Proton
Owner Review: C-segment For Under RM100K - My Proton X70
39
Geely Xingyue L 2021 telah dilancarkan secara rasminya ketika Shanghai Auto Show, kini telah mula dijual di China pada harga yang sangat menarik.
4 varian Geely Xingyue L ditawarkan pada harga bermula dari CNY 148k (RM 95k) hingga CNY 188k (RM 121k). Ini adalah kereta termahal dalam barisan model Geely.
Harga barisan model Geely | ||
---|---|---|
Harga (CNY) | Harga (RM) | |
Geely Boyue | 89,800 – 106,800 | 58,000 – 69,000 |
Geely HaoYue | 103,600 – 139,600 | 66,900 – 90,200 |
Geely Boyue Pro | 116,800 – 146,800 | 75,400 – 94,800 |
Geely XingYue | 127,800 – 187,800 | 82,500 – 121,300 |
Geely XingYue L | 148,000 – 188,000 | 95,600 – 121,400 |
Apa Geely Xingyue L ni?
Jika Geely Xingyue biasa adalah SUV coupe sport, Geely Xingyue L pula diposisikan sebagai SUV paling andal Geely dengan kelengkapan, kemewahan dan teknologi terbaik yang boleh Geely berikan.
Selain itu, ia turut dibangunkan di atas platform Compact Modular Architecture (CMA) yang dikongsi bersama model Volvo XC40 dan Lynk & Co. Malah, Geely Xingyue L adalah kereta paling besar yang menggunakan platform ini.
Perbandingan Saiz | |||
---|---|---|---|
Geely Xingyue L | Geely Boyue | Volvo XC60 | |
Panjang (mm) | 4,770 | 4,519 | 4,688 |
Lebar (mm) | 1,895 | 1,831 | 1,902 |
Tinggi (mm) | 1,689 | 1,694 | 1,658 |
Jarak roda (mm) | 2,845 | 2,670 | 2,865 |
Spesifikasi trenkuasa untuk Geely Xingyue L?
Semua varian Geely Xingyue L menerima enjin 4-silinder 2.0L bercaj turbo Volvo Drive-E petrol tetapi ditawarkan dengan 2 pilihan transmisi.
Varian yang lebih rendah dipasangkan dengan transmisi dual-clutch 7-kelajuan jenis basah yang mendorong tork sehingga 217 PS dan kuasa kuda 325 Nm.
Ia hanya dipacu roda depan dan membolehkan Geely Xingyue L memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam masa 7.9 saat dengan penggunaan bahan api yang didakwa pengeluar sebanyak 6.3L / 100 km.
Bagi varian yang lebih mahal, ia mampu mencapai kuasa sehingga 238 PS kuasa kuda dan 350 Nm tork, dengan gandingan transmisi automatik 8-kelajuan dari Aisin dengan pacuan semua roda. Pecutan abad mampu diselesaikan dalam 7.7 saat sahaja menurut Geely.
Apa kelengkapan pada Geely Xingyue L?
Tumpuan pada Geely Xingyue L terdapat di bahagian dalam di mana pemandu akan disambut dengan kemasan dua tona yang menggunakan kulit dan baldu. Pada papan pemuka, anda akan mendapati 3 susun atur skrin lengkap dengan sistem operasi GKUI generasi baru dengan sambungan 5G.
Geely mendakwa bahawa Geely Xingyue L diaktifkan dengan kemas kini perisian penuh OTA (over-the-air) yang membolehkan trenkuasa, infotainment, casis dan ADAS ditingkatkan dari masa ke semasa.
Perkara menarik lain yang boleh didapati termasuklah sistem suara keliling BOSE dengan 10 pembesar suara, paparan HUD realiti terimbuh (augmented reality), bumbung suria panoramik, pencahayaan ambien 72 warna, pilihan mod pacuan, dan tempat duduk kuasa hadapan.
Selain dilengkapi dengan ciri pemanduan separa autonomi Tahap 2, Geely Xingyue L mempunyai Fungsi Valet automatik. Dalam kawasan 200 meter (jarak hingga 1 km), SUV ini dapat mencari tempat letak kereta dan meletak kenderaan sendiri tanpa pemandu. Seperti Tesla, Geely Xingyue L juga boleh 'dipanggil' dari tempat letak kenderaan kepada anda jika anda berada dalam jarak jangkauan.
Geely Xingyue L adalah model Geely paling mewah dan berteknologi tinggi. Penerimaan pasaran di China terhadap model ini sangat positif kerana angka pra-tempahan meningkat dengan cepat. Nampaknya, ini boleh jadi moedal terlaris untuk Geely?
Bacaan Lanjut:
Geely Xingyue L AWD ini sebenarnya Volvo T5 di sebalik badan luarannya
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}
Mamak Talk
Genting morning drive Sunday morning 13th Sept, 7am BHP after toll towards Genting. 1) KS Golf R 2) Jeff Golf Gti mk5 3) Sunnil - e36 4) Bryan Mazda MPS 5) Ary Honda Civic 6) Reez Hybrid car 7)Leong Mazda 3 8) Faiz hybrid car 9)Azri Mk5 10) John X70 #1 11) Xavier Saga vvt #1 12) Siapa lagi. Come come.
4
34
6