Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada tahap ini melihat sedikit serba sedikit sektor ekonomi dan aktiviti mula dibenarkan atas dasar mahu memperkasakan sektor ekonomi yang kian dibelenggu oleh SOP ketat akibat pandemik COVID-19 yang semakin meruncing di negara kita.
Menerusi Sidang Media Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob baru sahaja mengumumkan yang aktiviti atau operasi bagi institut latihan memandu dan pusat latihan penerbangan akan dibenarkan untuk meneruskan operasi bermula esok, 12 Febuari 2021 dengan SOP yang ketat.
Selain itu, beberapa aktiviti sukan juga dibenarkan beroperasi bermula esok. Aktiviti yang dibenarkan setakat ini termasuklah sukan permotoran, joging, ‘brisk walking’, berbasikal di kawasan perumahan, tennis, badminton, ping pong, golf, serta aktiviti latihan solo bagi sukan seperti bola sepak.
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}