Siapa tak kenal watak Dom Toretto yang dimainkan oleh Vin Diesel, watak utama di dalam francais filem ‘sports car’ terkenal, Fast & Furious. Pemandu di Malaysia kalau drive laju sikit (dengan gaya) pun sudah dilabel sebagai "Din Diesel".
Memandangkan ramai peminat kereta di luar sana menjadikan Vin Diesel sebagai idola, mungkin ada yang tertanya-tanya; apakah kereta kegemaran beliau sepanjang memainkan watak Dom di dalam filem popular itu?
Bintang YouTube, Supercar Blondie, baru-baru ini menemu-ramah Vin Diesel – sebahagian daripada promosi filem Fast 9 – dan bintang filem itu diajukan soalan tentang kereta kegemarannya sepanjang berlakon di dalam francais filem tersebut.
Rupa-rupa, ia bukanlah Dodge Charger seperti yang disangka ramai! Kereta kegemarannya ialah kereta yang dipandu dalam filem Fast & Furious pertama iaitu Chevrolet Chevelle SS 1970. Kereta berkenaan dilihat di penghujung filem tersebut setelah pusingan kredit berakhir.
Jelas beliau, walaupun Charger ada nilai sentimental baginya, Chevelle masih lagi yang paling istimewa di hatinya.
Walaupun dunia automotif sudah semakin maju, Diesel kekal setia dengan kereta klasik seperti Chevelle dan Charger. Namun, beliau mengakui yang beliau menyesal tidak memilih Lykan setelah Fast 7 berakhir.
Baca juga: Fast & Furious 9 ‘F9', Paul Walker muncul dengan Nissan Skyline GT-R R34?
Selain itu, Vin Diesel juga mengesahkan yang beliau tidak memiliki sebuah kereta Lykan walaupun ada ura-ura di internet.
Nak tengok kereta kegemaran Vin Diesel beraksi? Tonton filem pertama The Fast and the Furious dan apabila filem berakhir, tunggu sehingga pusingan kredit habis dan lihat Dom Toretto pandu kereta ini dalam perjalannya ke Mexico!
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}