Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) menyalurkan derma ikhlas sebanyak RM 35,000 kepada First International Soccer Academy Malaysia (FISA). Di samping itu, mereka turut menyumbang komputer riba kepada Pertubuhan Yesuwin Mahligai Selangor (PKYMS) dan Arthritis Foundation Malaysia (AFM).
Perkara ini selari dengan matlamat MMM dalam menyokong akademi FISA untuk memberikan kehidupan yang lebih baik kepada kanak-kanak, terutama yang datang dari golongan keluarga B40. Untuk maklumat anda, pertubuhan FISA juga mengutamakan pembangunan remaja supaya mereka terhidar dari isu sosial.
Bantuan komputer riba yang disalurkan kepada PKYMS dan AFM pula adalah untuk membantu pelajar yang terkesan oleh wabak COVID-19. Di samping itu, sumbangan ini juga boleh diguna untuk urusan pentadbiran AFM.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MMM, bantuan wang tunai dan peralatan seperti komputer riba ini diharapkan dapat meningkatkan ekonomi untuk golongan yang kurang bernasib baik akibat wabak yang melanda.
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}