advanced and Persona Standard CVT. Yes, I do realize that some people might say we shouldn't compare bezza with persona as they are different segments. But the prices are basically around the same range.
4
30
2