'Kancil lejen' kembali lagi? Baru-baru ini satu video TikTok yang dimuatnaik oleh pengguna bernama @TerryLianCar menunjukkan sebuah Perodua Kancil berwarna kuning-hitam dimasuki dan ditolak oleh seorang lelaki berpakaian compang-camping yang seakan-akan lelaki misteri dengan Kancil lejennya yang ditarik pihak berkuasa beberapa minggu lalu.
Terdahulu, Kancil buruk dimiliki seorang lelaki berasal dari Raub, Pahang telah ditarik oleh pihak berkuasa kerana ia dianggap tidak sesuai untuk dipandu selain daripada membahayakan keselamatan awam. Kereta berkenaan teramatlah uzur sehinggakan pintunya tidak dapat ditutup sempurna, ditambah lagi dengan muatan yang hampir melimpah keluar.
Baca juga: Kancil buruk viral kembali dengan rupa baru, lejen akan ditunda lagi!
Kali ini, walau tidak dapat dipastikan lokasinya, sebuah Kancil yang elok sedikit rupanya dilihat dengan seorang lelaki seakan-akan lejen yang sama. Kancil berkenaan kali ini tampak sempurna dengan kelima-lima pintunya seperti boleh berfungsi dengan baik. Adakah ia lejen yang sama? Amati video di atas.
Sumber: ViralCham!
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}