My BMW App dan MINI App baharu ganti aplikasi BMW/Mini Connected

BMW Group Malaysia pada hari ini telah memperkenalkan My BMW App dan MINI App yang terbaharu untuk memperkayakan lagi Pengalaman Pemilikan Premium yang dijanjikan dengan keupayaan personalisasi digital yang bertaraf lebih tinggi. Aplikasi baharu tersebut akan menggantikan aplikasi BMW Connected dan MINI Connected yang sedang digunakan ketika ini.

Aplikasi My BMW App dan MINI App ini hadir dengan penampilan baharu yang serba intuitif dan dilengkapi dengan pelbagai fungsi yang komprehensif untuk menjadikan interaksi antara pemandu dan kenderaan lebih lancar.

Kedua-dua aplikasi ini menawarkan akses segera dan keupayaan untuk mengurus status kenderaan serta berhubung terus dengan pusat servis BMW atau MINI pilihan masing-masing. Ia juga memudahkan pengguna untuk mengawal fungsi kenderaan BMW atau MINI mereka dari jauh, termasuk pelbagai perkhidmatan navigasi dan e-mobiliti yang komprehensif.

Struktur tab tiga serangkai yang serba minimalis pada My BMW App dan MINI App menampilkan tab Vehicle, Map dan Home. Tab yang pertama memberi akses ke atas perkhidmatan kenderaan berjarak jauh yang meliputi Active Charging, Vehicle Finder, Remote Lock dan Remote Unlock dengan Climate Charge serta Climate Timer. Ciri kefungsian eksklusif dalam My BMW App yang baharu turut merangkumi Remote Engine Start dan Flashlights, di samping Remote Software Upgrades untuk memastikan perisian kenderaan pengguna sentiasa dikemaskini.

Selain itu, pengguna juga dapat menguruskan keperluan servis dan penyelenggaraan kenderaan mereka melalui aplikasi tersebut – termasuk penggera servis dan panggilan semula, serta penjadualan janji temu dalam talian. Jika pengguna menghadapi masalah, BMW Roadside Assistance dan MINI Roadside Assistance juga boleh dihubungi melalui aplikasi baharu ini. Driver’s Guide turut disediakan bagi pemilik BMW dan MINI dalam aplikasi masing-masing – digital sepenuhnya dan dapat diakses di mana-mana jua, pada bila-bila masa.

Fungsi e-mobiliti yang disediakan di bawah tab Vehicle dalam kedua-dua aplikasi tersebut menyediakan gambaran keseluruhan yang ditambah baik ke atas Fuel/Battery Level, Range Status dan Charging Status, serta Charging History – fungsi baharu di aplikasi tersebut. Fungsi pra-penyediaan kenderaan juga ditawarkan sebagai standard.

Tab Map membolehkan pengguna sedia maklum mengenai lokasi dan destinasi yang dituju, yang turut membawakan fungsi seperti Map Search, dan Point of Interests (POIs) dengan ciri e-mobiliti baharu yang meliputi Nearby Parking dan Charging Spots, Charging Station Details, serta POIs yang dapat dicapai.

Pengguna juga kini boleh menghantar destinasi kepada kenderaan tersebut selain berkongsi lokasi daripada aplikasi lain. Bagi pemilik kenderaan berelektrik, Range Circle on Map membantu mereka mengenal pasti destinasi yang boleh dicapai dalam jarak capaian semasa, berdasarkan lokasi semasa.

Melalui aplikasi baharu ini, pemilik BMW dan MINI juga boleh meneroka fungsi Message Center, di samping fungsi personalisasi profil – di mana pengguna boleh memuat naik imej yang diperibadikan ke profil pemandu mereka. Eksklusif bagi My BMW App, Connected Drive Store juga boleh diakses dalam aplikasi tersebut, berserta dengan fungsi Discover BMW.

Tambah menarik, pengguna dengan model-model BMW yang terpilih boleh memadankan BMW Digital Key mereka dengan My BMW App – buat masa ini tersedia bagi telefon pintar iOS sahaja. Untuk menggunakan fungsi BMW Digital Key melalui iPhone, pengguna perlu mengaktifkan Connected Drive Services, dan kenderaan BMW tersebut mesti dihubungkan dengan BMW ID.

My BMW App dan MINI App masing-masing akan menggantikan aplikasi BMW Connected dan MINI Connected secara menyeluruh menjelang Julai tahun ini. Pengguna yang sudah berdaftar di bawah aplikasi BMW dan MINI tidak perlu mendaftar sekali lagi untuk mengakses My BMW App dan MINI App.

Kedua-dua aplikasi baharu ini boleh dimuat turun di Apple App Store dan Google Play Store. Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai My BMW App dan MINI App, sila klik pautan ini untuk BMW dan pautan ini untuk MINI.

Ikuti laman sosial kami:
Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, ...

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

pengguna membeli kereta idaman
Tambah kereta anda

Naik taraf

Toyota Yaris

Kereta Terpakai Yang Berkait

Quality Cars Guaranteed

Fixed Price No Hidden Fees

5-Day Money-back Guarantee

1-Year Warranty

Lihat Lebih

Video Pendek Yang Berkenaan

Berita Terkini

The 2023 Ford Ranger and Ranger Raptor add two awards to their list of accolades

It’s been an award-winning season for the new 2023 Ford Ranger and its variants. Recently, it’s added another two more to its list of accolades as Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), the sole distributor for Ford in Malaysia, received the CarPlus Editor’s Choice Award 2022-2023 for ‘Pick-up Truck of the Year’ for the Ranger and ‘Car of the Year’ for the Ranger Raptor. The Ranger boasts an updated design with enhanced aerodynamics and improved interior comfort. It features a range of powerful, effi

From equivalent to RM 208k, Thai prices for 2023 Honda Accord confirmed; gap with CR-V's prices tightens

The all-new 2023 Honda Accord has finally gotten its confirmed price list in Thailand following its preview earlier, entering a two-fold battle which only has it facing off against the Toyota Camry range. Three variants of the hybrid-only Accord will go on sale in Thailand, with prices as follows: Accord e:HEV E: THB 1,599,000 (~RM 208k) Accord e:HEV EL: THB 1,669,000 (~RM 217k) Accord e:HEV RS: THB 1,799,000 (~RM 234k) These prices are slightly more competitive to what its sole rival, the Camry

The upcoming mini Toyota Land Cruiser will be a Corolla Cross-sized "Land Hopper?"

The Toyota Land Cruiser made its name being a tough-as-nails, go-anywhere premium 4x4 with the looks to back it up. Hot on the heels of the new global Land Cruiser 300 and the North American Land Cruiser 250 (Prado) could be a new third, more compact variant that’s being adorably dubbed the Land Hopper. Japanese site Best Car Web has dropped its own rendering of what the Land Hopper could be styled like and unsurprisingly, it appears to be very much like a mini Land Cruiser 250. That’s not a bad

Mercedes-Benz EQS SUV launching in Malaysia on Friday, plus another EV by year's end - EQE SUV?

Referenced briefly in the Budget 2024 commentary, Amanda Zhang, the President and CEO of Mercedes-Benz Malaysia, highlighted the company's increasing momentum and revealed the imminent launch of the Mercedes-Benz EQS SUV, happening this Friday on 20-October. “Our momentum continues to grow, as we eagerly anticipate the arrival of the EQS SUV this Friday, with plans to launch another all-electric model before year end. These efforts underscore our dedication to providing innovative electric vehic

Mercedes-Benz Malaysia supports Budget 2024, targets xEV to make up 50% of sales by 2025

Mercedes-Benz has expressed its support for the 2024 budget announcement made by the Malaysian government, which promotes the adoption of electric mobility. This aligns with the global mission of Mercedes-Benz, known as Ambition 2039, which is a comprehensive strategy aimed at addressing climate protection and reducing air pollution. The company firmly believes in the future of electric vehicles and has a well-defined roadmap to electrify its product range, all while striving to meet sustainabil

Rekomendasi Kereta

PopularLatestUpdates
Hot
Mitsubishi

Mitsubishi Xpander

RM 99,980

Lihat Model
Honda

Honda Civic Type R

RM 330,002 - 399,900

Lihat Model
Upcoming
Volvo

Volvo EX30

TBC

Lihat Model
Rolls Royce

Rolls Royce Spectre

RM 2,000,000

Lihat Model