Walau sebelum model ini didebut di Thailand, Ora Good Cat sudahpun dikesan di Malaysia, lebih spesifiknya di Klang.
Dipetik dari rakan kami di DSF, Ora Good Cat berwarna krim ini dilihat bersama dengan Ora R1 – kedua-duanya kenderaan elektrik (EV) keluaran Great Wall Motors (GWM).
Imbas semula, Ora Good Cat mula-mula sekali diperkenalkan di Chengdu Auto Show pada Julai 2020 lalu dan ia mula dijual di pasaran beberapa bulan selepas itu. Model ini dibangunkan di atas platform Lemon GMW.
Good Cat menjana kuasa dengan menggunakan motor elektrik magnet kekal yang dipasang pada gandar hadapan yang menghasilkan 145 PS dan 210 Nm. Bergantung kepada saiz bateri, EV bergaya retro ini samada boleh menawarkan julat 400 km atau 500 km.
GWM juga telah menubuhkan pangkalan di Thailand, mengambil alih kilang General Motor di Rayong. GWM menegaskan komitmennya di Thailand sebagai hab produksi kenderaan pemanduan sebelah kanan. Syarikat ini juga akan melancarkan 9 model kenderaan di negara itu, dimana 4 model akan dilancarkan dalam tahun 2021.
Memandangkan Ora Good Cat sudah dikesan di Malaysia, ada kemungkinan yang model ini akan diperkenalkan di sini dalam masa terdekat.
Pengilang China lain iaitu MG juga sedang menjalankan ujian menyeluruh bagi MG ZS EV di Malaysia – dibuktikan daripada beberapa gambar intipan SUV itu dipandu uji sekitar bandar.
Oleh itu, persoalannya sekarang ialah siapakah yang akan mewakili jenama Ora di Malaysia? Pengedar GWM di Malaysia, Go Auto, agak senyap sejak kebelakangan ini dan telah menyuraikan pasukan Perhubungan Awam mereka.
Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, ...
Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.
Anda telah menilai artikel ini sebagai
Apa pendapat anda tentang artikel ini?
Penilaian anda akan bantu kami perbaiki kualiti topik
5