Sabtu malam yang lepas, hujan lebat telah membasahi daerah Lembah Kelang. Malangnya, peristiwa alam tersebut telah merosakkan Jalan Maarof di Bangsar yang mana permukaan jalan menjadi terhakis dan mendap.
Walau bagaimanapun, pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah mengambil tindakan segera dengan menutup jalan tersebut sehingga jam 5 pagi semalam untuk membaiki kerosakan yang menimpa.
Setelah selesai, dua lorong (selepas Public Bank ke lampu isyarat) telah dibuka semula kepada orang awam.
Namun begitu, satu lorong akan ditutup selama 2 minggu bagi kerja-kerja perobohan hentian bas untuk pelaksanaan pembaikan longkang.
Memandang Jalan Maarof adalah antara laluan utama di Lembah Kelang, pengguna dinasihatkan memilih laluan alternatif untuk mengurangkan kesesakan trafik sementara menunggu satu lagi lorong untuk dibuka sepenuhnya.
Sumber: Awani Online
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}