Ford Motor Company, sebuah syarikat pembuat kereta terkenal dunia, kini mengembangkan cabang bisnes mereka kepada penghasilan produk kesihatan penting masa kini iaitu pelitup separuh muka.
Namun, produk baru yang sedang menunggu kelulusan paten ini mempunyai satu keunikan yang sangat praktikal iaitu komponen lutsinar (seperti yang digambarkan di atas) bagi meningkatkan keupayaan komunikasi pemakainya.
Pelitup muka istimewa ini juga dikatakan mempunyai kualiti serupa dengan pelitup muka jenis N95 yang mempunyai tahap keberkesanan lebih tinggi – menapis 95% partikel – berbanding pelitup muka biasa.
Syarikat automotif tersebut buat masa ini sedang menjalankan ujian ke atas produk ini dan ia dijangka akan mula dijual dalam bulan Mac - Jun 2021.
Jim Baumbick, Naib Presiden Ford dalam satu kenyataan berkata, "Salah satu perkara yang hilang semasa pandemik adalah kuasa sebuah senyuman.
"Topeng ini akan meningkatkan kemudahan interaksi terutama bagi mereka yang mengalami masalah pendengaran,” kata beliau lagi.
Menurut pendapat seorang pakar audiologi dari Raleigh, North Carolina memberitahu yang pelitup separuh muka yang biasa mengurangkan tahap bunyi/suara sehingga 10 desibel dan ia adalah satu jumlah yang banyak – suku dari tahap yang biasa tanpa pelitup muka.
Dari kereta ke teknologi dan rekaan pelitup muka, Ford terus memacu inovasi untuk kesejahteraan sejagat.
Sumber berita: CNN
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}