Individu yang didapati melanggar SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan mula dikenakan kompaun RM 10,000 bermula hari ini, 11 Mac 2021. Manakala, bagi syarikat yang didapati melakukan kesalahan sama akan dikenakan kompaun sebanyak RM 50,000.
Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador, dalam satu sidang media khas hari ini menjelaskan bahawa langkah menaikkan kompaun ini adalah untuk mengekang orang awam daripada melanggar SOP PKP demi memutuskan rantaian COVID-19 di negara kita. Beliau berkata ini bukannya untuk menghukum rakyat ataupun satu cara bagi kerajaan mendapatkan wang, namun ia semata-mata untuk mengelakkan orang awam daripada melanggar SOP PKP yang telah ditetapkan.
Sebelum ini, di bawah Peraturan 3 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020, hukuman maksimum penjara enam bulan dan denda sehingga RM1,000 atau kedua-duanya diperuntukkan bagi pesalah.
Langkah ini adalah sebahagian daripada pindaan keatas Akta 342 atau Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988. Keperluan untuk meningkatkan kompaun tersebut kerana di bawah Akta 342, maksimum denda yang dikenakan ialah RM1,000 sahaja dan ia didraf pada tahun 1988.
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}