Tular satu video mengenai tindakan 'aneh' seorang lelaki menunggang motosikal jenis SM SPORT 110E dalam keadaan telanjang bulat di Kulim, Kedah baru-baru ini.
Video berdurasi 24 saat itu dirakam oleh seorang pengguna jalan raya menggunakan telefon bimbit sambil memberitahu nombor pendaftaran motosikal berkenaan iaitu PPN 4097.
Memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Azhar Hashim berkata setakat ini, pihaknya masih belum menerima sebarang laporan polis mengenai insiden 'ngeri' berkenaan.
Begitupun, beliau berkata lelaki dalam video berkenaan berkenaan dipercayai dalam keadaan mabuk.
"Kami tidak menerima sebarang laporan polis daripada sesiapa setakat ini dan tiada tangkapan dilakukan," katanya ketika dihubungi.
Di media sosial, turut satu tular satu foto mengenai individu sama sedang memarkir motosikal berkenaan di depan sebuah premis judi juga dalam keadaan bogel.
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}