Mamak Talk
Owner Review: The price is very reasonable compared to Toyota Vios and Honda City - My 2013 Kia Forte 1.6 SX
327
Peluang untuk melihat kelibat juara dunia enam kali MotoGP, Marc Marquez kembali di grid perlumbaan kian menyala.
Ia berikutan pelumba kelahiran Sepanyol itu akhirnya diberikan pelepasan oleh doktor untuk menjalani latihan intensif bagi mempercepatkan proses pemulihan tulang lengan kanannya yang patah dan kemudian mengalami jangkitan.
Susulan itu, juara dunia lapan kali itu kembali ke litar di Circuito de Alcarras untuk menunggang motosikal 'minibike'.
"Selepas lapan bulan dan selepas persetujuan doktor pada ujian terakhir, saya akhirnya kembali merasai perasaan itu semula sekalipun ia hanya bersama mini moto!" tulis Marquez dalam laman sosialnya.
Kemudian 'Ayam tambatan' Repsol Honda itu mengambil satu lagi langkah bagi proses pemulihannya dengan menunggang jentera RC213V-S di litar Barcelona, minggu ini.
RC213V-S adalah versi produksi bagi jentera MotoGP Honda dan motosikal yang memiliki spesifikasi paling hampir dengan jentera yang digunakan dalam perlumbaan elit berkenaan.
Sekalipun Marquez sudah terlepas dua ujian pra-musim yang berlangsung di Qatar dan yang terakhir pada minggu lalu, perkembangan itu memberi sinar dia berpotensi untuk kembali beraksi pada perlumbaan pembuka musim 2021, GP Qatar yang dijadual bermula pada 26 Mac ini di Litar Losail.
Perkembangan menarik lain adalah Repsol Honda turut mengesahkan Marquez akan 'terbang' ke Qatar untuk mengambil suntikan vaksin Covid-19 yang ditawarkan oleh kerajaan negara berkenaan.
Sumber imej: Facebook Marc Marquez
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}
7