Mamak Talk
Owner Review: One of the best underrated hot hatch in Malaysia - My Suzuki Swift 1.4 GLX
237
Enam buah kereta dan sebuah van musnah terbakar di Blok D Projek Perumahan Rakyat (PPR) Pantai Ria, Jalan Pantai tengahari semalam (Rabu, 17 Febuari 2020). Menurut laporan Harian Metro, kenderaan yang terlibat termasuklah sebuah van jenis Mitsubishi Delica dan kereta Perodua Myvi yang kedua-duanya musnah terbakar 100 peratus.
Enam kereta lain yang parkir berhampiran dan turut dijilat api termasuklah Perodua Bezza (terbakar 80 peratus), Toyota Vios (terbakar 40 peratus), Perodua Kelisa dan juga Perodua Myvi yang masing-masing terbakar 20 peratus.
Sebuah Perodua Bezza berwarna merah yang ditinggalkan pemandunya yang panik dan lari meninggalkan kenderaan beliau hangus di bahagian belakang.
Komander Operasi Kanan Sharul Azwan Ibnu Sahad memberitahu tiada kecederaan dan kehilangan jiwa dilaporkan. Namun, pemeriksaan lanjut mendapati kejadian ini ada unsur khianat dan pihak polis sudahpun membuka kertas siasatan.
Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, Superintendan Basri Sagoni berkata pihak forensik Bomba menemui satu botol berbau petrol dan kesan simbahan petrol di hadapan sebuah Perodua Myvi berwarna hitam dan sebuah van berwarna merah yang disyaki menjadi punca kebakaran.
Beliau menambah sebanyak lima spesimen dari lokasi kebakaran itu sudah diambil dan akan dibawa ke makmal bagi menganalisa punca sebenar kebakaran tersebut. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan.
Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan laporan kejadian pada 12.46 PM sebelum dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Pantai serta Seputeh dikejarkan ke lokasi. Kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya pada 12.59 PM dengan kekuatan 21 anggota.
Dari pelbagai rakaman video yang tular di media sosial, kebakaran tersebut dilihat bermula dari van dan Myvi di sebelahnya. Kereta-kereta yang parkir bersebelahan dan berhampiran van itu mula dijilat api selepas angin meniup api marak ke arah kereta-kereta berkenaan.
Sumber berita: Harian Metro
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}
Used Cars
Eyeing on a used 2016-2017 SUV between 65k to 70k, preferable those still within manufacturer warranty. Short listed a few options as below : - 2017 Nissan Xtrail 2.0 or 2.5 - 2016 Hyundai Santa Fe - 2016- 2017 Hyundai Tuscon - 2017 Subaru Forester 2.0P Any owners would like to share your ownership experience? Or any owner would like to sell their used car please also PM me. Cheers ! -
9
34
8