Penyanyi terkenal tanahair, Datuk Nash terbabit dalam satu kemalangan di Kilometer 250.8 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah utara di kawasan Seremban semalam (20 Mac) pada kira-kira jam 4 petang.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim, berkata Nash atau nama sebenarnya Jamaludin Elias (62) mengalami kecederaan di bahagian muka dan mengadu sakit di dada setelah kemalangan itu. Beliau dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban untuk rawatan lanjut.
Menurut siasatan awal, SUV Lexus RX (Toyota Harrier) yang dipandu oleh pemandu dipercayai terbabas sendiri setelah melanggar lopak air yang mengakibatkan kereta tiba-tiba hilang kawalan.
SUV tersebut yang dalam perjalanan dari arah Johor menuju ke Kuala Lumpur melanggar tembok penghadang jalan di sebelah kiri lebuh raya.
Kemalangan itu tidak membabitkan kenderaan lain dan pemandu kereta terbabit hanya mengalami kecederaan ringan membabitkan beberapa luka di badan.
Sumber berita: Astro Awani
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}