Seorang bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang memarkir trak pikap Mitsubishi Triton miliknya tidak semena-mena merempuh pintu rumah dua tingkat separa kayu jiran bersebelahan rumahnya.
Kejadian berlaku di Kampung Nelayan, Teluk Kumbar semalam (18 Mei) pada kira-kira pukul 12 tengah hari. Kemalangan ini berpunca daripada kesilapan yang juga sering berlaku kepada pemandu-pemandu lain apabila tersilap tukar gear dan terpijak pedal pacuan.
Seorang saksi memberitahu Utusan Malaysia yang kenderaan milik bekas ADUN berusia 60-an itu diparkir sebentar di hadapan rumah jiran berkenaan dalam keadaan enjin dihidupkan. Jarak antara rumah mereka hanyalah 10 meter.
Bekas ADUN berkenaan dikatakan mahu menukar gear N (Neutral) ke P (Parking). Semasa mengalih gear, beliau mungkin juga tersilap masuk gear dan terpijak pedal minyak.
Akibatnya, kenderaan pacuan empat roda berkenaan hilang kawalan lalu merempuh pintu hadapan rumah jirannya itu.
Baca juga: Lagi-lagi kes kereta rempuh dinding. Bagaimana ADAS boleh membantu?
Tiada kecederaan atau kemalangan jiwa yang dilaporkan. Kedua-dua pihak akhirnya membuat keputusan untuk membaiki kerosakan yang dialami.
Sumber berita: Utusan Malaysia
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}